Mengecat rumah sebenarnya mudah jika tahu langkah yang betul untuk memulakannya. Malah jika ikuti cara yang tepat, kerja mengecat jadi lebih efisien malah hasilnya pun lebih cantik dan memuaskan. Taklah comot, bercapuk mahupun tidak sekata sapuan cat tersebut.
Ikut langkah memulakan proses mengecat ini.
1. SILING
Mulakan dari siling kerana dikuatiri cat akan menitis ke lantai. Jadi biarlah bahagian paling tinggi dicat dan sapukan cat dari kelebaran siling yang paling pendek. Jadi tidaklah cepat penat dan kerja mengecat juga dirasakan lebih pantas.
2. DINDING
Bermula daripada sempadan siling dan dinding. Gunakan berus jika perlu untuk mengelakkan cat terpalit pada siling anda. Kemudian barulah penggelek dihalakan ke bawah. Bahagikan kawasan mana yang perlu anda cat dahulu. Jika bekerja di dalam kumpulan, bahagikan bahagian dinding agar kerja mengecat lebih sistematik dan lekas siap.
3. JENDELA DAN PINTU
Berhati-hati apabila mengecat di bahagian kecil. Engsel dan tombol serta selak juga eloklah ditutup agar tidak terkena cat. Bagi bingkai, cat pada bahagian dalaman dahulu kerana pada bahagian luar mungkin ada pilihan warna lain yang sesuai dengan dinding luar.
4. LANTAI
Jika mahu mengecat lantai, rancang dahulu di mana patut anda bermula. Seelok-eloknya pilihlah kawasan yang paling jauh dengan pintu keluar dan kemudiannya sedikit demi sedikit terus ke pintu keluar. Awas jangan sampai terperangkap.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:DIY Cat Top Coating Guna Teknik ‘Stencil’, Berseri Lantai Driveway Rumah!
Baca Lagi Di Sini:Cara Yang Betul Cat Dinding Luar Rumah, Barulah Cat Tahan Lebih Lama
Artikel Menarik:Tak Perlu Pakai ‘Roller’ Cat Lagi, Guna Mesin Penyembur Cat Ini Lebih Mudah & Cepat
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI