Bagi anda yang menyewa atau baru pindah masuk ke rumah baharu, item seperti perabot dan perkakas lain merupakan kelengkapan yang harus ada. Tetapi bergantung pada bajet dan keperluan masing-masing, tidak semuanya wajib beli baru. Anda boleh gunapakai semula perabot yang lama, ataupun DIY sendiri mana yang boleh. Lebih jimat dan bijak.
Melalui perkongsian saudara محمد اكمال اذىذى , disebabkan bajet yang terhad beliau telah mengambil langkah bijak untuk bina sendiri rak tv untuk ruang tamu kediamannya. Dan hasilnya, tidak mengecewakan!
Hanya dengan menggunakan paip pvc, sebuah rak tv yang moden dan ringkas telah terbina.
Mari ikuti perkongsiannya.
RAK TV DARI PAIP PVC
Nak beli yg elok duit tak ramai…
Ini projek asal bole letak tv je…
BAHAN YANG DIPERLUKAN :
– pvc class 7
– join 3way & 4way
– aerosol spray flat black
– rubber wood
1.Rancang terlebih dahulu bentuk dan saiz rak tv yang ingin dibina sebelum menyediakan bahan keperluan.
2. Pasang dan sambungkan paip pvc dengan menggunakan joint
3. Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′
Ads
– Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50′ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.
4. Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.
– Papan macam ni memang boleh beli ikut meter. Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet, Ni saya tukar ramai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood tapi modal keras.
5. HASILNYA
Ads
KOS YANG TERLIBAT :
1.Paip class 7 x3 batang – RM19
2. Cat – RM20
3. joint – RM20
4. Kayu saya beli sekeping 3’x6′ RM130 tapi yang diguna cuma 1/10 sahaja tak banyak, kos yang guna ni sekitar RM30
Idea yang cukup kreatif dan bernas ini sesuai sangat untuk anda yang mahu jimat dan sukakan cabaran ketika menghias rumah. Selamat Mencuba!
Kedai barangan terpakai atau secondhand shop merupakan tempat yang menyeronokkan untuk dilawat kerana kemungkinan untuk anda menjumpai sesuatu yang limited ataupun istimewa adalah sangat tinggi. Bagaikan harta karun yang sedang menunggu untuk dijumpai oleh mereka yang cukup merani untuk menerokai kedai-kedai barangan lama.
Kini, barangan terpakai tidak lagi dilihat sebagai barang pilihan untuk mereka yang tidak mampu. Malah, lambakan perabot dan perhiasan vintaj atau antik kini menjadi lebih popular dikalangan pengguna yang lebih gemar dengan pendekatan mesra alam.
Impiana telah kumpulkan 5 kedai perabot dan perhiasan second hand yang boleh anda lawati :
1. KEDAI KAKI LELONG
Cawangan 1 – Brickfields, 67 Lorong Scott, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Cawangan 2 – Basement Carpark Pusat Dagangan NZX, No. 2, Jalan PJU 1A/41B, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Cawangan 3 – Lot 4, Jalan 19/1B, 46300 Section 19, Petaling Jaya
Cawangan 4 – Jalan Rasah, Lot. 392, Taman Anggur Jaya, 70300 Seremban, Malaysia
2. CITY JUNK ENTERPRISE
9, Jalan Puteri 2/5, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
3. CHAI CHAI TRADING
No.K20-24, Jalan Ipoh, Batu 4 1/2 51200 Kuala Lumpur
4. RENEW MART SDN BHD
Lot 3739-A, Jalan Kampung Baru Subang, Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor
5. PAKAR PERABOT TERPAKAI SHAH ALAM
No 32, 34 Jalan Rugbi 13/30, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak bilik kemas dan tersusun, sudah pasti perlukan ruang pengstoran yang mencukupi lebih-lebih lagi bagi tujuan penyimpanan baju anak-anak. Puan Ekinzaid Zaid dan En Syazwan Ramli ada idea bijak dan jimat untuk DIY sendiri rak simpanan baju.
Sejak kami sewa rumah, tak ada almari. Yang ada pun 2 pintu sahaja. Itu pun almari Ekin masa bujang. Sekarang anak dah 3 orang, mana muat. Selalu lipat dan susun ata lantai bilik sahaja. Nak beli almari pun mahal. Suami kerja seorang sahaja. Satu hari terfikir nak buat macam ni. MODAL DALAM RM 30-40 sahaja. Bahagian penyangkut tu sesuai untuk baju-baju baby. Kalau baju org dewasa berat.
Barang yang kami gunaa:
PVC paip 11 batang (RM1. 60/sebatang)
Elbow paip 10pcs (RM 0. 41/pcs)
T-Socket paip 6pcs (RM0. 66/pcs)
Cable tie (RM 2.56/sepeket)
Fitting D/E socket 2pcs (RM 0. 47/1pcs)
(socket fitting ni untuk sambungkan bagi penyangkut tu bg tinggi sikit dalam gambar ni kami tkbuh lg)
Bakul 6pcs ( RM2.10)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bayangkan percutian anda kali ini hanya di dalam negara yang sudah pastinya anda telah banyak berjimat dalam percutian mewah kali ini. Terletak dalam jarak yang berdekatan dari Singapura dan Kuala Lumpur, keunikan pantai Anantara Desaru Coast Residences yang mewah dan percutian mesra keluarga menonjol di antara villa-villa kediaman di Malaysia.
20 villa yang dilengkapi kolam renang, beberapa unit bilik yang menghadap Laut China Selatan. Pemilik dan penghuni menikmati akses ke Pantai Desaru dan kemudahan lima bintang di Anantara Desaru Coast Resort & Villas.
Terletak di hujung selatan Semenanjung Tanah Melayu dengan akses mudah dari Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain, Anantara Desaru Coast Residences menawarkan gaya hidup pantai yang unik dengan koleksi 20 villa kolam renang peribadi dan empat bilik tidur mewah untuk dijual. Kediaman yang dikendalikan oleh Anantara Desaru Coast Resort & Villas ini dilengkapi dengan kemudahan resort lima bintang, akses ke pantai peribadi dan pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan untuk semua.
Terletak di 17 kilometer di tepi pantai, Desaru Coast adalah destinasi akan datang yang terdiri daripada hotel dan resort terkenal di peringkat antarabangsa, dua padang golf oleh The Els Club Desaru Coast, Adventure Waterpark – salah satu yang terbesar di dunia, serta tempat membeli-belah dan tempat makan.
Pemaju memenangi anugerah kediaman berjenama mewah di Semenanjung Tanah Melayu Minor International dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran pembangunan villa kediaman berjenama Anantara pertama di Malaysia – Anantara Desaru Coast Residences.
“Kami gembira dapat memperkenalkan kemewahan asli Anantara ke semenanjung Malaysia,” kata Micah Tamthai, Naib Presiden Real Estate, Minor International. “Terletak di salah satu daerah yang paling didambakan di negara ini, dan dengan hanya 20 kediaman yang ada, pembangunan ini merupakan penanda aras prestij dan eksklusif.”
“Anantara Desaru Coast Residences menawarkan perpaduan unik dari kemewahan, gaya hidup di tepi pantai dan kemudahan keluarga. Dengan lokasi yang ideal di tengah-tengah Pantai Desaru, kediaman baru adalah tempat percutian tepi pantai yang sempurna untuk keluarga dari Malaysia dan sebagainya, ”tambah Micah.
Dibangunkan oleh Minor International – salah satu syarikat perhotelan, restoran dan gaya hidup terbesar di Asia Pasifik, dan Resort & Hotel Bertema (TAR & H) – anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, Anantara Desaru Coast Residences mempunyai 20 kolam renang peribadi, tiga dan empat bilik tidur villa masing-masing dengan pemandangan Laut China Selatan dan akses terus ke pantai. Villa yang berukuran dari 3,100 hingga 6,426 kaki persegi dan menawarkan ruang tamu dalaman dan luaran dengan cahaya semula jadi dan angin laut melalui tingkap-tingkap besar, ruang makan dan ruang santai terbuka serta kolam renang yang luas. Dikelilingi oleh pepohon yang rimbun untuk menambah nikmat privacy, kamar tidur suite yang luas menawarkan pemandangan kolam renang tanpa batas, pantai dan laut cukup mengujakan.
Kediaman diuruskan dan diservis sepanjang tahun oleh Anantara Desaru Coast Resort & Villas. Pemilik dan penghuni menikmati akses eksklusif, kemudahan lima bintang di resort ini. Ini termasuk pantai peribadi, kolam renang laguna dan kolam infiniti menghadap laut, Anantara Spa, pusat kecergasan, kelab kanak-kanak dan remaja serta pelbagai pilihan tempat makan Malaysia, Thailand dan antarabangsa terdapat di sini.
Potensi pembangunan Desaru Coast yang luas sebagai destinasi mewah, ditambah dengan pengalaman Minor International selama beberapa dekad dalam pengurusan kediaman berjenama, menjadikan Anantara Desaru Coast Residences sebagai peluang pelaburan yang sangat baik. Kediaman ini boleh dibeli dengan harga bermula MYR 7.5 juta.
Untuk maklumat mengenai Anantara Desaru Coast Residences, sila layari: www.anantaradesaru-residences.com. Pertemuan peribadi boleh diatur dengan menghubungi +60 19 241 2296 atau
propertiysales@minor.com.
Sebuah pembangunan yang sedang meningkat nama di selatan, pastinya memberi impak yang cukup memukau bagi yang inginkan sebuah percutian mewah dalam gaya tersendiri. Lihat sahaja tawaran villa yang ada di sini, anda hanya perlu tanya selera apa yang anda inginkan sewaktu percutian kali ini. Jadikan percutian dalam negara ini satu kenangan terindah untuk anda sekeluarga.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.