Kulat di rumah bukan hanya merosakkan pemandangan malah membahayakan kesihatan.
Untuk info, kulat ini terjadi pada dinding dan siling di kediaman sebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama adalah disebabkan oleh persekitaran yang lembap. Disamping itu juga, jika terdapat kebocoran paip atau saliran ia akan menyebabkan keadaan tersebut menjadi lebih kritikal.
Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru-paru dan menyebabkan iritasi serta radang kepada saluran pernafasan. Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak dibersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru-paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti astma. Bagi yang sememangnya menghidap asma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Ads
Bolehkah kulat ini di cegah?
1. Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembap dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
2.Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.
Ads
3.Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
4. Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
5.Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Ads
Semakin lama anda tangguh, semakin besar masalah kulat ini. Semoga info ini bermanfaat kepada semua.
Sofa, sofa adalah tempat kita bersama keluarga berehat atau meluangkan masa di ruang tamu. Tetapi, sepanjang anda hidup dengan sofa, kita hanya tahu duduk sahaja dan kalau rasa selesa dan nampak warna lawa kita akan kagum dan mulalah rasa macam sofa mahal. Walaubagaimanpun, tahukah anda, ada bermacam-macam jenis sofa serta fungsinya. Anda mahu tahu? Baiklah saya akan terangkan beberapa jenis sofa dan fungsinya.
SECTIONAL SOFA
Sectional sofa ialah sejenis sofa yang bercantum dengan sofa lain, atau campuran pelbagai sofa yang dipasang bersama untuk menjadikan susunan tempat duduk ruang tamu yang ideal, selalunya terdiri daripada 3-5 helai. Saiz sofa mestilah bersesuaian dengan ruang tamu memandangkan lebih besar keluarga, lebih banyak sofa diperlukan. Bentuk yang paling terkenal ialah bentuk L dan bentuk U.
THE CLASSIC ROUND ARM SOFA
Gaya sofa ini menampilkan lengan bulat tradisional dan sering dirujuk sebagai “Tempat Nenek,” yang mencadangkan ia adalah sofa klasik yang boleh bertahan selama bertahun-tahun. Secara tradisinya, sofa ini akan dipadankan dengan sarung atau upholsteri yang berbunga atau bercorak. Hari ini, hampir semua orang berpakaian dalam linen putih dan tekstil neutral yang memberikan kesan kekayaan.
LAWSON STYLE
Lawson style adalah padat, besar dan kuat, dan bertujuan untuk keselesaan. Biasanya mempunyai tiga tempat duduk (3 tempat duduk) dengan kusyen belakang untuk setiap satu. Dengan bentuk bulat atau segi empat sama, lengan atau tempat letak tangan adalah lebih rendah daripada sandaran belakang. Lawson style masih merupakan reka bentuk sofa yang popular hari ini kerana sikap tidak formalnya, yang menunjukkan gaya reka bentuk gaya Amerika, dan kerana gaya Lawson style menggalakkan keselesaan. Sofa gaya Lawson style tersedia dalam pelbagai saiz, warna dan bahan.
LOVESEAT
Dan yang terakhir adalah loveseat. Apa? Anda ingat loveseat ni untuk yang couple dan ada pasangan sahaja ke? Memang pun. Hahahaha. Loveseat ini memang dicipta khas untuk pasangan cinta atau pasangan suami isteri. Kelebihan sofa ini ia sangat kecil tetapi muat dua orang. Malahan, ia mampu diletakkan di sebuah sudut yang kecil.
Baiklah, itu sahaja tentang sofa-sofa dan jenis fungsinya. Jadi, anda berminta yang mana satu? Itu terpulang pada anda.
Dekorasi pangsapuri Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) 800 kaki persegi, tuan rumah suka konsep dekorasi ‘luxury apartment.’ Mungkin ramai yang terfikir agak sukar untuk menghias kediaman dengan keluasan terhad.
Apabila saiz rumah kecil, ada yang merasakan tidak berbaloi hendak menghias kediaman. Jangan begitu. Rumah yang berkeluasan kecil bukanlah penghalang untuk anda ‘berkarya.’ Tidak kiralah rumah besar atau kecil, kita tentulah hendak rasa suasana rumah yang selesa dan harmoni.
Dekorasi kediaman biarlah sedap mata memandang. Setiap kali pulang selepas penat bekerja, rumah tersusun cantik, hati kita pun tenang dan senang! Hilang segala rasa penat bekerja.
Berikut dikongsikan ‘makeover’ untuk pangsapuri Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM). Keluasan kediaman 800 kaki persegi. Pemilik kediaman inginkan dekorasi berkonsepkan ‘luxury apartment.’ Inilah hasilnya.
10 Tip Pengurusan Dapur SUPER KECIL Yang Perlu Anda Tahu. Tidak perlu menyalahkan ruang dapur yang terhad dek kerana keadaan dapur yang tidak kemas dan berantakan. Jika anda seorang yang bijak, ruang yang mempunyai penstoran yang mencukupi mampu untuk tampil kemas, menarik dan praktikal. Namun, bagaimana untuk merealisasikannya? Ikuti beberapa tip yang kami ingin kongsikan dalam membantu menguruskan ruang dapur anda dengan baik.
1. Ketahui kedudukan jarak tempat anda memasak dan menyediakan makanan. Barangan yang sentiasa digunakan untuk penyediaan makanan harus diletakkan berhampiran. Ia akan memudahkan penyimpanan, selain memberi keselesaan buat anda tanpa perlu bergerak jauh.
2. Di manakah anda boleh mencari ruang penyimpanan tambahan? Cari semua ruang-ruang yang tersembunyi seperti di atas almari dinding dan belakang pintu kabinet.
3.Mana-mana peralatan untuk membuat biskut atau kek yang hanya digunakan sekali-sekala boleh disimpan di satu tempat seperti di dalam laci. Ia bukan sahaja memudahkan anda mencari barangan tersebut malah lebih kemas.
4.Penyimpanan seperti pinggan atau mangkuk tambahan boleh disusun secara bertindihdi dalam laci yang di buat khas. Ia menjimatkan ruang yang terhad untuk dapur yang super kecil.
5.Bekas penyimpanan harus disusun mengikut saiz yang betuluntuk disesuaikan dengan peralatan dapur. Ia akan memberi lebih paparan menarik dan praktikal untuk digunakan.
6.Ruang hadapan atau mungkin juga belakang pintu jangan dipandang kosong. Ia boleh digunakan untuk tujuan menyangkut apron atau tuala tangan.
7.Sudu dan garpu diletakkan pada satu bekas di dalam laci.
8.Barang-barang yang kerap digunakan andai tidak ada lagi ruang di dalam kabinet sebaiknya di gantung sahaja pada bahagian dinding.Bina sebuah atau para untuk meletakkan barangan dapur dengan kemas.
9.Bakul rotanmenjadi suatu daya tarikan apabila diletakkan di ruang dapur. Ia menjadi pilihan selain laci yang sedia ada.
10.Simpan makanan dalam bekas pelbagai saiz mampu menjimatkan ruang di dapur. Dengan pelbagai corak dan warna menjadikan ruang penstoran lebih ceria. Selain itu, ia juga praktikal dan selamat untuk digunakan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.