Jika biasanya kulit pisang dan kulit telur dibuang begitu sahaja, apa kata kali ini, kumpulkan. Boleh ‘diproses’ untuk dijadikan baja buatan sendiri.
Berikut dikongsikan diy baja bagi menyuburkan pokok tanaman. Bahan yang diperlukan hanyalah kulit pisang dan kulit telur.
DIY Baja Kulit Pisang & Kulit Telur
Kisar kulit pisang. Kulit telur pula ditumbuk hancur. Bolehlah dijadikan baja.
*Di dalam botol penyembur itu ialah kulit pisang yang telah dikisar.
Hasilnya pokok tanaman subur menghijau. (Boleh rujuk gambar)
Inilah Rahsia Pokok Tanaman Membiak & Subur
Pokok kunyit dan pokok kari yang hampir mati pun boleh tumbuh semula.
Baja adalah sumber nutrien penting untuk tumbuhan. Ia menyuburkan tumbuhan dengan menyediakan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Beberapa fungsi baja untuk menyuburkan tumbuhan:
1. Membekalkan nutrien penting: Baja mengandungi pelbagai nutrien penting seperti nitrogen (N), fosforus (P), dan kalium (K), yang dikenali sebagai NPK. Nutrien ini diperlukan oleh tumbuhan untuk pelbagai proses biologi seperti fotosintesis, pembentukan protein, perkembangan akar dan pembentukan buah.
2. Menggalakkan pertumbuhan tumbuhan: Baja yang digunakan dengan betul boleh merangsang pertumbuhan tumbuhan, termasuk pertumbuhan daun, batang dan akar. Ini membantu tumbuhan menjadi lebih kuat dan lebih tahan terhadap pelbagai tekanan persekitaran.
3. Meningkatkan pengeluaran buah dan bunga: Baja yang baik boleh meningkatkan bilangan dan kualiti buah dan bunga yang dihasilkan oleh tumbuhan. Ini penting terutamanya dalam penanaman tanaman hortikultur dan pertanian.
4. Mengatasi kekurangan nutrisi: Baja juga boleh digunakan untuk mengatasi kekurangan nutrisi dalam tumbuhan. Tumbuhan yang mengalami kekurangan nutrisi mungkin menunjukkan gejala seperti daun kuning, pertumbuhan perlahan dan pengeluaran buah yang rendah. Menyediakan baja yang betul boleh mengatasi masalah ini.
5. Mengekalkan keseimbangan pH tanah: baja boleh digunakan untuk mengawal keseimbangan pH tanah. Tanah yang terlalu berasid atau terlalu beralkali boleh menghalang tumbuhan daripada menyerap nutrien. Baja boleh digunakan untuk melaraskan pH tanah agar sesuai dengan keperluan tumbuhan.
IMPIANA : Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa penggunaan baja mesti dilakukan dengan betul dan mengikut keperluan tanaman. Terlalu banyak atau terlalu sedikit baja boleh memberi kesan negatif kepada tumbuhan. Selain itu, perhatikan juga jenis tanaman yang anda tanam kerana pelbagai tumbuhan memerlukan jumlah dan jenis nutrien yang berbeza.
Mesti Baca:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang
Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!
Sumber: Hidayah Mahmud
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Terrarium Trend Tanaman Hiasan Masa Kini, Jenis-Jenis Dan Tip Pemilihannya!
Tanaman terrarium kini menjadi trend dalam dunia interior dan landskap. Rupa bentuk yang menarik adalah daya tarikan utama bagi sebuah terrarium. Ada bermacam bentuk kaca yang boleh digunakan untuk memperindahkan reka bentuk terrarium anda.
Terrarium Trend Tanaman Hiasan Masa Kini, Jenis-Jenis Dan Tip Pemilihannya!
1) Bebola
Paling banyak digunakan sebagai bekas transparan terrarium ialah bekas berbentuk bebola. Kebiasaannya, terrarium dengan bentuk bebola menjadi pilihan para pemilik kediaman untuk diletakkan di atas meja kerja mahupun bilik tidur.
2) Berbucu
Bentuk berbucu di bahagian atas dan segi lima di bahagian bawah menjadikan terrarium kesayangan anda kelihatan sangat bergaya. Kesan maskulin muncul kerana garis-garis aluminium pada bekas hanging plant yang menghiasi lelangit rumah.
Tambahan pula, rantai bahagian atas, terrarium jenis ini boleh berubah menjadi dekorasi hanging plant yang juga menarik.
3) Segi Lima
Bentuk bekas yang unik pilihan para pencinta tanaman hiasan bentuk segi lima. Dengan bentik segi lima yang terkesan tidak tertatur, namun pada akhirnya terrarium kelihatan simetri serta menarik dari pelbagai sudut. Gabungan warna dusty pink pada sudut lekukan bekas dengan warna hijau tanaman di dalam terrarium.
Terrarium Trend Tanaman Hiasan Masa Kini, Jenis-Jenis Dan Tip Pemilihannya!
JENIS TANAMAN
Bukan sahaja bentuk bekasnya yang unik, pemilihan jenis tanaman yang digunakan juga faktor penting.
CRYPTANTHUS BIVITTATUS
Jenis tanaman terrarium ini memiliki bentuk seperti bintang. Dedaunnya pula tumbuh menghala ke sisi atau horizontal, kaku dan memiliki warna yang berbagai seperti merah, pink, coklat dan hijau.
ECHEVERIA-PULIDONIS
Jenis tanaman succulent berbentuk kelopak bunga yang sedang merekah ini adalah tanaman pilihan bagi para pencinta terrarium. Tanaman ini seringkali kita lihat di dalam setiap rekaan DIY terrarium.
CRASSULA OVATE
Tanaman ini juga termasuk dalam jenis tanaman succulent yang popular sebagai tanaman penghias terrarium yang ada di rumah. Bentuk tanaman ini kecil namun memiliki bentuk daun seperti jempol manusia.
IMPIANA : Bagi pemilik kediaman yang sentiasa inginkan sentuhan hijau dan natural dalam kebanyakan sudut dalam kediaman boleh la jaga terrarium ini.
Artikel Menarik:Tidak Mampu Beli Rumah, Lelaki MAKEOVER Garaj Jadi ‘Bilik Penginapan’ Selesa
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Sumber: Amy Mohd
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Asyik Tak Sempat Kemas Rumah? Jangan Risau, Ini Caranya!
Menjaga kebersihan rumah merupakan aspek penting dalam memastikan keselesaan dan kesihatan keluarga. Dengan menjadualkan tugas pembersihan secara teratur, kita dapat menjaga rumah agar kekal bersih dan teratur tanpa merasa terlalu terbeban dengannya.
Dalam panduan ini, kami akan berkongsi langkah-langkah mudah untuk membuat jadual pembersihan rumah yang efektif dan dapat diikuti dengan mudah.
- Kenalpasti Bilik dan Tugas Pembersihan:
- Tentukan bilik-bilik mana yang perlu dibersihkan di rumah anda.
- Buat senarai tugas pembersihan untuk setiap bilik, seperti menyapu lantai, menyapu habuk, mencuci pinggan, membersihkan bilik mandi dan lain-lain.
- Utamakan Tugas:
- Tentukan tugas mana yang perlu dilakukan setiap hari, mingguan dan bulanan.
- Utamakan tugas-tugas yang paling penting atau memerlukan perhatian khusus.
- Tetapkan Jadual Mingguan:
- Tentukan hari dalam seminggu untuk membersihkan bilik-bilik tertentu.
- Misalnya, anda boleh menetapkan hari Isnin untuk membersihkan bilik tidur, Selasa untuk bilik mandi, Rabu untuk ruang tamu dan seterusnya.
- Atur Jadual Harian:
- Tentukan tugas-tugas pembersihan harian yang perlu dilakukan setiap hari.
- Ini termasuk menyapu lantai, membersihkan dapur selepas makan dan merapikan bilik.
- Jangan Lupa Tugas Bulanan:
- Sisihkan masa untuk melakukan tugas-tugas pembersihan yang lebih besar seperti membersihkan almari, tingkap atau mencuci langsir, sekurang-kurangnya sekali sebulan.
- Fleksibiliti:
- Jadual pembersihan harus disesuaikan dengan keperluan dan jadual anda. Jika ada hari yang anda tidak dapat membersihkan, jangan ragu untuk mengalihkan tugas tersebut ke hari lain.
- Tanda Jadual:
- Selepas membuat jadual, tandakan pada kalendar atau buat peringatan di telefon pintar anda untuk membantu anda mengekalkan keteraturan.
- Evaluasi dan Sesuaikan:
- Selepas beberapa minggu mengamalkan jadual, nilai keberkesanannya. Adakah jadual ini membantu anda mengekalkan kebersihan rumah dengan lebih baik? Adakah penyesuaian yang perlu dibuat?
Dengan membuat jadual pembersihan rumah yang teratur dan jelas, anda boleh menjaga rumah agar kekal bersih dan indah tanpa runsing lagi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Petani Thailand Buat Hormon Penggalak Pokok Supaya Cepat & Lebat Berbuah
Cara Petani Thailand Buat Hormon Penggalak Pokok Supaya Cepat & Lebat Berbuah. Bercucuk tanam pokok buah-buahan memang mengharapkan hasilnya. Namun ada sesetengah pokok yang ditanam, cukup ‘payah’ untuk mengeluarkan buah walaupun dah guna pelbagai cara.
Ramai sedia maklum, teknologi negara jiran Thailand begitu maju ke depan berbanding dengan pertanian di negara kita, boleh dilihat dengan mesin-mesin yang digunakan di sana untuk pertanian, ada yang belum pun sampai ke negara kita tetapi sudah ada di sana.
Ada yang mengatakan petani di sana menggunakan banyak baja dan racun kimia, tetapi sebenarnya di sana ramai pertani telah bertukar kepada baja organik yang dihasilkan dengan bahan semula jadi yang hasilnya lebih baik berbanding baja kimia.
Rahsianya para pekebun Thailand mengamalkan ramuan hormon penggalak pokok daripada air kelapa dengan telur sebagai vitamin pokok supaya cepat berbunga dan berbuah lebat.
Bahan-Bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
Cara Membuat :
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas.
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan.
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur.
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur.
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Info Ekstra!
- Hormon Penggalak Pokok ini berperanan sebagai vitamin dan baja semula jadi sekaligus menggantikan penggunaan racun kimia.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba
IMPIANA: Jika pokok di rumah payah nak berbuah boleh cuba vitamin dan hormon penggalak pokok ini. Hasilnya memang puas hati, pokok cepat berbuah dan berbuah lebat. Paling penting lebih semula jadi dan bebas racun kimia.
Mesti Baca:Booster Tanaman Dari Yakult Buat Pokok Berbuah Lebat Dan Mabuk Bunga
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri BAJA ORGANIK ‘Power’ Guna Sisa Bahan Dapur, Suburkan Tanaman!
Artikel Menarik:Siram BAJA ROTI Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!
Sumber: Pertanian Satu Perniagaan
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI