Kuak Hill Resort, Lenggong, lokasi percutian konsep kembali pada alam semula jadi. Terletak lebih kurang 100 kilometer dari utara, Ipoh. Lokasi percutian ini berdekatan dengan Grik, Empangan Temenggor dan Tasik Banding.
Kuak Hill Resort sesuai untuk anda yang ingin bercuti dalam suasana ketenangan dan di kelilingi alam semula jadi. Anda dapat melihat keindahan pemandangan Tasik Raban dari atas bukit di Kampung Lata Papan, Kuak.
Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Ameera, beliau memilih Kuak Hill Resort, Lenggong kerana lokasinya yang dekat tetapi menyeronokkan.
“Nah inilah tempatnya, sangat tenang, sejuk dan mendamaikan. Jauh dari kesibukan kota, terletak di atas bukit perkampungan Melayu di Lenggong. Alhamdullillah dapat juga menikmati keindahan di atas sini, sebab sebelum ini hanya tengok sahaja,” kata Ameera.
Jelas ibu muda ini lagi, siapa yang inginkan percutian yang tenang, tiada gangguan, lokasi ini menjanjikan kepuasan buat anda dan keluarga. Hanya bunyi kicauan burung dan bunyi alunan air bukit yang mengalir kedengaran. Bilik perlu ditempah lebih awal kerana tempat ini sentiasa sahaja penuh.
1. Dari perkarangan tempat letak kereta, kita perlu naik ke atas. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit. Kereta perlu diletakkan di bawah memandangkan lokasi agak tinggi.
2.Apabila sudah sampai ke atas, kita akan disajikan dengan keindahan alam ciptaan Allah yang tidak terkata cantiknya.
3.Tersedia juga kafe di sini. Hati-hati ketika berjalan kerana laluan utama untuk naik dan turun agak curam. Tidak terasa penat berjalan bila melihat suasana hijau dan menyegarkan.
4. Ada zoo kecil juga di sini. Anak-anak pasti suka. Bagi ibu bapa pula jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini kerana banyak tempat menarik untuk merakamkan kenangan percutian.
5.Tersedia juga kenderaan pacuan empat roda untuk kemudahan bergerak ke sana sini.
6. Buat penggemar kopi, boleh minum kopi sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
7. Wajib bila ke mana-mana bawa pulang cenderamata. Di sini juga ada disediakan pelbagai pilihan cenderamata yang terletak berhampiran meja pendaftaran.
8. Bilik untuk keluarga pun besar dan selesa.
9. Boleh mandi-manda di kolam mandi yang turut tersedia di sini. Air dari kolam mandi datangnya dari air bukit. Sejuknya sampai ketulang.
10. Di luar bilik boleh lepak santai sambil minum kopi cicah biskut.
11. Pada waktu malam pula boleh buat barbeku bersama keluarga.
Lokasi percutian ini bukan sahaja sesuai untuk keluarga tetapi juga untuk pasangan yang sedang berbulan madu. Pada waktu pagi pula, cuaca sejuk dan kabus tebal. Pasti rasa malas meninggalkan tempat tidur.
Sumber: Ameera
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN:
Temple Tree Resort Langkawi Sangat Menakjubkan, Rasai Pengalaman Bersama IMPIANA
Bagi Yang Gemar Travel Wajib Kunjung Hostel Di Asia Ini
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.