Pasti ramai antara kita yang suka menonton wayang sebagai aktiviti hujung minggu bersama keluarga dan rakan. Era endemic ini kita kena bijak untuk menjaga diri dan ahli keluarga sendiri.
Kita juga disarankan untuk duduk saja dirumah dan elakkan keluar jika tiada keperluan. Jadi, bagi mengisi masa terluang ni, apa kata kita deko sendiri ruang dirumah menjadi ala-ala panggung wayang. Tak perlu keluar rumah pun boleh berseronok!
Transformasi ini disongsi Roberto Gutyery di laman Facebook nya. Jom kita tengok.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Meja Konsol…Perlu Atau Tidak?
Meja konsol sememangnya menjadi satu perabot pelengkap gaya di kediaman. Lokasinya selalu terletak di pinggir pintu masuk utama, di penghujung koridor atau terletak di anrara ruang makan dan ruang tamu anda. Namun adakah kita perlu perabot yang cantik menawan ini?
Persoalannya apakah yang perlu kita letak dan hias di meja konsol seumpama ini? Pereka selalunya memilih reka bentuk yang selari dengan konsep ruang. Daripada klasik, ke vintaj, ke urban dan beberapa konsep popular yang lain. Meja konsol bertindak untuk menjadi tempat anda menempatkan gambar-gambar keluarga, pewangi rumah yang menyambut kita sewaktu memasuki ruang atau sekadar menempatkan bekas untuk meletak kunci kereta atau kunci rumah terutama kepada anda yang pelupa.
Selalunya set konsep disempurnakan dengan sepasang kerusi di kiri kanan konsol. Awas kerusinya pun perlu selari konsep dengan meja konsol agar tidak nampak janggal. Ramai juga yang menambah cermin muka pada dinding di atas meja konsol. Dapat juga dijadikan tempat last touch up anda sebelum keluar rumah bukan! Diapit oleh lampu meja dan dihias dengan pelbagai aksesori.
Ada juga seperti kawan kita yang menempatkan pelbagai keperluan asas kediaman di dalam meja konsep termasuk bill elektirk , air dan sebagainya. Ruang yang ada juga dijadikan tempat meletak gebar dan pelbagai barangan keperluan harian di kediaman. Dari permukaan sempurna, ke karakter rustik, meja konsol sememangnya banyak manfaat pada anda. Simple-simple je di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanam Anggur Dalam Kalbat Macam Ni Menjadi-Jadi Buahnya
Tanam Anggur Dalam Kalbat. Ramai tak percaya pokok anggur sesuai tumbuh subur iklim Malaysia. Ada pula yang cakap, kalau boleh tubuh subur pun buahnya masam. Salah tu, sebenarnya tu tak kena dengan caranya. Hafiz Husin ada cara tersendiri untuk hasilkan medium tanaman yang sesuai untuk pokok anggur
Baca juga: Ini 10 Jenis Anggur Yang Sesuai Untuk Ditanam Di Bumi Malaysia
Saje belanja tip penyediaan media tanaman anggur cara saya. Sebeanrnya saya tak ada lah tau sangat teknik yang betul, tapi macam ni lah yang saya buat setiap kali tanam pokok anggur.
Untuk lebih mudah diurus dan elak akar anggur merosakan struktur kediaman, En Hafiz tanam pokok anggur dalam kalbat. Ini caranya:
1. Sediakan medium tanaman dari campuran 1 bahgian tanah kompos, satu bahagian pasir, satu bahagian sekam bakar, satu bahagian sekam mentah, satu bahagian top soil dan sedikit kapur pertanian (kapur pertanian ni agak-agak je, Ia bagi tujuan neutralkan keasidan tanah dan masukkan ke dalam kalbat
2. Mula-mula korek atau buat lubang berkedalaman 2 kaki
3. Sediakan tinja kambing yg dah reput dalam 1 bekas dan masukkan ke dalam lubang yang telah dikorek tadi
4. Timbus semula lubang yang di gali tadi dengan medium campuran yang telah disediakan
5. Ginilah rupanya adunan tadi..biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk “menyejuk’..Tujuannya supaya media terkompos dgn sempurna. Atau jika nampak anak2 rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia utk dipindahkan.
6. Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang polybag anak pokok anggur
7. Masukkan anak pokok sekali dgn polybag ke dalam lubang
8. Kambus tanah di celah-celah rongga luar polybag dan siram. Dah siappp, jangan siram kerap sangat ye musim hujan ni. Agak-agak tanah macam nak mengering baru siram. Sebab akar anak anggur sangat sensitif dengan air yang berlebihan. Sekian.
Baja 3 IN 1 SB Pokok Anggur Pack Jimat Organik + Subur + Buah
UNTUK PEMBELIAN BOLEH KLIK DI SINI
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bina Sendiri “Breakfast Nook” Dengan Kos RM1.6K, Pasangan Ini Berjaya Siapkan Dalam Masa 5 Hari Saja!
Sesuai dengan namanya, breakfast nook (atau juga dipanggil kitchen banquette) terletak di ruang makan dan sesuai untuk ahli keluarga menikmati sarapan pagi yang nyaman di hujung minggu.
Nook dapat memberi kelebihan penjimatan ruang selain menjadikan kediaman kelihatan lebih menarik dengan nilai estetika yang tinggi bergantung pada rekabentuk yang pemilik inginkan.
Aksesori bantal atau kusyen sudah menjadi satu kewajiban yang perlu ada untuk menjadikan nook lebih selesa dan nyaman.
Lihat bagaimana pasangan ini merealisasikan impian dengan membina sendiri breakfast nook untuk keluarga mereka. Sudah tentu lebih jimat dan puas hati!
Akhirnya, projek suami isteri telah berjaya siap…puas hati dan berbaloi setelah 5 hari bekerja.
KOS YANG TERLIBAT
Kayu – RM700
Deco – RM900 (SSF)
PROSES PEMBINAAN
Hari Pertama – Binaan asas
Hari Kedua & Ketiga – kerja kemasan dan design
Hari Keempat & Kelima – mengecat dan deco..kami mencabar kemampuan diri dan menggunakan YouTube sebagai rujukan...zero knowledge dan kemahiran tapi mungkin sebab minat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI