Ladang Kopi
Ladang Kopi

“Berbudi kepada tanah lambat-laun mendapat hasilnya”,Berpegang kepada peribahasa itu, penduduk Kampung Xinzhai di China kini menjadi kopi nombor 1.

Jika dahulu kampung ini merupakan sebuah perkampungan miskin dan dibelenggu masalah jenayah tetapi segalanya berubah apabila kerajaan tempatan China melantik Wang Jiawei dan beberapa rakannya datang ke kampung itu untuk membangunkan ekonomi penduduk melalui penanaman kopi.

Ladang Kopi Ubah Nasib Miskin Kampung Di Xinzhai, Kini Kopi Nombor 1 China
Tanam kopi

Kampung Kopi Nombor Satu di China

Melalui usaha gigih penduduk kampung menanam kopi di bawah bimbingan Wang, komoditi itu kini menjadi penyumbang utama pendapatan penduduk. Malah, Kampung Xinzhai kini dikenali sebagai Kampung Kopi Nombor Satu di China.

Kualiti kopi yang dihasilkan di kampung tersebut setanding dengan kopi dari Pekan Lujiang di wilayah Anhui, yang telah lama terkenal sebagai pengeluar kopi berskala besar di China sejak tahun 1952.

Sejak menjadi ketua Kampung Xinzhai pada tahun 2012, Wang telah berusaha keras untuk meyakinkan penduduk kampung supaya terlibat dalam penanaman kopi.

“Tujuh kali saya ditawarkan oleh kerajaan untuk datang ke kampung ini bagi mengetuai pembangunan selari dengan kehendak kerajaan yang mahukan usahawan atau individu kaya membantu menyediakan platform ekonomi untuk penduduk.

“Akhirnya, saya menerima tawaran itu. Ketika itu, saya dan beberapa pemuda dipilih oleh kerajaan pusat untuk datang ke Kampung Xinzhai dan kami dibahagikan kerja mengikut kepakaran masing-masing,” kata Wang kepada Bernama semasa lawatan program Kenali Baoshan di sini.

Ekonomi Industri Kopi

Inisiatif yang dijalankan oleh Wang ternyata berhasil apabila ramai penduduk mula yakin terhadap ekonomi industri kopi, terutama selepas kenaikan harga komoditi tersebut pada tahun 2016.

Penanaman kopi bukan sahaja berjaya mengubah taraf sosioekonomi penduduk, malah menjadikan kampung tersebut dikenali dan menarik perhatian pemain industri yang ingin melihat kejayaan penanaman kopi di pergunungan Gaoligong. Ini sekaligus membawa perubahan dinamik kepada bandar Baoshan.

Ladang Kopi Ubah Nasib Miskin Kampung Di Xinzhai, Kini Kopi Nombor 1 China
Tanam kopi

Wang berkata, penanaman kopi kini menjadi salah satu sumber pendapatan utama penduduk Kampung Xinzhai, tetapi pada masa yang sama beliau juga merangka beberapa pelan untuk mengukuhkan ekonomi kawasan tersebut, termasuk membawa pembaharuan untuk golongan muda.

“Saya menghantar belia lelaki dari kampung ini untuk belajar dan menguasai kemahiran seperti kimpalan, manakala yang wanita pula belajar kemahiran memasak.

“Dengan kemahiran yang mereka pelajari, mereka dapat mencari pekerjaan berkaitan, terutama ketika bukan musim kopi, sekali gus menjamin kelangsungan hidup mereka,” kata Wang.

IMPIANA :  Untung kalau berbudi pada tanah ni, pasti ada hasilnya!

Sumber : Astro Awani

Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI