Bagi pemilik kucing, pastinya anda akan teruja untuk membawa pulang si comel kesayangan ke rumah baru.
Terbaru, Bobby Kertanegara, kucing kesayangan Presiden Indonesia Prabowo Subianto, secara rasmi berpindah ke Istana Presiden pada Isnin.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram @bobbykertanegara, para pengikut dapat melihat hubungan erat antara Prabowo dan Bobby, merakamkan detik-detik manis mereka berjalan bersama di istana, meskipun di tengah-tengah jadual presiden yang padat.
Dalam video tersebut, Prabowo, yang dilantik sebagai Presiden Indonesia kelapan pada Ahad, dilihat dengan mesra membelai kepala Bobby yang berbaring selesa di dalam kereta sorong berwarna coklat muda yang memaparkan namanya.
Presiden itu dengan penuh kasih bertanya, “Bobby, awak nak tengok bilik awak?”, menggambarkan hubungan akrab beliau dengan kucing kesayangannya itu.
Interaksi comel ini mendapat perhatian yang meluas di media sosial, terutamanya dalam kalangan pencinta haiwan dan peminat kucing di seluruh Indonesia
Tip Persediaan sebelum bawa balik kucing ke rumah baru
Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah menyediakan bilik atau ruang yang berasingan dengan kucing lain di rumah. Ruang ini sangat penting bagi memberikan kucing yang sudah dibela dan baru ini masa untuk menyesuaikan diri.
2. Pastikan kelengkapan makanan dan minuman yang secukupnya
Seterusnya, pastikan kelengkapan makanan dan minuman juga sudah disediakan di dalam bilik atau ruang yang diasingkan. Ini memastikan kucing anda berasa selesa sewaktu dalam proses untuk menyesuaikan diri.
3. Wujudkan persekitaran bilik yang selesa untuk kucing anda
Selain itu, jangan lupa untuk menyediakan pasir kucing bagi memastikan kucing baru anda ini boleh membuang air dengan selesa. Di dalam ruang atau bilik yang disediakan ini, anda juga boleh menyediakan persekitaran yang sesuai bagi kucing baru ini meninggalkan bau mereka. Letakkan selimut atau tempat mencakar bagi menggalakkan kucing baru ini mula meninggalkan bau mereka di rumah anda,
4. Sediakan tempat bersembunyi
Dalam proses menyesuaikan diri, sediakan juga beberapa tempat persembunyian bagi kucing anda. Ia akan membuatkan kucing ini berasa selamat untuk berada di dalam rumah.
5. Pastikan rumah anda tidak ada ruang untuk melarikan diri
Pada permulaan ini, kucing anda mungkin akan cenderung untuk melarikan diri. Oleh itu, sewaktu kucing anda masih dalam fasa menyesuaikan diri, pastikan pintu depan dan belakang ditutup bagi mengelakkan si comel ini melepaskan diri.
6. Beri penerangan kepada kanak-kanak yang berada dalam rumah
Ya, pastinya kanak-kanak yang berada dalam rumah paling teruja untuk bermain dengan si comel ini. Namun, bunyi yang kuat dan bising boleh mendatangkan ketakutan bagi kucing baru.
Semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini: Baja Chitosan Dari Kulit Udang Jadikan Tanaman Immun Serangan Kulat
Mesti Baca: KOMPILASI TIP Buat Sendiri BAJA ORGANIK Mudah Guna Bahan Dapur
Artikel Menarik: KULIT TELUR + CUKA Berkesan Atasi Masalah Bunga/Buah Gugur Sebelum Masanya!
IMPIANA : Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak.
Sumber: Nur Amirul Nur Azmi