Tiada apa yang lebih memberi kepuasan di hati selain melihat ruang kediaman indah dihias dengan air tangan sendiri. Bukan harga jadi taruhan apatah lagi perabot mewah bergemerlapan. Sederhana itu bagaikan satu ramuan mujarab menghias kediaman ruang terhad. Ruang dihias bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi satu persembahan kasih sayang untuk seisi keluarga. IMPIANA ke apartmen unik dengan dua kamar beradu jadi taruhan untuk pemiliknya melakar kreativiti menata hias dengan sepenuh hati.
Melangkah masuk ke kediaman pasangan suami isteri ini, Azman Ahmad dan Augustina Early, mata umpama dijamu dengan sentuhan seni yang tidak berkesudahan. Ruang tamu yang mempunyai keluasan sekitar 10 kaki + 20 kaki di dominasi dengan ilham hitam putih. Pandangan mata dengan pantas mendarat ke arah visual besar yang memainkan peranan sebagai feature wall ruang tamu. Menurut tuan rumah, visual tersebut disiapkan oleh pelukis muda Harith Daniel iaitu anak saudara Azman sendiri. Merupakan eksperimen sulung beliau dan kerja-kerja melukis mengambil masa hampir seminggu untuk disempurnakan.
“Saya merasakan perlu ada satu visual yang ringkas tetapi menarik menjadi pemancing mata di ruang ini. Tetapi bukan kertas dinding atau gambar. Saya mahukan sesuatu yang lebih dalam impaknya pada ruang tetapi tampil harmoni. Anak saudara saya memberi beberapa idea tetapi kami sepakat mahukan pemandangan ringkas, lorong di deretan kedai yang mempunyai satu nilai estetika tersendiri, ” ujar Augustina.
Ads
Lakaran perspektif itu juga diberi sentuhan minima hitam dan putih. Ini bertujuan agar elemen garisan yang ada memberi kesinambungan dengan idea hias ruang utama secara keseluruhan. Azman sendiri tidak menyangka, sentuhan mural yang bersaiz 10 kaki x 9 kaki tinggi memberi impak yang luar biasa pada ruang. Harmoni pula dengan hiasan kraf lain yang dibuat sendiri oleh tuan rumah.
Ads
DUA KAMAR DIHIAS MOLEK
Sederas masa berlalu, anak-anak mula membesar dan sudah bijak membuat keputusan juga cita rasa. Augustina menyatakan, sejak kecil lagi suaminya mahu ruang kamar bakal cahaya mata mereka bertemakan ‘Rock Star’. Jadi tidak hairan kamar anak-anak dicat hitam dan hiasan dinding seperti perkataan ‘Rock Star’ dibuat sendiri dengan kotak sarapan kepingan jagung. Begitu juga rak yang diperbuat daripada skate board yang bertindak sebagai para-para dan papan luncur tersebut juga masih boleh digunakan. Antara hiasan lain yang menarik perhatian sudah pasti kraf gantungan gitar yang diperbuat daripada kertas berkilat. Di sekitar katil dua tingkat ini juga dihias dengan beberapa hasil ilham Augustina seperti bekas menyimpan permainan kecil yang comel dan unik.
Ads
Melihat biasan kamar beradu utama pasangan ini, hati bagaikan teringat rona denim dimamah masa. Sesuai benar dengan elemen kreatif yang begitu banyak menghiasi ruang. Hasil usaha tangan dan minda Augustina. Menurut Azman, mereka telah mencampurkan cat biru muda bersama putih agar warnanya lebih nampak berkrim dan lain daripada yang lain. Usaha dan kreativiti pasangan ini ternyata mendapat hasil yang begitu luar biasa moleknya. Apatah lagi apabila ruang disimbahkan dengan pencahayaan semula jadi dan perhiasan rona sedondon serta bunga mawar buat pembangkit seri. Dari bangku yang merangkap meja sisi, botol perhiasan, perhiasan dinding, bekas serba guna ala beg kertas dengan corak bulu mata, semua dibuat sendiri oleh wanita yang mempunyai darah campuran Filipina ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika yang suka menghias kediaman dalam cita rasa tersendiri, pastinya jenama yang berkualiti tinggi menjadi pilihan segelintir dari mereka. Di sini ingin saya bercerita mengenai jenama KARTELL yang pastinya ramai sudah tahu akan jenama ini, tetapi mungkin ada yang masih belum mengenali jenama ini dengan lebih dekat.
Ya, betul jika melihat harga barang hiasan serta perabot dari jenama ini pastinya berfikir lebih dari 3 kali untuk memilikinya. IMPIANA tidak menyangkal jika anda mempunyai padangan yang sebegitu. Tetapi jika sebenarnya dalam menghasilkan seni hiasan dalaman yang cukup berkualaiti dan tahan lama serta dalam kelas tersendiri. Perabot dan hiasan berjenama KARTELL ini lah yang patut menjadi pilihan. Apa pun IMPIANA ingin katakan berbelanjalah dengan bijak dalam apa jua sekali pun.
Siapa KARTELL dalam industri dekorasi?
Pengasas KARTELL yang berasal daripada Itali iaitu Anna Castelli Ferrieri dan Giulio Castelli. KARTELL juga adalah syarikat Itali, berdasarkan Noviglio, syarikat ini didirikan pada tahun 1949 (71 tahun dalam Pasaran). Mulai sebagai pengilang untuk aksesori kereta pada tahun 1949. Ia berkembang menjadi perabot rumah pada tahun 1963 dan kesemua produk hasil syarikat ini 100% dibuat di Itali. KARTELL menghasilkan pelbagai produk seperti lampu, perabot, peralatan makan dan aksesori rumah. Bahan utama dalam dalam pembuatan barang hasil KARTELL ialah Poly-Carbonate (PC) kerana mereka adalah syarikat yang paling maju dalam menghasilkan bahan asas PC di dunia. Hebatkan!
Mengapa Polycarbonate
Pengasas Kartell, Guilio Castelli adalah seorang jurutera kimia. Impiannya adalah untuk menghasilkan objek dengan ciri-ciri inovatif yang boleh menggunakan teknologi pembuatan baru menjadikan penggunaan bahan-bahan ekonomi dan menggunakan proses yang efisien. Projek plastik mereka yang terkenal adalah sangat tertumpu kepada penyelidikan dan reka bentuk teknologi untuk menangani bahan yang tidak seperti bahan semula jadi dan tidak mempunyai identiti visual sebelum pengeluaran. Jika anda ingin tahu polikarbonat adalah tahan lama, pentulan cahaya, penebat haba, tahan air, dan ringan. Inilah yang membuatkan rangkaian produk KARTELL mendapat tempat di dalam industri.
Jika anda ingin ketahui perkara lebih lanjut dengan mengenai jenama ini anda boleh layari https://lightcraft.com.my/ untuk rangkaian produk berjenama ini.
Gambar: Lighcraft
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
21 Idea Dekorasi Tandas & Bilik Mandi Kecil Untuk Anda. Setiap orang semestinya mengimpikan bilik mandi yang menarik dan selesa. Bilik mandi bukan sahaja boleh menjadi tempat mandi malah boleh juga menjadi tempat untuk berendam rehat di dalam tab setelah seharian penat bekerja. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mampu dan mempunyai ruang tandas yang besar mahupun bilik mandi yang luas.
Ramai yang sangka bilik air sempit dengan ruang yang terhad ini, tidak perlu diberi sentuhan atau sukar untuk diubah suai. Ini semua salah dan tidak tepat. Setiap ruang tidak kira tandas atau apa jua ruang luas atau sempit semuanya boleh di dekor dengan baik dan sempurna jika anda tahu bagai mana caranya.
Di sini, IMPIANA kongsikan jenis bilik air yang bersaiz sempit dan terhad untuk anda semua menjadi sumber inspirasi.
Pemilihan idea dan reka bentuk dalaman bilik mandi merupakan antara proses yang agak sukar. Tidak kira jika ia adalah sebuah rumah besar, banglo, sebuah kondo ataupun apartment. Kekangan yang dihadapi ialah rumah masa kini yang dibeli mahupun disewa datang bersama keluasan ruang bilik mandi yang agak kecil. Pada masa yang sama, untuk mendekorasikan bilik mandi mestilah menggabungkan keindahan dan kefungsiannya.
Kami kongsikan beberapa cadangan dan idea yang yang boleh dijadikan rujukan untuk menghias bilik mandi atau ruang tandas yang kecil. Menarik tak dekorasi tandas ini?
Sumber : Google
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI), pelbagai tip, dekorasi kediaman dikongsikan bersama anda.
Almari di dalam bilik bagaikan satu kewajipan kerana ia bukan sahaja menyediakan ruang simpanan baju dan keperluan lain, malah memastikan bilik kelihatan kemas. Namun, bagi puan Qaseh Nafisha dan suami, mereka punya pilihan lain.
Almari edisi anak ramai. Emaknya asyik bising kata almari dah tak muat. Untuk menjimatkan kos dari membeli almari besar, ayahnya DIY sendiri almari penuh satu dinding.
Dengan hanya bermodalkan RM 90, walk-in wardrobe berjaya disiapkan hanya dengan menggunakan besi siku berlubang dan sesiku yang di beli dari kedai Mr. DIY.
Untuk elak kelihatan baju yang tidak kemas, Puan Qaseh telah menggunakan langsir sebagai tirai menutup cela.
Besi siku biru berlubang beli dari kedai hardware dah siap potong 9 kaki. Satu batang RM 20
Sesiku “L” terus drill ke dinding
Skrukan besi biru berlubang tu pada sesiku “L”
Kebetulan ada lebihan papan lama, boleh buat alas tempat simpaanan di bahagian atas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.