DIY

Langkah Basuh Pakaian Terkena Air Banjir Dan Lumpur Supaya Bersih

Share

Apabila rumah kita dilanda banjir, salah satu cabaran yang perlu dihadapi ialah membersihkan pakaian yang terendam dalam air banjir.

Air banjir biasanya kotor dan mengandungi pelbagai kekotoran seperti lumpur, sisa buangan. Oleh itu, pakaian yang terkena air banjir memerlukan penjagaan khas agar bersih dan selamat dipakai semula.

Bagi membolehkan pakaian ini bersih dan  boleh dipakai kembali berikut adalah tip yang boleh digunakan untuk mencuci pakaian yang terendam banjir.

1. Bersihkan dulu dari lumpur

Pakaian begini memang tak diterima oleh dobi jadi kita kena cuci sendiri. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan bersihkan lumpur dengan cara merendam baju.

Rendam baju ini hingga lumpur keluar dari baju.  Kemudian bilas beberapa kali hingga air bilasan tiada warna lumpur. Selain rendam boleh juga sembur menggunakan semburan air yang kuat.

2. Asingkan

Selepas tanggal lumpur, asingkan pakaian putih dengan berwarna untuk proses basuhan seterusnya.

3. Rendam air panas

Bagi menghilangkan bakteria atau kuman yang mungkin masih ada pada baju, rendam pakaian dengan air panas. Rendam paling kurang 5 minit, jika ingin lebih lama tambah air panas lagi. Ketika ini boleh tambahkan dengan cecair pencuci anti kuman atau virus.

4. Baju bayi rendam sekali lagi dalam cairan pembersih kuman

Jika yang terendam itu adalah baju anak-anak atau bayi, rendam sekali lagi dalam air yang ditambah cairan pembersih kuman. Tak perlu lama, 10 minit mencukupi. Boleh guna cecair pembasmi.

5. Basuh

Selepas itu basuh sekali lagi seperti biasa menggunakan mesin basuh menggunakan mode paling lama supaya cucian bersih.

Kemudian jemur di bawah pancaran matahari hingga benar-benar kering. Ataupun keringkan menggunakan mesin pengering di dobi layan diri. Panjangkan tempoh supaya baju sepenuhnya.

Semoga bermanfaat.

Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!


Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Sumber: Popmama

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana