Laman

Lelaki Indonesia Ini Kongsi Cara Hasilkan 2 Jenis Baja Yang Boleh Lebarkan Daun Sayur

Share

DAUN SAYUR LEBAR DAN BESAR DENGAN MOL

Kalau berkebun dan ingin menanam sayuran mestilah sayuran berdaun seperti sawi, kangkung dan bayam menjadi pilihan. Apatah lagi bila tengok daun nya lebar dan ‘gemok’ mesti geram kan. Kebiasaannya keadaan ini berlaku disebabkan pembajaan yang mencukupi. Tapi, jika kita menanam sendiri untuk dimakan tak mungkin lah kita pakai baja kimia. Sudah pasti baja organik menjadi pilihan.

Seperti yang dikongsi kan oleh Ismat Haz di dalam Facebooknya, Baja organik yang dihasilkan dari batang pisang dan nenas boleh di gunakan untuk menghasilkan sayuran berdaun lebar dan subur.

Ingin tahu cara sediakan baja atau MOL tersebut? ikuti langkah-langkah berikut

MOL pisang

Bahan-bahan:

500 gram pisang dipotong kecil
500 gram gula merah
1 biji air kelapa muda
1 botol yakult original

Cara-cara:

1. Gaul sebati pisang yang telah dipotong dengan gula merah

2. Peram dalam bekas kedap udara dan disimpan ditempat teduh untuk proses perapan untuk tempoh 10 hari.

3. Setelah peraman cukup 10 hari masukkan pula air kelapa (sebiji) dan sebotol yakult dan peram lagi selama 5 hari.

ATAU

MOL nenas

Bahan-bahan:

500 gram nenas dipotong kecil
500 gram gula merah
1 biji air kelapa muda
1 botol yakult original

Cara-cara:

1. Gaul sebati potongan nenas dan gula merah

2. Peram dalam bekas kedap udara dan disimpan ditempat teduh untuk proses perapan untuk tempoh 10 hari.

3. Setelah peraman cukup 10 hari masukkan pula air kelapa (sebiji) dan sebotol yakult dan peram lagi selama 5 hari.


Setelah 15 hari ke atas, MOL tersebut sudah boleh diguna, cara penggunaannya ialah:

1. 10 ml MOL campur 10 liter air tanpa klorin.

2. Spray pada keseluruhan pokok 2-3 kali semburan dalam seminggu.


 

Published by
Impiana