Pernahkah anda mengalami situasi di mana lantai jubin rumah tiba-tiba meletup atau tercabut tanpa sebab (tile popping).?
Fenomena ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, kebiasaannya fenomena ini terjadi selepas beberapa tahun rumah siap dan lebih kerap berlaku jika menggunakan mozek yang bersaiz besar. Jika dibiarkan, ia bukan sahaja merosakkan estetika rumah, tetapi juga boleh mengakibatkan kecederaan.
Terdapat beberapa sebab kepada fenomena ini antaranya :
1. Tanah di tapak rumah mendap.
2. Tidak menggunakan besi BRC pada tapak lantai.
3. Pemasangan mozek yang tidak mengikut spesifikasi.
4. Kesukaran pemasangan konkrit sekata pada semua bahagian mozek terutama untuk mozek bersaiz besar menyebabkan terdapat poket udara yang boleh mengembang.
Ini Cara Penyelesaian!
Cara untuk memperbaikinya adalah membongkar papan jubin yang telah dipasang. Selepas itu, bersihkan permukaan dasar lantai dari kotoran yang melekat dan biarkan hingga dasar lantai kering. Pasanglah jubin yang baru dengan pelekat yang elastic. Salah satunya adalah pelekat dengan bahan polyurethane.
Cara mencegah:
– Pastikan pemasangan jubin dilakukan oleh kontraktor yang berpengalaman.
– Gunakan jubin berkualiti tinggi dan pelekat jubin yang sesuai.
– Sediakan ruang untuk pengembangan jubin (grouting yang mencukupi).
– Elakkan perubahan suhu yang ekstrem atau beban berat di atas jubin.
– Jika jubin telah meletup, langkah terbaik adalah memanggil tukang untuk memeriksa keadaan lantai dan menggantikan jubin yang rosak.
Agar tidak berlaku lagi, pasanglah joint sealent setebal 2cm pada permukaan jubin dengan dinding.
Baca Lagi Di Sini: Jual Rumah Teres Beli Rumah Flat Keluasan 753kps, Makeover Cantik & Selesa!
Artikel Menarik: Transformasi Rumah Flat 650 Kaki Persegi, Dekorasi Simple Tampak Elegan & ‘Cozy’!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.