Dinding jika dibiar kosong, mungkin akan nampak hambar dan bosan. Lebih-lebih lagi pada dinding dalam ruang yang menjadi tumpuan tetamu, jika setiap dinding dibiar polos tanpa sebarang hiasan, tentunya ruang akan kelihatan kurang menarik. Oleh sebab itulah, pemilik digalakkan untuk memilih satu dinding untuk dijadikan feature wall sebagai titik tumpu dalam sesebuah ruang. Ini akan sekaligus mengubah “mood” ruang dengan menjadi lebih berkarakter.
Selain menggunakan rona cat yang menonjol, kita juga boleh gunakan kertas dinding mahupun wainscoting
sebagai daya penarik untuk dinding yang kosong. Terdapat satu lagi pilihan bagi mendapatkan dinding yang menarik, iaitu Shiplap.APA ITU SHIPLAP?
Mendapat nama dari teknik membina kapal atau bot, Shiplap biasanya dipasang pada bahagian luar bangunan atau kediaman sebagai lapisan perlindingan.
Tetapi berbeza kegunaannya pada bahagian dalam rumah, Shiplap merupakan salah satu alternatif hiasan dinding untuk ruang yang mahukan kelainan dengan citarasa rustik dan vintaj.
Lapisan papan yang disusun bertingkat dengan sedikit jarak diantara setiap satunya akan menjadi sebuah elemen dekorasi yang cukup menarik. Papan boleh disusun dalam keadaan melintang ataupun menegak agar ia dapat memberikan ilusi sebuah ruang yang lebih lapang, luas dan tinggi.
Memalui perkongsian saudara Mohd Asmawi Bin Che Ghani
di facebook, beliau telah berjaya membina sendiri dinding Shiplap dikediaman dengan kos lebih kurang RM100 sahaja. Memang jimat, dan berbaloi kalau nak dibandingkan dengan efek dari rekabentuk menarik ini.Rumah cantik, dinding jadi lebih menarik, dan duit pun jimat. Jom kita cuba!
Sharing :
Belajar2 buat shiplap wall..
Alhamdulillah siap. Tinggal nak letak frame je..
Modal lebih kurang RM100 dah boleh buat isteri tersenyum.
Barang Yang Diperlukan :
Langkah-langkahnya :
SELAMAT MENCUBA SEMUA!