Pintu bukan sahaja merupakan pembahagi ruang serta objek privasi, malah ia juga boleh menjadi elemen dekorasi bagi sesetengah ruang. Jika tidak dijaga atau dirawat, pintu yang telah lama dan hambar dapat mempengaruhi “mood” kediaman.
Selepas beberapa tahun, pintu di kediaman mungkin ada yang sudah kotor atau rosak. Buat anda dengan bajet terhad, pasti fikir banyak kali sama ada nak tukar pada pintu yang baru atau tidak. Sebenarnya, jika pintu masih elok dan berfungsi, anda tak perlu beli baru pun. Cukup hanya cat baru dan baiki mana yang perlu.
Dan pula, mengikut perkongsian dari Shaifuddin Shaffie melalui laman Kelab Kaki DIY, beliau hanya memperuntukkan sekitar RM100 sahaja untuk makeover 3 buah pintu!
Pintu nak cantik tapi bajet ciput. Jadi la takat ni ja.
Maaf banyak2 sebab post x bagi details. Kayu & gam kayu beli kat shopee RM60++
Ukuran frame atas 2×2 kaki, tengah 2×1 kaki, bawah 2×2 kaki. Kos sekali cat RM100 untuk 3 pintu
BAHAN-BAHAN
KEADAAN SEBELUM
KEADAAN SELEPAS
Shaifuddin mendapat inspirasi apabila melihat wainscoting pada dinding yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia sekarang. Idea tersebut diterapkan untuk transformasi pintu di rumahnya dan hasilnya amat memuaskan.
Menurutnya lagi, masa yang diambil bagi menyiapkan sebuah pintu hanya lah 2 jam termasuk proses memotong dan menampal.