Memiliki laman sudah pastinya menjadi impian semua, tetapi tidak semua ingin manfaatkan tanah yang ada. IMPIANA teruja dengan hasil guru yang tinggal di Melaka ini yang cukup rajin dan kreatif. Beliau mampu menghasilkan laman di kediamannya tanpa mengupah orang. Hebatkan. Inilah yang boleh dijadikan inspirasi. Bijak menghasilkan sesuatu yang kelihatan cukup sempurna.
Cikgu Hanafi yang di kenali sebagai nama Sean John di dalam laman Facebooknya telah berkongsi hasil mengyiapkan laman di kediaman jenis Semi-D satu tingkat dengan keluasan landskap lebar 5’x8′ dan panjang 6’x18′. Kelengkapan atau hiasan laman ini semuanya di beli sendiri di nursery berhampiran Taman Merlimau, Melaka.
Jom kita tengok hasil kreatif Cikgu Hanafi:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jadi Tarikan Di JohorAnantara Desaru Coast Residences
Bayangkan percutian anda kali ini hanya di dalam negara yang sudah pastinya anda telah banyak berjimat dalam percutian mewah kali ini. Terletak dalam jarak yang berdekatan dari Singapura dan Kuala Lumpur, keunikan pantai Anantara Desaru Coast Residences yang mewah dan percutian mesra keluarga menonjol di antara villa-villa kediaman di Malaysia.
20 villa yang dilengkapi kolam renang, beberapa unit bilik yang menghadap Laut China Selatan. Pemilik dan penghuni menikmati akses ke Pantai Desaru dan kemudahan lima bintang di Anantara Desaru Coast Resort & Villas.
Terletak di hujung selatan Semenanjung Tanah Melayu dengan akses mudah dari Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain, Anantara Desaru Coast Residences menawarkan gaya hidup pantai yang unik dengan koleksi 20 villa kolam renang peribadi dan empat bilik tidur mewah untuk dijual. Kediaman yang dikendalikan oleh Anantara Desaru Coast Resort & Villas ini dilengkapi dengan kemudahan resort lima bintang, akses ke pantai peribadi dan pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan untuk semua.
Terletak di 17 kilometer di tepi pantai, Desaru Coast adalah destinasi akan datang yang terdiri daripada hotel dan resort terkenal di peringkat antarabangsa, dua padang golf oleh The Els Club Desaru Coast, Adventure Waterpark – salah satu yang terbesar di dunia, serta tempat membeli-belah dan tempat makan.
Pemaju memenangi anugerah kediaman berjenama mewah di Semenanjung Tanah Melayu Minor International dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran pembangunan villa kediaman berjenama Anantara pertama di Malaysia – Anantara Desaru Coast Residences.
“Kami gembira dapat memperkenalkan kemewahan asli Anantara ke semenanjung Malaysia,” kata Micah Tamthai, Naib Presiden Real Estate, Minor International. “Terletak di salah satu daerah yang paling didambakan di negara ini, dan dengan hanya 20 kediaman yang ada, pembangunan ini merupakan penanda aras prestij dan eksklusif.”
“Anantara Desaru Coast Residences menawarkan perpaduan unik dari kemewahan, gaya hidup di tepi pantai dan kemudahan keluarga. Dengan lokasi yang ideal di tengah-tengah Pantai Desaru, kediaman baru adalah tempat percutian tepi pantai yang sempurna untuk keluarga dari Malaysia dan sebagainya, ”tambah Micah.
Dibangunkan oleh Minor International – salah satu syarikat perhotelan, restoran dan gaya hidup terbesar di Asia Pasifik, dan Resort & Hotel Bertema (TAR & H) – anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, Anantara Desaru Coast Residences mempunyai 20 kolam renang peribadi, tiga dan empat bilik tidur villa masing-masing dengan pemandangan Laut China Selatan dan akses terus ke pantai. Villa yang berukuran dari 3,100 hingga 6,426 kaki persegi dan menawarkan ruang tamu dalaman dan luaran dengan cahaya semula jadi dan angin laut melalui tingkap-tingkap besar, ruang makan dan ruang santai terbuka serta kolam renang yang luas. Dikelilingi oleh pepohon yang rimbun untuk menambah nikmat privacy, kamar tidur suite yang luas menawarkan pemandangan kolam renang tanpa batas, pantai dan laut cukup mengujakan.
Kediaman diuruskan dan diservis sepanjang tahun oleh Anantara Desaru Coast Resort & Villas. Pemilik dan penghuni menikmati akses eksklusif, kemudahan lima bintang di resort ini. Ini termasuk pantai peribadi, kolam renang laguna dan kolam infiniti menghadap laut, Anantara Spa, pusat kecergasan, kelab kanak-kanak dan remaja serta pelbagai pilihan tempat makan Malaysia, Thailand dan antarabangsa terdapat di sini.
Potensi pembangunan Desaru Coast yang luas sebagai destinasi mewah, ditambah dengan pengalaman Minor International selama beberapa dekad dalam pengurusan kediaman berjenama, menjadikan Anantara Desaru Coast Residences sebagai peluang pelaburan yang sangat baik. Kediaman ini boleh dibeli dengan harga bermula MYR 7.5 juta.
Untuk maklumat mengenai Anantara Desaru Coast Residences, sila layari: www.anantaradesaru-residences.com. Pertemuan peribadi boleh diatur dengan menghubungi +60 19 241 2296 atau
propertiysales@minor.com.
Sebuah pembangunan yang sedang meningkat nama di selatan, pastinya memberi impak yang cukup memukau bagi yang inginkan sebuah percutian mewah dalam gaya tersendiri. Lihat sahaja tawaran villa yang ada di sini, anda hanya perlu tanya selera apa yang anda inginkan sewaktu percutian kali ini. Jadikan percutian dalam negara ini satu kenangan terindah untuk anda sekeluarga.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wow! Merecik Warna IMPIANA 2020
Purist Blue
Biru lembut atau purist blue memberi satu rasa yang tenang dan mendamaikan dengan pilihan tona warna ini. Jadikan ia satu terapi semula jadi dalam ruang kediaman anda.
IMPIANA menyajikan himpunan dekorasi warna pilihan IMPIANA 2020. Kalau tahun ni tak ada kat rumah korang warna ni, tak ‘in‘ la sis….
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Selain Kaedah Penanaman Yang Salah, Ini Mungkin Penyebab Rumput Di Laman Anda Tidak Menjadi
Ramai pemilik kediaman yang bercita-cita menanam rumput memenuhi laman tetapi ada kalanya tidak cukup pengetahuan tentang bagaimana untuk menjaga dengan baik agar rumput tumbuh sihat dan subur. IMPIANA ingin sertakan perkongsian daripada kontraktor rumput iaitu saudara Azlisham tentang kesilapan lazim yang sering dilakukan ramai tanpa kita sedari.
17 Kesilapan Semasa Tanam Rumput
- Tidak meracun rumput liar dengan sempurna (rumpai atau tanaman asing liar) yang meliputi halaman.
Saranan: Lakukan semburan secara sistematik bukan secara rambang
- Tidak faham jenis racun yang sesuai digunakan(racun saraf atau sistemik dan racun sentuh); menentukan tindak balas cepat atau lambat.
Saranan:
- Racun sentuh : Contoh Paraquat bertindak balas dalam masa 2 jam selepas semburan
- Racun saraf : Contoh Roundup kesan kelihatan selepas tiga-lima hari semburan
- Meracun tanpa fikirkan kesesuaian masa.
Saranan: Masa terbaik meracun ialah pada jam 10 pagi – 2 petang.
- Gagal patuhi arahan pada label botol racun.
Saranan: Sila ikut jadual sukatan mengikut jenis rumpai.
- Tidak membuat ulangan semburan racun walaupun tahu semburan pertama tidak mendatangkan hasil diharapkan.
Saranan: Lakukanlah semburan kedua atau ketiga (jika perlu) andai semburan pertama gagal.
- Tidak membersihkan dan membuang sisa-sisa rumpai, tunggul, batu-batu konkrit pembinaan dan sampah sarap lain.
Saranan: Lakukan kerja pembersihan secepat mungkin.
- Tidak meratakan tanah bagi tujuan kesamarataan ketinggian tanah (leveling). Kegagalan ini akan mendatangkan masalah saliran air keluar dan masuk dan menyebabkan tanah bertakung.
Saranan: Ratakan tanah bagi menjamin air tidak bertakung.
- Enggan menggunakan sistem sub-soil dan sistem semburan air automatik (sprinkler) di halaman luas.
- Terlalu berkira apabila disarankan menambah top soit (tanah atas) bagi penyediaan medium tanaman baru dan lebih subur.
- Tidak mahu menggunakan pasir sungai.
Saranan : Pasir sungai sangat perlu sebagai asas leveling dan saliran air baik.
- Tidak memampatkan tanah dengan baik.
Saranan : Tanah perlu dimampatkan untuk kuatkan struktur tanah
- Lupa taburkan serbuk rawatan tanah (CIRP/sulfur/atau kapur pertanian /baja organik)
Saranan : Jangan lupa . Ia sangat mustahak untuk neutralkan tanah berasid atau beralkali.
- Menggunakan kaedah penanaman salah.
Saranan : Gunakan kaedah penanaman close turfing
- Ingin hasil yang terbaik dengan membeli rumput gred rendah (murah)
Saranan : Beli rumput gred A atau berkualiti. Memang sedikit mahal tetapi berbaloi.
- Kurang peka dengan pembajaan rumput.
Saranan : Gunakan baja N:P:K= 15:15:15
- Lupa menyiram tanah sebelum menanam rumput.
Saranan : Siram tanah bagi melembutkan media tanaman
- Tidak memadatkan rumput yang telah ditanam.
Saranan : Padatkan rumput dengan cara manual (memijak) atau menggunakan mesin.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI