Memiliki meja kaunter atau island kitchen di dapur menjadi impian setiap pemilik rumah. Ini kerana ia amat efektif dalam memastikan tugas penyediaan hidangan untuk seisi keluarga berjalan lancar. Bagaimana pula kalau mahu aplikasikan projek ini tetapi berhadapan dengan masalah kawasan dapur bersaiz kecil?
Oleh itu, IMPIANA ingin membantu anda bagaimana untuk sediakan counter table di dapur melalui perkongsian idea yang diberikan oleh Pn Betty Ramli di rumahnya yang terletak di Bandar Puteri Hillpark, Kedah.
Idea ubahsuai ini datang selepas pasangan ini berasa tidak selesa kerana mempunyai barang yang terlalu banyak di dapur dan ingin memberikan nafas baharu di dapurnya.
Menurutnya, dia mendiami rumah sewa ini dengan dapur berkeluasan 10 kaki x 8 kaki dan demi menjadikan impiannya untuk memiliki sebuah meja kaunter idaman, beliau banyak merujuk kepada pelan susun atur yang disediakan oleh IKEA.
Ia bermula dengan pembelian base table Metod dan dipadankan dengan counter top Ekbaken dan dilengkapi dengan Utrusta Shelf yang ketiga-tiganya berharga hanya RM546.90. Ini cuma kos pembelian sahaja kerana segala pemasangan di dapur rumahnya dipasang sendiri oleh suaminya yang bertugas sebagai mekanik.
Idea ringkas tapi praktikal sesuai untuk mereka yang mempunyai dapur sempit dengan bajet mampu milik.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kediaman indah bagaikan ‘syurga’ buat setiap penghuninya.Terpana dengan seni dekorasi kediaman dengan konsep ini yang nampak moden namun tetap mempunyai perincian elemen klasik dalam rekaan.
Setiap perancangan konsep rekaan rumah, pemilihan material mahupun perletakan susun atur digarap sempurna, hasil pemilik yang ‘berjiwa’ senibina.
Pesona Kondominium Berkonsep Neo-Colonial
Kediaman jenis kondominium dengan keluasan 2700 kaki persegi, yang terletak di aras bawah ini berjaya menjadi mahligai indah buat pemilik, Akram Frijand Ali yang juga seorang arkitek berpengalaman.
Bagi pemilik pemilihan konsep Neo-Colonial cukup dekat dihati.Beliau inginkan konsep yang tidak terlalu moden dan pada masa yang sama ia tak terlalu klasik. Namun, elemen klasik itu tetap ada dalam rekaan di sudut kediamannya.
“Saya suka pergi (melancong) ke negara Timur Tengah dan India. Negara tersebut cukup dekat di hati.Perincian rekaan kediaman saya mahukan berinspirasikan Moghul,” ujar Akram.
Berkongsi cerita mengenai rumah kesayangan yang hampir 3 tahun menjadi tempat berteduh, keutamaan dekorasi rumah adalah ruang tamu dan ruang makan. Item dekorasi mahupun perkakasan rumah banyak dibeli dan mendapat inspirasi ketika melancong di luar negara. Kebanyakan perabot serta kemasan dinding pula ditempah khas (custom made) mengikut citarasa sendiri.
Laman Konsep Bali Moden
Kelebihan kediaman terletak di aras bawah, ia turut dilengkapi dengan ‘private garden’ tersendiri seluas 850 kaki persegi. Istimewa dilengkapi buaian gantung disamping elemen air dengan batuan kecil ‘pebble wash’ cukup menenangkan ketika berada di laman. Pemilihan landskap laman berkonsep Bali Moden pula cukup membuatkan saujana mata yang memandang, sekaligus melengkapkan lagi kediaman indah ini.
Nama Pemilik: Akram Frijand Ali
Jenis Kediaman: Kondominium
Lokasi: Mont Kiara
Usia Kediaman: 3 Tahun
Keluasan Kediaman: 2700 + 850 (laman)kps
Spesifikasi Ruang Kediaman: 3 Bilik + 4 bilik air + Private Garden
Konsep Kediaman : Neo-Colonial
Pereka Hiasan Dalaman: @myrafeedesign
Pereka Landskap: Tiara Bali Concept
Bermain game atau istilah gaming ini, boleh dikatakan, ramai peminatnya tergolong dari kaum lelaki. Bermain game ini adalah satu perkara yang pada mulanya, menghilangkan stress tetapi semakin lama zaman meningkat, game ini sudah menjadi suatu sukan atau kerjaya untuk membantu sara hidup. Seperti sekarang, ramai sudah yang bekerjaya hanya dengan bermain game. Tapi pada hari ini, saya bukan mahu menceritakan tentang game, tapi saya ingin menceritakan tentang apakah peralatan untuk permulaan anda sebagai seorang pemain game. Peralatan yang wajib anda beli adalah meja gaming. Meja gaming ini, tidak semestinya ada kena ada komputer sahaja baru beli meja, tapi bermain dari handphone juga memerlukan meja kerana ia lebih selesa yang menyenangkan. Akan tetapi, macam mana kita hendak membeli meja gaming yang elok dan berbaloi? Hari ini saya akan menceritakan cara-cara atau tips semasa hendak membeli meja gaming.
Membeli meja gaming, seharusnya memilih meja gaming RGB. Jadi, untuk langkah pertama, ini untuk pengguna komputer sahaja. Pastikan anda mengukur saiz keyboard anda. Kenapa kena ukur? Sebab keyboard ini ada berlainan saiz. Jadi, lebih elok jika kita tahu saiz keyboard tersebut dan membeli meja yang luasnya lebih besar sikit.
Yang kedua adalah, ukuran meja. Salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan ialah saiz meja gaming. Ini akan menjadikan bermain game lebih selesa. Kebanyakan meja gaming mempunyai panjang lebih daripada satu meter untuk memuatkan komputer, CPU, pembesar suara, tetikus dan komponen lain. Jika anda bermain game pada komputer riba anda, meja yang lebih kecil adalah pilihan yang ideal. Tiada persediaan khusus untuk isu saiz; hanya menyesuaikannya dengan peranti yang digunakan untuk bermain game.
Ketiga pula, memilih meja yang anda minat. Meja gaming RGB (Merah, Hijau, Biru) ialah pilihan yang sangat baik untuk menambahkan cahaya terang pada permainan. Setiap saat, anda akan melihat banyak lampu berubah. Terdapat beberapa gaya meja gaming RGB untuk dipilih, termasuk meja minimalis, meja lesehan, meja berbentuk L dan banyak lagi. Bentuk dan penempatan jadual ini boleh diubah suai agar sesuai dengan kawasan permainan.
Terakhir sekali adalah harga yang bersesuaian. Meja gaming sering dijual dengan harga sangat tinggi, kerana ia bergantung pada bahan yang digunakan, model dan ciri, antara faktor lain. Jika anda mempunyai belanjawan terhad, adalah penting untuk bertanya tentang harga meja. Jangan lupa untuk melakukan kajian harga untuk mendapatkan tawaran terbaik pada meja gaming pilihan. Pilihan meja gaming tidak dinafikan penting untuk peminat gaming. Pastikan anda memberi perhatian dan pertimbangkan beberapa cadangan semasa memilih meja komputer gaming RGB.
Maka dengan itu, sudah terjelaslah langkah-langkah awal sebelum membeli meja gaming. Kepada gamers di luar sana, jangan pula selepas ini, anda melakukan kesilapan lagi.
Pilihan kreatif menghidupkan gaya tradisi kontemporari. Sudah lama kita tidak menghidupkan suasana keMalaysiaan di dalam kediaman sendiri. Apatah lagi dengan gaya moden yang kini mendominasi, imej kediaman tradisi kontemporari mula pudar dan dilupakan. Mungkin bukan cita rasa anak muda atau tidak dikongsi oleh yang lain. Tetapi kita cari apa yang ada di dalam almari lama tu yang boleh kita adaptasi sebagai hiasan kediaman.
Pahar – di ruang hadapan
Pahar selalunya digunakan untuk menatang hadiah atau pemberian bagi peinangan atau pun persembahan. Tembaga kukuh yang dahulunya agak berat kini sudah tidak seberat dahulu. Pun begitu anda boleh jadikan pahar ini sebagai bekas hiasan di meja konsol. Terutama meja konsol hadapan berdekatan di muka pintu. Ia boleh dijadikan bekas meletak segala macam barangan kecil yang selalu anda lupa atau terlepas pandang seperti kunci kereta. Boleh juga dijadikan kaki jambangan bunga dan pelbagai lagi.
Kendi – di ruang makan
Satu lagi barangan lama yang sangat payah untuk kita jumpaterutama kendi rekaan dulu-dulu. Masih ramai yang memilikinya tetapi sayang tidak dijaga. Pun begitu jika ada lagi, peliharalah dengan baik dan abadikan ia di ruang makan sebagai daya penarik. Usah dipinggirkan kreativiti porduk lama ini kerana ia sungguh berharga.Di samping boleh diabadikan begitu sahaja, ia juga boleh dijadikan bekas untuk gubahan kreatif.
Tepak Sirih – di ruang tamu
Teppak sirih merupakan antara benda penting dalam orang kita memulakan bicara penting. Sememangnya ia layak dijadikan hiasan pada meja kopi anda. Apatah lagi jika meja kopi anda diperbuat daripada kayu jati. Keindahan pembuatannya dan makna megah yang kita sudah tidak nampak lagi itulah yang perlu dikembalikan. Hiasan yang mempunyai makna malah cantik pula. Dari dibiarkan berkarat baik diabadikan untuk santapan mata.
Songket – di ruang keluarga atau ruang utama
Songket bukan sebarang songket, songket pusaka tinggalan turun temurun penuh makna. Jangan biarkan ia mereput. Jika reput, ambil sisanya dan abadikan dalam bingkai gambar menjadi kenang-kenangan. Bukan setiap hari kita boleh berjumpa dengan khazanah lama apatah lagi milik keluarga kita. Abadikan ia dengan pintar dan secara tidak langsung memberi satu prestij pada ilham seni hias anda sendiri. Yang bertandang memuji dan terinspirasi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.