Berkat kecekalan dan minat yang mendalam seorang suri rumah sepenuh masa, pemilik rumah teres satu tingkat di Johor Bahru yang sudah didiami selama 8 tahun ini telah berubah wajah menjadi lebih moden dan nyaman. Minat yang timbul setelah berhenti kerja serta usaha yang berterusan bagi mendapatkan barangan yang diingini membuatkan segalanya lebih lancar dan seronok. Menurut Puan Nor Azila, hampir 90% kerja-kerja pengubahsuaian ini telah dilakukannya sendiri. Bermula dengan menjual kesemua perabot lama yang terdapat di rumah, beliau kemudiannya mula mengecat dan memasang sendiri perabot-perabot baru dalam masa satu hari sahaja. Ini barulah namanya girl power! Hanya untuk proses drilling dan wiring sahaja Puan Nor Azila meminta pertolongan daripada abang iparnya.
Dengan modal keseluruhan RM18k, ibu kepada dua anak comel ini telah mengubah suai dua ruang kegemaran beliau iaitu halaman rumah dan ruang tamu dengan perabot dan perhiasan ringkas dan moden. Keluasan 20 x 60 yang agak terhad tidak menghalang beliau untuk terus bermain dengan kreativiti bagi mendapatkan hasil yang memuaskan hati. Barangan dari IKEA dan SSF telah menjadi pilihan kerana mudah didapati di samping harga yang berpatutan. Bagi Puan Nor Azila, pemilihan warna cat, karpet serta langsir perlu dilakukan dengan teliti agar mudah untuk dipadankan dengan apa juga jenis aksesori dan perhiasan.
Mari IMPIANA bawakan anda menyusuri transformasi rumah kecil yang indah ini. Semoga semuanya mendapat manfaat dan ilham hasil drai perkongsian ini. Selamat menghias!
+ LAMAN : SEBELUM
+ LAMAN : SELEPAS
Ads
Ads
+ RUANG TAMU
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mempunyai nilai estetika tersendiri dengan sentuhan ‘Industrial Chic’, memang menarik konsep kediaman milik penyanyi rock lagenda, Amy Search,66 ini.
Datuk Amy pernah kongsikan beberapa dekorasi dan ruang menarik di rumahnya.
Dekorasi kediaman dengan sentuhan konsep ‘Industrial chic’ yang menggabungkan elemen industri dan bergaya, seperti bata merah, aksen logam dan palet warna neutral.
Ruang Tamu Tingkat Bawah
Paling mencuri perhatian adalah pada bahagian ruang tamu bawah yang dijadikan bilik merokok ‘cigar room’ dan mini galeri yang menempatkan koleksi gambar-gambar istimewa ‘perjalanan’ sepanjang kerjaya bergelar penyanyi rock. Dekorasi ringkas, Sofa Chesterfield rona coklat dan pencahayaan lampu gantung yang tepat, menyerlahkan lagi ruang ini.
“Ubah suai di ruang tamu ground floor jadi mini galeri dn cigar room,” ujar Amy.
Gemar Bertukang & DIY
Jiwa seni penyanyi lagu Isabella ini juga terpahat dalam dekorasi rumah. Amy ternyata mempunyai minat dan suka bertukang, malah tak kekok melakukan kerja ‘renyah’ ini. Kebanyakan hasil kerja di rumah seperti mengecat, menggantung bingkai gambar dilakukan sendiri di rumah sewaktu masa lapang.
“Moving some of art work to the garage. Itu dua art work dari pelukis Jogja, Bambang Toko. #bambangtoko Dinding tu pun dah aku tukar color ke Salty Brine color of the year 2020. Smbil tu aku membongkar barang-barang sejarah yang boleh aku sangkut kat dinding tu. Esok pasang track lights dan wall lights dan auto garage door to be repaint dari black ke charcoal,”jelas Amy
“Undercoat sebelum cat warna charcoal. Macam ni kerja aku ari-ari, tapi aku happy buat kerja-kerja ni sendiri dari upah orang. Puas hati buat sendiri. Korang semua suka buat apa jer kat umah?,” kongsi Amy.
Dekorasi Bilik Pallet Kayu
Berkongsi pengalaman dekorasi rumah, Amy berkata dia pernah menghias bilik menggunakan pallet kayu pinewood, yang dijadikan ‘base’ lapik tilam. Malah mengimpikan bayangan suasana seperti rumah Alladin dengan mementingkan pencahayaan lampu ‘warm light’ supaya dapat mencetuskan suasana cosy dalam bilik.
“Ini lah konsep bilik aku pada tahun 2000. Sebenarnya aku dah guna pallet kayu ni masa zaman tu. Aku ingat lagi pegi Sungai Merab beli recycle pinewood pallet 2 ringgit jer masa tu. Pinjam kawan aku pickup truck.
Sebelum tukar ke konsep ini, semua putih dengan Terracotta Vast yang tinggi dengan white curtains. Bayangan aku ambience rumah Alladin . Dengan warm light sangat cozy suasana malam. Aku sangat tak suka guna lampu putih (day light) sebab perhiasan dan ambience semua nampak pucat dan flat. Itu lah bezanya guna warm light dan day light,” ujar Amy
Tanaman Hijau Pelengkap Kediaman
Isterinya, Datin Norhasniza Hassan pula gemar bercucuk tanam dengan pelbagai jenis pepohon menghijau bagi melengkapi suasana rumah. Baik dari lanskap laman hinggalah ‘indoor plant’. Minat menanam pelbagai tumbuhan hijau ini pula bermula sejak PKP yang lepas.
Pelbagai jenis tumbuhan ditanam seperti kaktus, monstera, heliconia, cekur batik, rosemary dan sebagainya.
Seronok melihat dekorasi rumah milik Amy Search ini, memang cukup artistik dan mempunyai citarasa tersendiri. Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi yang lain.
Kini ruang kediaman mahu pun pejabat bagaikan tidak sempurna jika tidak dihias dengan sofa. Tidaklah bermakna sofa itu perlu dempak dan besar saiznya. Atau berbunga serta berwarna warni. Lupakan sebentar sofa tradisi itu. Sofa wing jelas pada kita banyak memainkan peranan dalam menghidupkan suasana kediaman agar nampak cantik dan molek. Namun pereka tidak tinggal diam kerana wing sofa juga banyak mengalami perubahan sejajar dengan peredaran aliran gaya di luar sana.
Mungkin ramai yang terlepas pandang, banyak sofa moden di luar sana berasal dari susur galur sofa wing. Inspirasi pereka yang memartabatkan rekaan ini diubah rupa menjadi selaras dengan imej dekorasi sekarang yang lebih ringkas, selesa danpada masa yang sama, unik bentuknya. Malah warnanya juga lebih menarik biar polos namun dek bentuk yang agak luar dari kebiasaan ini, ia tampil cukup elegan. Begitu moden bentuknya sampai adakala tak terlihat dek kita acuan sofa wingnya dengan sekilas pandang.
Tidak kiralah berkaki kayu tirus atau berkaki besi dan sebaganya, sofa wing tiga atau sebuah tempat duduk kini menjadi tarikan ramai pereka untuk menyerlahkan satu prinsip klasik dalam menu moden. Ia merupakan satu langkah bijak dalam menghidupkan idea klasik ini dalam aliran urban sezaman malah kualiti kerja pembinaannya juga dinaik taraf agar jauh lebih kemas serta nyaris sempurna. Anda yang mempunyai sofa wing lama, jangan dibuang. Sebaliknya tukarlah kemasan lembutnya agar bersifat sezaman dan segar. Simple-simple sahaja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semula jadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota.
Nama Pemilik: Fatin Fatina Nazlan
Jenis Kediaman: Apartment
Keluasan: 960 kaki persegi
Konsep: Scandinavia
Spesifikasi: Sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur basah dan kering, balkoni.
Jom kita lihat sentuhan magis pemilik ini untuk rumah miliknya, mungkin dapat beri anda ilham
Ringkas itu tidak semestinya membosankan. Bicara dekorasi polos juga mampu untuk menyempurnakan ambien sesebuah ruang jika kena dengan sentuhannya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.