Apa yang anda lakukan apabila tombol pintu anda rosak? Nak dibiarkan, bahaya pula. Nak diganti tak reti. Terpaksalah upah orang untuk ganti. Tapi, upah nak memasang pun boleh tahan mahal. Malhal tombol pintu harga tak sampai RM 20.
Jom kita lihat tutorial ganti tombol pintu yang disediakan oleh Ariff Fadzlie Mohtar. Barang-barang yang diperlukan adalah tombol pintu (beli dekat MR DIY murah RM 8 sahaja) dan skrew driver.
LANGKAH 1
Tekan dawai kecil yang terjojol pada tapak tombol dengan menggunakan kepingan besi macam kunci yang terdapat di dalam kotak tombol baru dan tarik tombol bulat keluar
LANGKAH 2
Tanggalkan tapak cover tombol dan skru
LANGKAH 3
Tanggalkan tombol lagi sebelah dan semua bahagian
LANGKAH 4
Ulang langkah 1 pada tombol baru. Tanggalkan satu tombol dan tapak tombol
LANGKAH 5
Langkah ini rumit sedikit, masukkan cangkuk pintu (1) ke dalam lubang sisi tombol (2).
Pastikan tombol cangkuk kemas dan kukuh. Jika tidak, tombol tidak boleh dipulas
LANGKAH 6
Skrukan penutup atau tapak tombol dan pasangkan balik tombol. DAH SIAP!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Perlu Ambil Tahu Atau Tidak- Ruang Mencuci
Kawasan seumpama ini selalunya agak terpinggir. Di hujung dapur, di anjung rumah, di belakang rumah Adakala terpaksa ditempatkan di dalam kamar mandi, berkongsi ruang yang ada. Apa benar ruang ini sebenarnya tidak penting dan tidak selalu digunakan? Siapa di antara anda yang mempunyai kamar membasuh di kediaman sendiri?
Mungkin di Malaysia masih ramai yang menggunakan mesin basuh muatan atas. Mahu atau tidak kaunter dapur tidak mampu menempatkan mesin masuh yang saiznnya juga agak dempak. Namun ramai juga yang bernasib baik kerana kini banyak kediaman moden disertakan ruang membasuh yang bagus termasuk adanya tempat jemuran yang secukupnya.
Pun begitu, anda yang empunya mesin basuh muatan depan masih lagi boleh mencuri ruang yang ada. Malah sudut rumah yang sesuai dijadikan ruang membasuh boleh diperkemaskan dengan menempatkan pintu berpangsi agar tidak kelihatran. Rebut ruang yang ada bina para-para menempatkan segala keperluan membasuh. Jika boleh sediakan ruang untuk menggosok baju sekali terutama anda yan menggunakan pengering.
Sebenarnya ruag ini boleh juga anda lakukan di anjung belakang rumah. Jangan jadikan ia sangat kejung seperti sebuh kedai dobi. Hiaslah anjungnya dengan tempat duduk santai, kawasan penstoran dan menggantung baju. Walaupun hanya di belakang rumah, jadikan ia seumpama ruang bersantai rakan setaman… Anda boleh….simple-simple je di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(GAMBAR) Rumah Pusaka Diberi Nafas Baru Sebagai Nostalgia Anak Cucu
Bermula dengan sekadar melawat kediaman lama yang dimamah waktu, waris pemilik kediaman yang dibina pada tahun 1966 ini mendapat ilham untuk memelihara kembali kediaman pusaka mereka. Apatah lagi bila mengenangkan sudah tidak banyak kediaman tradisi seumpama ini di serata tanah air. Jika tiada siapa yang membela nasib rumah tradisi seumpama ini, lenyaplah identiti seni bina Melayu secara amnya. Biar sudah banyak strukturnya reput dan hilang malah tangga untuk ke atas juga sudah tiada, namun lahir semangat dan tekad untuk menjadikan rumah lama ini sempurna kembali.
Ia bukan satu kerja mudah kerana kayu bukan material yang murah dan mereka yang pandai bertukang kediaman tradisi Melayu juga kini sudah boleh dibilang dengan jari sepuluh. Aznol Hadi dan sepupunya menganalisa ruang yang boleh diguna pakai serta ruang yang sememangnya perlu diubahsuai demi keselamatan dan keselesaan. Kediaman tradisi yang mempunyai keluasan sekitar 4000 kaki persegi ini diubah suai baik di bahagian dalam juga luarnya.
“ Kami melihat kediaman ini perlu dibela dan dibaik pulih. Ia bukan sahaja mempunyai banyak nostalgia malah inilah warisan untuk anak cucu kami. Melihat di mana asal usul dan ia juga kini merupakan destinasi sanak saudara berkumpul, menyatukan kami secara tidak langsung. Biasanya bila orang tua sudah tiada, ramai yang membuat hal masing-masing. Jadi dengan berkat sepakat kami semua, kediaman datuk berjaya ‘dihidupkan’ kembali dan dibaik pulih serta diberi sedikit pengubahsuaian,” ujar Aznol Hadi yang merupakan ketua bagi projek baik pulih ini.
PELAN LANTAI DAN STRUKTUR
Sebagaimana pelan lantai kediaman lama, rumah ibu dan rumah dapur mempunyai unit yang berasingan. Malangnya rumah dapur kediaman ini sudah tidak dapat diselamatkan lagi malah agak berbahaya kerana sudah tidak kukuh. Banyak struktur yang rosak dan hilang. Jadi rumah ibu diperkemaskan dari struktur lantai, bumbung nya dan rekaan jendela nya juga dinaik taraf. Hasnol memilih rekaan jendela lama yang mesra persekitaran. Struktur pangsi pada jendela, memberi kitaran udara agar nyaman sentiasa. Malah tangga kediaman ini juga dinaik taraf dengan membina tangga batu yang mempunyai pengaruh Melaka tetapi dalam sentuhan kontemporari.
Apa yang menarik, rona asal kediaman ini dikekalkan. Manakala bahagian jendela dicat putih bagi menyerlahkan struktur bukaan sebagaimana yang sering kita lihat di kediaman kolonial atau pun kediaman tradisi Scandinavian. Elemen seumpama inilah yang menjadikan kediaman lama ini lebih berseri malah cantik dihias laman yang penuh dengan bunga-bungaan berwarna-warni.
“ Sebagai pereka bentuk dalaman, adalah satu cabaran bagi saya untuk mereka bentuk kembali suasana dalaman agar tampil lebih kontemporari, selesa dan nyaman. Maklum sahajalah dalam kita memelihara yang lama, tidak salah kalau kita menyajikan sesuatu yang baru,” ujar Aznol Hadi.
Selalunya kediaman Melayu dibahagikan kepada dua. Untuk orang lelaki berkumpul dan wanita. Lebar pada bahagian utama kediaman ini memanjang sehingga lebih 50’ lebar dan bahagian hadapan dibahagikan ruang dalam 5’ menganjur ke tangga masuk. Malah di bahagian hadapan di sebelah kanan tangga masuk, kediaman Melayu merupakan tempat solat yang mempunyai keluasan dalam 5’ x 7 ’ juga dibaik pulih dan di dwi fungsi sebagai ruang santai untuk kaum lelaki apabila pulang ke desa. Apatah lagi kawasannya yang dikelilingi jendela dan nyaman sentiasa dihembus bayu.
Salah satu idea menarik Aznol adalah menempatkan panel berbusa bagi meminimakan bunyi hentakan kaki pada lantai kayu. Malah panel ini juga membataskan ruang foyer dan ruang solat agar lebih privasi.
Dari anak tangga utama kita akan ke bahagian kiri kediaman yang membawa terus ke ruang balas ufuk barat yang dijadikan ruang menonton. Manakala ruang utama rumah ibu dihias indah dengan panel berbusa menutup dinding papan kediaman ini. Di samping menyerap bunyi, ia juga mudah dibersihkan dan tampil kemas.
“ Di samping dinding, perabot lama ini juga saya baik pulih dan beri sentuhan segar. Misalnya kerusi di ruang tamu ini , busanya semua diberi sentuhan baru yang lebih kontemporari dan mudah untuk diselenggarakan. Di samping perabot lain dan gambar-gambar lama juga saya naikkan kembali sebagai pencuci mata agar memori lalu keluarga ini tetap segar . Malah anak cucu juga boleh mengenali generasi terdahulu. Bagi saya ini adalah salah satu cara kita mendidik jati diri generasi baru agar menyintai tradisi dan warisan,” ujar Aznol Hadi lagi.
Ruang makan yang dahulunya di belakang kini diletakkan di tengah rumah. Ia bukan sahaja memudahkan untuk menjamu tetamu yang bertandang. Biar pun rata-rata apabila pulang ke desa, seisi keluarga lebih selesa menikmati juadah desa di bahagian dapur yang kini diperluaskan demi keselesaan ramai.
Kini rumah pusaka ini didiami oleh anak bongsu keluarga ini iaitu Puan Maimunah Hj. Alias. Selaras dengan adat negeri Sembilan sudah menjadi tanggungjawab anak perempuan menjaga kediaman pusaka agar terus dijaga rapi . Tambahan pula di kediaman desa, halaman yang luas membenarkan beliau bercucuk tanam dan membina taman nya. Paling tidak, anak cucu kini sudah punya ‘kampung’ untuk dituju apabila hari-hari kebesaran dan lain-lain.
Ternyata gabungan sentuhan baru dan lama dalam sebuah kediaman tradisi ini bukan sahaja menyentuh perasaan, malah Aznol berharap agar menjadi inspirasi kepada pemilik kediaman lain agar jangan sewenang-wenangnya merobohkan kediaman tradisi kerana itu adalah khazanah warisan bangsa. Benar ia bukan mudah dan murah. Namun jika ada usaha bersama, nescaya akan ada jalan terbaik untuk mengekalkannya terus tegak berdiri.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Kesalahan Mengemas, Lap Cermin Ketika Cuaca Panas Kerja Sia-Sia
Mengemas dan mencuci kediaman kebiasaanya dilakukan paling tidak seminggu sekali secara menyeluruh. Tapi, ramai tak sedar dalam mengemas rumah tu ada banyak kesalahan yang telah anda lakukan. Yang menyedikhan, segala keringat telah dikeluarkan untuk meamstikan kediaman kelihatan bersih dan rapi tetapi tak berapa menjadi dan ia sia-sia. Jadi, cuba perhatikan 5 kesalaha yang anda mungkin kerap anda lakukan ketika mengemas kediaman.
1) MENCUCI CERMIN TINGKAP ATAU PINTU SLIDING KETIKA HARI CERAH ATAU CUACA PANAS
Cuaca terik memang waktu terbaik melakuakn sebarang kerja-kerja mencuci seperti pakaian, lantai, kereta dan sebagainya. Namun tidak bagi tingkap. Ia akan menyebabkan sabun atau bahan pencuci yang digunakan untuk membersihkan tingkap cepat kering dan meninggalkan kesan.
Sebaiknya cuci tingkap anda ketika cucaca sedikit sejuk atau redup. Kalau dah terdesak sangat, terpaksa juga lakukan cucian diwaktu panas terik. anda digalak menggunakan squeege berbanding kain untuk mencuci tingkap dengan cepat dan mudah
Baca juga: Cara Mengemas Rumah “EMERGENCY” 15 Minit Apabila Tiba-tiba Ada Tetamu Nak Datang
2) MENCUCI TANPA MENGGUNAKAN SARUNG TANGAN
Satu lagi kesilapan yang kerap tetapi penting dilakukan kebanyakkan orang adalah dengan tidak meamkai sarung tangan ketika mencuci
Anda mudah terdedah kepada bahan kimia yang terkandung di dalam bahan pencuci jika tidak menggunakan sarung tangan. Hal ini mengundang masalah iritasi atau mungkin lebih teruk. Tambahan, dengan menggunakan sarung tangan dapat mencegah anda dari terdedah keapda bahan-bahan tajam
Walaupun selesai menyapu atau vakum, cuba mop untuk bersih secara total. Tapi, kalau guna mop biasa memang agak leceh dan memerlukan tenaga tambahan. IMPIANA galakkan anda guna flat mop kerana ia lebih bersih dan sesuai digunakan untuk menghilangkan habuk-habuk halus. Klik link ni kalau nak beli https://invol.co/cl7zm4l
3. MELETAKKAN BERUS PENCUCI TANDAS TERUS DI DALAM BEKAS SIMPANAN
Apa gunanya bekas penyimanan berus kalau tak boleh letak kan? Bukan tak boleh guna, tapi jangan simpan terus berus yang masih basah. Ini kerana kondisi basah atau lembap hanya akan mengundang bakteria yang akhirnya menyebabkan berus dan bekas simpanan menjadi kotor
4. MELAKUKAN KERJA PEMBERSIHAN DARI LANTAI KE ATAS
Banyak kali dah impiana pesan. Untuk elak habuk atau debu dari berterbangan dan menajdikan ruang kediaman anda lebih cepat berhabuk, perlu lakukan cucian atau mengemas dari bahagian paling atas dan membawa ke lantai. Jika sebaliknya, ia hanya memanatkan anda keana perlu melakukan 2 kali kerja
5. MENGGUNAKAN PEGELAP HABUK JENIS BULU
Mengemas menggunakan bulu ayam untuk meyingkirkan habuk adalah mitos semata-mata. Sebenarnya alat ini tidak membantu anda membersihkan kediaman malah mengotorkan lagi apabila habuk yang disapu berterbangan bebas semula di dalam udara
Sebaiknya, gunakan kain microfiber yang dibasahkan sedikit untuk menyingkirkan habuk yang melekat pada permukaan perabot
Sumber :https://www.propertyguru.com.my/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI