Laman semak samun bertukar jadi kebun bunga dengan hampir 130 warna. Dari sekadar menanam pokok bunga Ros Jepun secara suka-suka, selain memenuhi masa terluang satu ketika dulu akhirnya jadi perniagaan pula.

Lagi menarik yang mengusahakannya bukanlah wanita yang sinonim menjadi peminat bunga, sebaliknya lelaki.

Kawasan sebelah kediaman yang awalnya dihuni semak samun kini penuh dengan enam jenis ros Jepun yang mempunyai hampir 130 warna. Memang penuh warna warni kebun bunga yang terletak di Kampung Pok Wong, Besut Terengganu ini.

Laman Semak Samun Bertukar Jadi Kebun Bunga Rose Jepun, Cantik Sampai Ada Yang Datang Selfie

Hanya menanam dalam tayar terpakai yang dikutip dari kedai tayar pada permulaannya, kini kebun bunga milik Mohd Fakrul Naim atau dikenali sebagai Mat Naing penuh dengan hampir 300 buah tayar yang kesemuanya ditanam dengan pokok bunga ros Jepun.

Ads

Semua ini diceritakan oleh beliau dalam satu perkongsian di Facebook Berkebun D Rumah yang mendapat lebih 3000 tanda suka.

Dari semak samun jadi kebun bunga

Laman Semak Samun Bertukar Jadi Kebun Bunga Rose Jepun, Cantik Sampai Ada Yang Datang Selfie

“Saya kongsi sikit pasal kebun Rose Jepun sebelah rumah. Saya ambil inisiatif untuk usahakan tanah kosong sikit sebelah rumah. Tanam suka-suka saja waktu PKP dulu.

“Kutip tayar second hand di kedai tayar dan proses jadi bekas tanaman. Pokok ini senang hidup dan senang jaga. Memang sesuai untuk beginner.

Ads

Laman Semak Samun Bertukar Jadi Kebun Bunga Rose Jepun, Cantik Sampai Ada Yang Datang Selfie

Penjagaan Rose Jepun 

Katanya untuk penjagaan pokok bunga ini, baja satu minggu sekali dan siram sekali sehari sudah mencukupi.

“Bila usia 3-4 minggu, Ros Jepun mula berbunga. Setiap pukul 10, bunga akan mekar berkembang. Saya  memang collector tegar Rose Jepun. Kini ada lebih kurang “6 spesis” dan “130 warna” yang berbeza.

Laman Semak Samun Bertukar Jadi Kebun Bunga Rose Jepun, Cantik Sampai Ada Yang Datang Selfie

Ads

“Memang ramai sangat orang datang selfie. Tanam sebab minat saja, tak sangka pulak banyak permintaan dalam Shopee. Saya tanam kecil-kecilan dalam 300 tayar. Ramai orang tak percaya bila tahu “lelaki” yang usahakan kebun Ros Jepun ni,”cerita Mat Naing.

Sumber: Mat Naing

Mesti Baca: Tanam ROS JEPUN Kerat Batang Pendek-Pendek, Pokok Cepat Besar Bunga Cantik Merimbun!

Baca Lagi: Cara Tanam Ros Jepun Gantung, Baru Nampak Gebu Dan Cantik

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI