Kipas yang berfungsi dengan baik adalah penting untuk memastikan aliran udara yang mencukupi dalam sesebuah ruang, terutamanya dalam cuaca panas.
Namun, apabila kipas tidak berputar dengan laju seperti yang diharapkan, ia boleh menjadi kurang efektif dan menyebabkan ketidakselesaan.
Oleh itu, adalah penting bagi mengetahui cara untuk memperbaiki kipas agar dapat berputar dengan lebih laju untuk keselesaan sendiri.
Jika anda tertanya-tanya bagaimana kaedahnya untuk membuatkan kipas ‘stand
‘ berpusing lebih laju, ikuti panduan yang telah dikongsikan oleh @lutfyhady ini.1. Bukak sangkar kipas dan unscrew penutup head dia sampai terbuka penutup depan tu.
2. Cabut telinga sebatang yang bagi kipas teleng berpusing tu. Macam kipas jenis ni boleh tarik cabut terus. Tengok dulu kadang-kadang ada jenis kena bukak skru dalam tu.
3. Buka penutup tadi dan boleh nampak kotak hitam(capasitor).
4. Ha yang ni kena kita kena pergi kedai hardware elektrik/lampu. Macam saya punya kipas value 1.5 uF(micro-farad).
5. Beli ikut value tu ATAU untuk kipas yang lama sikit boleh beli value lebih sikit. Saya beli 2.0uF. Jangan beli lebih banyak, sebab boleh rosak motor long term. Harga benda ni RM4.
6. Macam ni saya malas nak buka banyak part sebab nak kena bukak pakai nut, penutup besi tu.
7. Memandang kan benda tu dah ada di luar, so saya kerat terus dan solder dengan capasitor baru.
8. Pakai lah tape plastik hitam untuk wire tu, ini saya
pakai apa yang ada saja. Solder dengan timah, semua tu beli kat kedai Eco RM2.9. Siap semua skru balik mcm asal.
Jadi kesimpulanya, apa yg kita buat:-
1. Bukak cover head kipas untuk access kapasitor (kotak hitam kecil)
2. Replace ikut tips di atas
3. Pasang semua balik. Selesai !
Ok dah laju
Sumber:@lutfyhady