Melihat tumbuhan di dalam rumah tumbuh menghijau dan berwarna-warni pasti akan memberikan ketenangan. Namun, jika pokok yang ditanam mendatangkan pelbagai masalah seperti di serang perosak dan penyakit pasti perasaan sebaliknya akan berlaku. Untuk memastikan indoor plant yang ditanam tidak mati dan menimbulkan masalah beberapa perkara dari peringkat awal tanaman perlulah di kenal pasti dan di lakukan.
Ads
Ads
Ads
- Periksa tumbuhan tersebut sebelum di bawa Jika terdapat sebarang tanda-tanda pokok diserang penyakit, anda perlulah merawat tumbuhan tersebut sebelum ia berjangkit kepada tumbuhan yang lain.
- Elakkan dari meletak tumbuh-tumbuhan tersebut dari kawasan yang tidak sepatutnya seperti di kawasan atau ruang panas antaranya duktus penyaman udara, di atas televisyen, radiator dan di belakang langsir kerana ia boleh menyebabkan tumbuhan tersebut terhidrat air yang berlebihan.
- Sediakan pencahayaan yang secukup nya mengikut jenis tumbuhan. Jika tumbuhan tersebut memerlukan cahaya matahari yang banyak, letakkannya berhampiran dengan tingkap.
- Jika anda menggunakan penghawa dingin di dalam rumah. Anda perlu perhatikan kadar kelembapan pada tanah di dalam pasu yang ditanam. Kerana penyaman udara akan menyebabkan kadar penghidratan air di dalam pasu amat tinggi.
- Sebelum menanam sebarang jenis tanah yang berpasu untuk di jadikan indoor plant. Sila pastikan tumbuhan tersebut di steril sebelum di tanam untuk memastikan tanah yang akan di gunakan bersih dari sebarang biji benih rumpai dan sebarang serangga seni yang halus.
- Elakkan dari menggunakan tumbuhan yang berbunga kerana ia memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk membolehkan bunganya mekar
Untuk memastikan indoor plant anda sihat dan cantik bukan sesuatu perkara yang susah, cukup sekadar memberi perhatian kepada keperluan asasnya dan memeliharanya dari sebarang jenis masalah dan penyakit.T
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI