Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menjelang tibanya bulan Syawal dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan bersama keluarga dan sanak-saudara. Pasti sudah ada yang tidak sabar lagi dan sudah mula merancang untuk mengadakan rumah terbuka, betul?
Untuk mengadakan rumah terbuka atau majlis secara besar-besaran di kediaman sendiri bukan satu hal yang mudah. Ini kerana terdapat pelbagai perkara yang harus dilakukan dengan teliti dan pantas. Kadang-kala peralatan memotong seperti pisau yang tumpul juga antara merupakan salah satu perkara yang boleh membuatkan kita bertambah stres di majlis rumah terbuka.
Memang potong mood memasak apabila pisau yang digunakan tak tajam, menjadikan kerja-perja penyediaan hidangan terbantut. Walau sudah diasah berkali-kali, pisau tetap kembali tumpul dalam masa yang singkat. Dimana silapnya?
Sebenarnya nak asah pisau pun ada caranya. Jika tak salah teknik, memang sampai ke sudah pisau tak akan tajam semula. Jadi apa kat aanda semak petua ini dan praktikkan dirumah.
Batu Pengasah
Sebaiknya, basahkan terlebih dahulu batu pengasah dengan air sebelum memulakan aktiviti mengasah. Untuk mendapatkan kelembapan yang baik, rendamkan dahulu batu pengasah agar mudah untuk menggesek pisau nanti.
10-20 Darjah Condong
Tidak semua pisau rata. Bagi memastikan anda dapat ketajaman yang sekata, condongkan sedikit pisau, sekurang-kurangnya 10 ke 20 darjah. Ini bagi memastikan kesemua bahagian yang diasah kembali tajam
Satu Arah
Asah pisau dengan arah berlawanan dari arah memotong dan pastikan anda fokus pada satu arah sahaja
5 Kali Asah
Cukup diasah lima ke tujuh kali sahaja sebenarnya pisau dah boleh tajam semula
Cuci Pisau
Setelah diasah, cuci pisau terlebih dahulu sebelum diguna bagi memastikan kebersihan terjamin
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya:
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.