Memiliki rumah sendiri merupakan salah satu kejayaan yang diinginkan oleh semua orang selepas berhempas pulas menabung bertahun-tahun. Kebanyakannya juga terpaksa menyewa untuk seketika malahan terpaksa menempuhi dugaan terhadap kelulusan pinjaman bank yang agak merumitkan demi untuk memiliki sebuah kediaman sendiri.
Lupakan kisah jerit perih yang lalu, sekarang kunci kediaman sudah dimiliki, timbul pula isu, apa perlu kita buat sebelum memasuki rumah baru nanti..
Oleh itu, IMPIANA ingin menggariskan 6 panduan memasuki kediaman baharu.
1) Azan dan baca doa memasuki rumah baharu
Jangan keliru dengan doa selamat ye, ini bukan masa yang terbaik untuk anda anjurkan kenduri. Anda boleh mengajak saudara rapat atau kawan-kawan yang boleh dipercayai untuk membantu anda mengazankan di setiap penjuru rumah dan apabila selesai, buat bacaan Surah Yassin untuk kesejahteraan anda dan keluarga yang mendiami rumah baharu. Tujuan lainnya adalah untuk menghalau makhluk yang tidak diingini tinggal bersama anda.
2) Bersihkan rumah
Habuk dan debu binaan yang ada di dalam rumah, haruslah di nyah keluar. Ianya boleh menjejaskan kesihatan anda seisi keluarga jika ianya berlegar di udara serta masuk ke dalam rongga pernafasan malahan anda berisiko tinggi untuk sakit tekak serta batuk kering disebabkan menghela masuk habuk yang bertebaran ini.
3) Tetapkan bajet
Pastikan anda menyimpan dahulu pinjaman perumahan sebanyak 15-10% untuk hiasan dalaman rumah. Ini termasuk, ubahsuai dalaman dan pembelian perabot. Tetapkan di setiap ruangan utama kediaman seperti ruang tamu, dapur, dan bilik tidur (master bedreoom sahaja) keperluan yang akan dibeli. Ini untuk mengelakkan terlebih belanja sehingga anda gagal membeli keperluan yang wajib.
4) Beli yang perlu
Sudah ada bajet, tetapkan keperluan dan buat senarai pembelian seperti tilam, kelengkapan lampu, meja makan dan kipas berdiri. Ya, memang nampak kurang selesa. Ketika ini kesabaran anda memang tercabar, tetapi orang kata, biar sedikit nanti jadi bukit. Anda boleh berterusan membeli keperluan apabila anda sudah selesai dengan membeli barang utama dahulu.
5) Berbelanja dengan bijak
Kalau anda bijak mencari peluang jualan murah untuk pakaian dan kelengkapan yang lain. Perkakas rumah juga sama, jangan terus membeli dari jenama yang terkenal. Di pasaraya juga ada menjual keperluan yang kadangkala jauh lebih murah dari jenama yang sedia ada. Selain itu, anda boleh berkunjung ke jualan lambak atau pasar karat di seluruh negara, terdapat banyak perabot berkualiti tinggi tetapi dijual dengan harga yang murah. Duit jimat, rumah cantik, siapa yang tak nak kan.
6) Beli Indoor plant
Takkan tak boleh beli pokok hiasan. Bukan tak boleh beli, Ingat, anda masih di peringkat awal dalam proses dekorasi kediaman pertama. Habuk pembinaan rumah serta renovasi tidak diserap oleh manusia, tetapi tumbuhan hidup yang akan menyerap segalanya untuk proses fotosintesis. Untuk ini, anda boleh membeli indoor plant seperti pokok labah-labah atau Spider Plant (chlorophytum Comosum), ianya mampu menyelesaikan masalah pembersihan udara di dalam kediaman dan mudah untuk dijaga. Selain itu, anda juga boleh dapatkan Pokok Heart-leaf Philodendron (Philodendron Oxycardium) merupakan tanaman yang paling mudah untuk tumbuh serta dijaga. Ianya terkenal dengan kekuatannya dalam menyerap wap dalam ruangan bertoksik dan pelbagai lagi tumbuhan indoor lain yang mempunyai pelbagai manfaat jika ianya tumbuh dalam kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI