Kumpulan LBS Bina Berhad (“LBS atau “Syarikat”) menjangkakan pencapaian yang lebih baik di tahun 2022. Pada tahun 2021, LBS telah melepasi sasaran jualan RM1.2 bilion dengan jumlah jualan yang diraih pada penghujung tahun sebanyak RM 1.575 juta.
Pada taklimat media tahunan LBS yang diadakan hari ini, Syarikat mengumumkan rancangannya untuk melancarkan 14 projek baharu pada 2022 – yang bakal meliputi kawasan Lembah Klang, Johor, Pahang dan Perak – berjumlah 3,733 unit dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1.77 bilion.
Secara keseluruhan bagi Lembah Klang, yang menyumbang jualan tertinggi 2021, LBS berhasrat melancarkan 2,604 unit hartanah dengan jumlah GDV RM1.11 bilion. Khusus bagi perbandaran KITA @ Cybersouth, LBS akan melancarkan 2,128 unit hartanah dengan nilai GDV sebanyak RM853 juta dengan menyasar untuk membangunkan pangsapuri servis KITA Sejati, rumah teres satu dan dua tingkat di KITA Bestari serta rumah bandar dua tingkat pada tahun 2022. LBS turut merancang untuk melancarkan fasa baharu pangsapuri servis Melodi Perdana di perbandaran LBS Alam Perdana yang terdiri daripada 321 unit hartanah dengan jumlah GDV sebanyak RM120 juta serta sejumlah 155 unit Astella di D’Island Residence dengan jumlah GDV RM132 juta.
Ads
Bagi kawasan lain, projek baharu termasuk pangsapuri Bayu Hills di Genting Highlands (642 unit dengan jumlah GDV RM492 juta); rumah kluster satu tingkat di Taman Kinding Flora dan rumah teres di Chemor, Perak (248 unit dengan jumlah GDV RM 64 juta), rumah teres satu tingkat Emerald Garden 3, rumah Semi-D dua tingkat Royal Garden dan rumah teres dua tingkat di Laman Bayu 4, Bandar Putera Indah, Johor. (239 unit dengan jumlah GDV RM108 juta)
Sebagai perbandingan, pada 2021 LBS telah melancarkan sejumlah 3,344 unit hartanah bernilai RM1.6 bilion. Pelancaran ini merentasi pembangunan di Lembah Klang merangkumi KITA @ Cybersouth, LBS Alam Perdana, Bukit Jalil dan Prestige Residence di Seri Kembangan. Pelancaran lain termasuk rumah teres di perbandaran Bandar Putera Indah di Batu Pahat dan fasa baharu di Taman Kinding Flora, Chemor.
LBS turut menyokong penuh inisiatif Kerajaan Selangor bagi segmen pembangunan rumah mampu milik untuk rakyat. Ini dibuktikan menerusi usaha sama LBS dengan Kerajaan Negeri Selangor di dalam membangunkan projek MBI Rumah Selangorku Idaman dengan pembinaan 7,210 rumah mampu milik di 6 lokasi, dengan jumlah GDV sebanyak RM2.01 bilion. Pada 2022, LBS turut menyasar untuk melancarkan 4 buah projek Rumah Selangorku Idaman MBI iaitu Idaman BSP (Bandar Saujana Putra), Idaman Cahaya (Shah Alam), Idaman Sari (Puchong) dan Idaman Melur (Cybersouth). Manakala, pembinaan bagi Idaman KITA (Cybersouth) dan Idaman Perdana (Bandar Puncak Alam) dijadual untuk dilancarkan pada 2023.
Ads
Ketika ini, LBS mempunyai 18 buah projek pembangunan yang sedang berjalan dengan anggaran GDV sebanyak RM5.3 bilion.Sehingga 31 Disember 2021, simpanan tanah masa depan LBS dianggarkan berjumlah 2,744 ekar, dengan unjuran bagi memastikan Syarikat kekal relevan untuk tempoh 10 hingga 15 tahun. Di samping itu, mereka juga mempunyai jualan belum dibil kira-kira RM 2.304 bilion, dijangka memberikan impak pendapatan yang jelas untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. Di sebalik cabaran pandemik 2021, LBS berjaya memperoleh jualan hartanah yang kukuh dengan bantuan inisiatif pemasaran digital, penggunaan sistem pratuang IBS, dan pembangunan Laman Hartanah Maya serta pelancaran beberapa kempen digital seperti Ox-picious 8, Raikan Rezeki Bersama LBS, Vacci-Nation Bonanza dan Cabutan Bertuah Fabulous 20-21.
Usai taklimat media, Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, “LBS mencatatkan prestasi yang memberangsangkan pada 2021 walaupun ianya merupakan tahun yang sukar bagi kebanyakan perniagaan. Bukan sahaja kami telah melepasi sasaran jualan hartanah 2021 sebanyak 31%, kami juga berjaya menyerahkan milikan kosong sebanyak 2,570 unit dengan nilai RM1.3 bilion. Ianya amat bermakna apabila kami berupaya menyediakan rumah mampu milik kepada masyarakat dan melihat wajah-wajah gembira apabila menerima kunci rumah baharu mereka.
Ads
Melangkah ke hadapan, pemaju ini kekal mengadaptasi norma baharu di samping menerapkan pendigitalan dalam perniagaan serta bekerja keras untuk mencapai matlamat kami. Bagi memulakan tahun ini, LBS telah melancarkan kempen ‘Bring Happiness Home’, yang bakal memberi ganjaran Angpau Tahun Baru Cina sebanyak RM438,888 kepada pembeli rumah dari 1 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022. Di bawah kempen ini, kami turut menawarkan pakej perabot, yuran tempahan yang rendah, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi dan yuran keluar sifar. Di samping itu, kami akan mengenepikan yuran guaman dan duti setem ke atas perjanjian pinjaman bagi semua pembeli rumah apabila mereka membeli hartanah kediaman terpilih. Sebagai Pemaju Rakyat, kami terus komited untuk menyokong inisiatif perumahan kerajaan dan berharap para pembeli rumah terdorong untuk memiliki rumah seiring dengan usaha kami.
Sementara itu, peningkatan nilai pemegang kepentingan tetap menjadi keutamaan dan kami akan terus mengekalkan dasar dividen dengan kadar pembayaran sekurang-kurangnya 30% daripada keuntungan selepas cukai. Kami optimis dan berharap agar pemegang saham akan teguh bersama kami.
Untuk maklumat lanjut mengenai projek-projek LBS, layari https://lbs.com.my/ .
Kalau anda mula ingin berjinak atau baru nak memulakan hobi berkebun sebaiknya jangan cuba dulu pokok yang susah hidup. Ini kerana apabila pokok tersebut mati atau gagal membesar anda akan rasa down.
Sebaiknya cubalah dulu tanam pokok yang mudah dan senang dibiak. Bila tengok hasilnya subur baru lah semangat berkebun tu makin membara. Jom kami kongsikan tanaman yang paling mudah hidup, pilihan tepat bagi follower yang baru berjinak-jinak untuk bertaman.
Spider Plant sesuai di dalam pasu tinggi kerana juntaian daun dan anak-anak pokok menghasilkan bentuk unik dan natural. Untuk membiakkan tanaman ini apa yang diperlukan adalah Spider Plant matang yang telah mengeluarkan anak pokok. Ikuti langkah mudah pembiakan Spider Plant.
Potong anak pokok dari induknya. Pastikan anak pokok mempunyai sekurang-kurangnya 6 helai daun dan berakar supaya ia mudah hidup. Jika anak pokok belum berakar, boleh celupkan ke dalam penggalak akar.
Sediakan medium penanaman anak pokok 3:2:1 (3 tanah loam, 2 bahan organik: 1 pasir)
Masukkan anak pokok ke dalam pasu yang telah disediakan. Biarkan ia selama 2 minggu di bawah cahaya matahari lembut atau teduhan.
Setelah daun-daun mulai segar dan membesar, anak pokok boleh diubah ke kawasan yang lebih terbuka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Uniqbe (M) Sdn. Bhd, selaku pengedar sah penyedut hampagas jenama Dreame telah melancarkan dan memperkenalkan dua model terbaharu iaitu Dreame H12 Wet & Dry dan Dreame Bot W10 Pro Self-Cleaning Vacuum & Mop yang dilengkapi dengan teknologi inovasi terkini.
Majlis pelancaran kedua-dua model ‘vacuum’ terbaharu ini telah berlansung di East Atrium, Mid Valley Megamall pada 3 Ogos lalu.
Kedua-dua model terbaharu ini telah direka khas dengan dwi-fungsi istimewa seperti membersih dan mengemop lantai pada masa yang sama.
Selain itu, dua model ‘vacuum cleaner’ terbaharu jenama Dreame ini dilengkapi dengan fungsi teknologi ‘self-cleaning’ yang sememangnya canggih berbanding dengan penyedut hampagas jenama lain yang ada di pasaran luar.
Teknologi inovasi terbaharu ini dicipta dengan bertujuan bagi meringankan beban dan memudahkan kerja rumah para isteri dan suri rumah tangga di luar sana.
Ini kerana, dengan penggunaan dua model ‘vacuum cleaner’ terbaharu jenama Dreame ini dapat menjimatkan masa kerja pembersihan di rumah anda. Menarik bukan?
Dreame H12 Wet & Dry Vacuum Cleaner dijual dengan harga RM2,599 manakala Dreame Bot W10 Pro Self-Cleaning Robot Vacuum & Mop berharga RM4,799.
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘vacuum cleaners’ jenama Dreame, sila layari laman sesawang rasmi Dreame di www.dreame.my.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Mesti ramai yang sudah berasa teruja untuk memulakan perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Namun begitu, anda juga dinasihatkan untuk berhati-hati dalam berseronok.
Bukan apa, khuatir nanti jika sudah sampai di kampung baru teringat rumah tak dikunci rapi. Nanti mula lah rasa tak senang duduk beraya apabila kediaman yang ditinggalkan berada dalam keadaan yang tidak selamat.
Jadi, pastikan sebelum anda memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman, pastikan anda telah lakukan 10 perkara ni:
1) Pastikan pintu dan tingkap rumah telah ditutup dan dikunci dengan baik supaya tidak mudah dipecah atau diumpil oleh penjenayah.
2) Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.
3) Jika ada “auto timer” lampu. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi setiap hari.
4) Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik jika ada.
5) Jangan biarkan binatang peliharaan kebuluran semasa bercuti.
6) Maklumkan kepada jiran yang tidak pulang ke kampung dan berikan nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa semasa ketiadaan di rumah.
7) Pastikan tiada barangan kemas seperti emas, wang tunai, barang berharga dan sebagainya di dalam rumah atau disimpan di tempat yang selamat.
8) Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah mengetahui rumah ditinggalkan kosong.
9) Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan di rumah.
10) Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal dan berikan maklumat seperti Nama, Alamat, Nombor telefon yang mudah dihubungi, Tarikh berlepas dan balik juga nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.