Bagi anda yang menyewa atau baru pindah masuk ke rumah baharu, item seperti perabot dan perkakas lain merupakan kelengkapan yang harus ada. Tetapi bergantung pada bajet dan keperluan masing-masing, tidak semuanya wajib beli baru. Anda boleh gunapakai semula perabot yang lama, ataupun DIY sendiri mana yang boleh. Lebih jimat dan bijak.

Melalui perkongsian saudara محمد اكمال اذىذى , disebabkan bajet yang terhad beliau telah mengambil langkah bijak untuk bina sendiri rak tv untuk ruang tamu kediamannya. Dan hasilnya, tidak mengecewakan!

Hanya dengan menggunakan paip pvc, sebuah rak tv yang moden dan ringkas telah terbina.

Mari ikuti perkongsiannya.

RAK TV DARI PAIP PVC
Nak beli yg elok duit tak ramai…
Ini projek asal bole letak tv je…

Kreatif Dan Jimat! Rak TV DIY Sesuai Untuk Yang Baru Masuk Rumah Sewa

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

– pvc class 7
– join 3way & 4way
– aerosol spray flat black
– rubber wood

Boleh juga beli bahan-bahan di SINI

IKLAN

LANGKAH-LANGKAHNYA :

1.Rancang terlebih dahulu bentuk dan saiz rak tv yang ingin dibina sebelum menyediakan bahan keperluan.

2. Pasang dan sambungkan paip pvc dengan menggunakan joint

Kreatif Dan Jimat! Rak TV DIY Sesuai Untuk Yang Baru Masuk Rumah SewaKreatif Dan Jimat! Rak TV DIY Sesuai Untuk Yang Baru Masuk Rumah Sewa

3. Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′

IKLAN

– Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50′ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.

Kreatif Dan Jimat! Rak TV DIY Sesuai Untuk Yang Baru Masuk Rumah Sewa

4. Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.

– Papan macam ni memang boleh beli ikut meter. Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet, Ni saya tukar ramai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood tapi modal keras.

5. HASILNYA

IKLAN

Kreatif Dan Jimat! Rak TV DIY Sesuai Untuk Yang Baru Masuk Rumah Sewa

KOS YANG TERLIBAT :

1.Paip class 7 x3 batang – RM19

2. Cat – RM20

3. joint – RM20

4. Kayu saya beli sekeping 3’x6′ RM130 tapi yang diguna cuma 1/10 sahaja tak banyak, kos yang guna ni sekitar RM30

Idea yang cukup kreatif dan bernas ini sesuai sangat untuk anda yang mahu jimat dan sukakan cabaran ketika menghias rumah. Selamat Mencuba!

SUMBER

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI