Kotak fius atau DB box (Distribution Board) alat yang akan ada dalam setiap kediaman dengan bekalan elektrik.
Ia berfungsi untuk mengagihkan bekalan elektrik ke litar-litar dalam bangunan dan mengandungi fius atau pemutus litar (MCB) untuk melindungi daripada lebihan arus atau litar pintas.
Kegagalan kotak fius ini berfungsi dengan baik boleh mendatangkan bahaya kepada penghuni rumah. Justeru ia boleh menyebabkan berlakunya renjatan elektrik jika penghuni menggunakan alat elektrik yang tidak berfungsi dengan baik atau berlaku kebocoran arus.
Oleh itu menurut Amal Combination, peranti di dalam kotak ini terutamanya ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker / Pemutus Litar Bocor Kebumi) sebaiknya diuji sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi jika berlaku apa-apa kepincangan arus elektrik di rumah.
Pentingnya periksa kotak fius DB di rumah
“Satu ketika dulu kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan dalam industri muzik iaitu Allahyarham Eddy Wan Othman, dan dikhabarkan kematian Allahyarham disebabkan terkena renjatan elektrik pemanas air.
“Di sini saya ingin kongsikan, info yang mungkin ada yang dah tahu, mungkin belum, mungkin terlupa atau mungkin ambil ringan.
Perkongsian ini adalah umum untuk semua, namun ia perlu diambil tahu,”ujarnya dalam satu perkongsian di media sosial.
Ads
Gambar di bawah ni adalah KOTAK FIUS AGIHAN (DB), semua rumah mesti ada kotak ini.
Di dalam kotak ini mempunyai beberapa peranti yang penting dalam sistem pengaliran elektrik rumah. Antaranya yang biasa kita gunakan adalah Main Switch, ELCB & MCB yang masing-masing ada fungsi keselamatan yang tersendiri.
“Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah peranti ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker / Pemutus Litar Bocor Kebumi).
Ads
“Dalam kotak fius agihan, fungsi ELCB, ELCB akan memutuskan bekalan elektrik jika ada berlaku kebocoran arus pada alatan elektrik yang kita gunakan dalam rumah kita.
“Maksudnya jika wayar api bocor pada alatan tersebut, automatik peranti ELCB akan putuskan bekalan.
“Arus yang bocor terus akan dibawa ke bumi dengan sistem pembumian, secara langsung boleh menyelamatkan alatan elektrik berkenaan dan juga menyelamatkan seseorang yang memegang alat berkenaan,”ujarnya.
Bagaimana untuk pastikan kotak fius berfungsi
1. Pertama, pastikan semua alatan elektrik anda disambung dengan wayar bumi (wayar hijau) dengan sempurna, wayar bumi akan membawa arus bocor terus ke bumi.
Ads
2. kedua, peranti ELCB tersebut perlu kita uji sendiri sebulan sekali, dengan menekan butang ‘T’ atau ‘Test Trip’ dan di peranti ELCB itu sendiri ada tertulis ‘PUSH MONTHLY’.
3. Jika di tekan tetapi tidak trip, bermakna rumah kita dalam keadaan bahaya dan peranti ELCB tersebut WAJIB ditukar oleh mereka yang mahir.
“Jadi lepas ini cubalah tekan ‘test trip’ ELCB pada DB rumah masing-masing, kalau tak trip, cepat-cepat tukar,”pesan beliau.
Jangan Salah Pilih Pokok Hiasan Untuk Rumah Anda, Ini Panduannya! Pokok hiasan dalam rumah bukan sahaja memberi keindahan visual tetapi juga memberikan pelbagai faedah kesihatan dan kestabilan emosi.
Pokok-pokok yang hijau dengan daun yang subur memang mampu menaikkan seri rumah anda, baik di luar mahupun di dalam rumah. Banyak yang percaya pokok hiasan dalam rumah sulit dijaga tanpa cahaya matahari yang mencukupi, tetapi sebenarnya ada banyak pilihan yang tahan dalam cahaya yang terbatas.
Di sini, IMPIANA kongsikan beberapa panduan untuk memilih dan menjaga pokok hiasan yang sesuai untuk ruang dalaman anda:
1. Cahaya dan Ruang
Pencahayaan: Pertimbangkan tahap cahaya dalam ruang di mana pokok akan ditempatkan. Beberapa pokok memerlukan cahaya terang langsung, manakala yang lain lebih sesuai dengan cahaya teduh.
Ruangan: Pastikan pokok yang dipilih mempunyai ruang yang mencukupi untuk tumbuh tanpa sekatan. Faktor ini amat penting untuk memastikan pokok berkembang dengan baik.
2. Kepelbagaian Spesies
Penanaman Campuran: Campurkan jenis pokok yang mempunyai keperluan air dan cahaya yang berbeza untuk mencipta lanskap dalaman yang berwarna-warni dan menarik.
Pokok Serbaguna: Pilih pokok yang boleh digunakan sebagai hiasan dalaman tetapi juga boleh dikeluarkan ke luar untuk kelebihan udara segar.
3.Penjagaan yang Sederhana
Penyiraman: Pastikan pokok menerima penyiraman yang mencukupi berdasarkan keperluan spesies masing-masing. Terlalu banyak atau terlalu sedikit air boleh merosakkan pokok.
Pembajaan: Berikan baja secara berkala untuk menyokong pertumbuhan yang sihat.
4. Kesan Kesejahteraan
Kesihatan Mental: Kajian menunjukkan pokok hiasan dapat meningkatkan keadaan emosi dan mengurangkan tekanan.
Kualiti Udara: Beberapa spesies pokok boleh menapis udara dari bahan kimia berbahaya dan memberikan oksigen tambahan.
5.Pemilihan Pokok Popular
Monstera (Monstera deliciosa): Tahan lasak, sesuai untuk ruang tamu dengan cahaya teduh dan perlu disiram secara berkala.
Spider Plant (Pokok Labah-Labah): Tahan lasak dengan keperluan air yang rendah.
Pothos: Ideal untuk tumbuh dalam keadaan cahaya rendah.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Dengan mempertimbangkan cahaya, ruang, dan keperluan penjagaan, anda boleh mewujudkan persekitaran yang menyegarkan dan menenangkan di dalam rumah anda. Pastikan untuk memilih pokok yang bukan sahaja cantik tetapi juga praktikal.
Memahami tugas si isteri dan ibu yang bekerja, hari ini IMPIANA nak kongsikan petua yang amat membantu serta memudahkan kerja di dapur. Kalau pulang dari kerja terus nak masak dan masa tu lah baru nak dikupas bawang, rebus lada. Ia agak memakan masa kan? Apa kata hujung minggu mak-mak sediakan bahan-bahan dapur seperti berikut:
Stok bawang kisar
Ramai bernaggapan, bila simpan stok bawang siap kisar tak bagus. Ia disebabkan oleh bawang yang siap dikisar akan membebaskan sejenis gas dan aroma yang kurang enak. Ada juga yang akan berubah warna. Untuk mengatasi masalah ini, elak kisar bawnag dengan menggunkan air. Sebaiknya kisar bawang dengan menggunakan minyak. Bahagikan bawang siap kisar kepada dua bekas. Satu diletakkan di bahagian bawah dan satu lagi bekas di letakkan di ruang sejuk beku. Bila bawang kisar habis di bahagian bawah, boleh gunakan bawang yang telah dibekukan tadi. Lakukan pada bawang putih juga
Stock cilia api
Buang tangkai cili api dan simpan di dalam bekas kedap udara. Sebelum tu, Alaskan bekas dengan tisu dan letakkan beberapa ulas bawang putih yang belum dikups. Selain itu juga, anda boleh terus simpan cili padi di bahagian sejuk beku. Bila nak guna, basuh dan tumbuk ketika ia masih beku. Lebih mudah dihancurkan
Cili Api kisar Bersihkan cili api dan kisar kering Bersama sedikit garam. Simpan cilia pi yang telah dikisar di dalam bekas kedap udara Bersama beberapa ulas bawang putih untuk tahan lebih lama. Cilia pi kisar nib oleh digunkan untuk membuat sambal kicap, masak lemak dan sebagainya
Kunyit, halia & lengkuas.
Bersihkan kunyit, halia & lengkuas. Letak dalam bekas bertutup yang diisi dengan air. Stok saya ni dah berusia 1bulan…masih lagi segar. Tukar air setiap 2 minggu.
Bunga kantan & serai.
Bunga kantan & serai yang telah dibersihkan letak bahagian peti beku…nak masak defrost cara semulajadi dengan biarkan diluar.
Stok cili kering.
Potong cili kering dan basuh bersih…rebus bersama beberapa ulas bawang putih. Rebus cili kering bersama bawang putih hingga lembut. Tak perlu basuh ye, terus kisar cili bersama bawang putih dan minyak masak.
Nota: Penggunaan minyak menggantikan air untuk bawang kisar & cili kisar selain dari beri ketahanan lama, juga petua masakan tak terpercik terutama bila buat sambal tumis.
Sumber: Noraslina Abd Aziz
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cuaca mungkin boleh berubah-ubah, tetapi warna hijau sentiasa menjadi salah satu pilihan popular apabila tiba masa untuk mendekorasi semula kediaman. Warna yang sinonim dengan alam semulajadi ini merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran, dan kesuburan. Dari sudut hiasan dalaman, warna hijau sentiasa boleh diguna pakai tidak kira apa gaya dan bajet anda. Bermacam pecahan warna hijau yang kita pernah dengari contohnya, hijau pucuk pisang, hijau zaitun serta hijau lumut. Dengan pilihan yang luas ini anda hanya tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan ruangan anda. Satu fakta menarik, mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna yang lain. Hebat kan?
Walaupun begitu, janganlah terlalu ghairah menghias dengan warna hijau tanpa meletakkan sebarang limitasi kerana jika keterlaluan sakit juga mata nak melihatnya. Jadi jika anda sedang memikirkan bagaimana untuk menghiasi kediaman dengan warna hijau, anda telah datang ke tempat yang betul. Sudahkah anda bersedia untuk membawa makna baru pada kediaman dengan idea-idea reka bentuk menarik digabungkan bersama warna hijau yang menawan.
MENGAPA PILIH WARNA HIJAU?
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dibawa ‘masuk’ ke dalam rumah kerana ia adalah warna yang melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Ia juga warna yang memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan. Untuk benar-benar menikmati kesan positif warna hijau ini pada interior anda, pilihlah warna hijau yang bersesuaian dengan mood yang ingin dikecapi.
RUANG TAMU
Cukup hanya dengan memfokuskan kesebuah perabot kerana dalam ruangan ini ia mampu menjadi tumpuan dan juga sebagai focal point ruang tamu. Biarkan dinding polos tetapi berkarakter bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna. Lengkapkan gaya ruang tamu dengan memilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani agar lebih menyerlah dan nyaman.
RUANG MAKAN
Langsir hijau digantung buat penambah seri ruang makan yang dipenuhi warna-warna neutral kayu. Tumbuhan hijau dalam vase kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
DAPUR
Dua rona hijau digabungkan pada kabinet dan dinding dapur. Aksesori dan kemasan putih buatkan dapur nampak lebih rapi serta menjamin kesegaran yang mampu bertahan seiring trend semasa.
Kabinet hijau dengan counter top putih amat sepadan digandingkan dengan pemegang berwarna emas. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
BILIK TIDUR
Bilik tidur memerlukan aura yang menenangkan serta nyaman dan ia memang mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil kira penggunaan warna hijau. Kepala katil hijau baldu ini di neutral kan dengan meja sisi kayu dan pasu berbelang hitam putih.
BILIK MANDI
Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding bata merah dibiar kasar agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.