Kuasa Wanita, Ambil Masa Sehari Je Makeover tapi Tengok Hasilnya

Share

Berkat kecekalan dan minat yang mendalam seorang suri rumah sepenuh masa, pemilik rumah teres satu tingkat di Johor Bahru yang sudah didiami selama 8 tahun ini telah berubah wajah menjadi lebih moden dan nyaman. Minat yang timbul setelah berhenti kerja serta usaha yang berterusan bagi mendapatkan barangan yang diingini membuatkan segalanya lebih lancar dan seronok. Menurut Puan Nor Azila

, hampir 90% kerja-kerja pengubahsuaian ini telah dilakukannya sendiri. Bermula dengan menjual kesemua perabot lama yang terdapat di rumah, beliau kemudiannya mula mengecat dan memasang sendiri perabot-perabot baru dalam masa satu hari sahaja. Ini barulah namanya girl power! Hanya untuk proses drilling dan wiring sahaja Puan Nor Azila meminta pertolongan daripada abang iparnya.

Dengan modal keseluruhan RM18k, ibu kepada dua anak comel ini telah mengubah suai dua ruang kegemaran beliau iaitu halaman rumah dan ruang tamu dengan perabot dan perhiasan ringkas dan moden. Keluasan 20 x 60 yang agak terhad tidak menghalang beliau untuk terus bermain dengan kreativiti bagi mendapatkan hasil yang memuaskan hati. Barangan dari IKEA dan SSF telah menjadi pilihan kerana mudah didapati di samping harga yang berpatutan. Bagi Puan Nor Azila, pemilihan warna cat, karpet serta langsir perlu dilakukan dengan teliti agar mudah untuk dipadankan dengan apa juga jenis aksesori dan perhiasan.

Mari IMPIANA bawakan anda menyusuri transformasi rumah kecil yang indah ini. Semoga semuanya mendapat manfaat dan ilham hasil drai perkongsian ini. Selamat menghias!

+ LAMAN : SEBELUM

+ LAMAN : SELEPAS

 

+ RUANG TAMU

Published by
Impiana