Berada di ruang dapur Low Yong Lin umpama berada di sebuah kafe bar yang tenang dan mendamaikan. Pemilik melebarkan lagi ruang dapur dengan menggunakan sebahagian sebahagian pelan lantai ruang tamu untuk keselesaan ruang kegemarannya seperti sebuah kafe.
Rona putih menyelubungi ruang dan menghadirkan ilusi luas . Kehadiran kabinet yang satu ini punyai tarikannya kerana ia gabungan idea pemilik dan pereka dari Reno Concept. Persembahan susun atur yang ringkas namun berkarakter merupakan identiti yang ingin di tonjolkan oleh pemilik.
NAMA PEMILIK: Low Yong Lin & Tan Suat Hong
NAMA PEREKA: Eric Chan
NAMA SYARIKAT: Reno Concept Sdn. Bhd.,
No. 23, Jalan Snuker 13/28, 40100 Shah Alam, Selangor.
LOKASI PROJEK: FORESTA, Damansara
KONSEP DAPUR: Moden
JENIS KEDIAMAN: Kondominium
REKAAN KABINET: Bentuk L
MATERIAL KABINET: Akrilik
MATERIAL PERMUKAAN KAUNTER: Kuarza
JENIS PEMEGANG LACI: Tanpa pemegang
KELUASAN DAPUR: 12 kaki x 20 kaki persegi
KOS KESELURUHAN: RM100,000
Ads
Cantik, ringkas dan praktikal! Inilah yang boleh disimpulkan tatkala penulis melangkah masuk ke dalam kediaman pasangan muda, Low Yong Lin dan Tan Suat Hong yang terletak di Damansara. Biarpun ruangan dapur rumah jenis kondominium ini sederhana saiznya, namun pemilik dan pereka pandai memaksimumkan ruang dengan pembinaan kabinet yang bersesuaian konsep diinginkan.
Dengan sedikit pengubahsuaian di bahagian dapur, pemilik dapat mewujudkan ruangan dapur kering dan ruang makan ala kafe yang cantik dan selesa. Apa yang menarik, kedua-dua ruangan itu tampil agak berbeza dari segi pemilihan material dan warna namun ianya serasi.
MAKSIMUMKAN RUANG PENYIMPANAN
Ads
Bagi merealisasikan dapur idaman, sebuah dapur berkonsepkan moden dan ala kafe unsur industri berjaya dijelmakan. Pemilik ternyata berpuas hati dengan hasilnya.
“Apa yang saya inginkan ialah sebuah dapur yang ringkas, minima dan moden supaya nampak lebih kemas dan senang diurus. Saya mahu memaksimumkan ruang penyimpanan dan memastikan penstoran teratur dengan penambahan aksesori yang sesuai,” jelas Low
Ads
Bahagian ruang makan ala kafe lebih bersifat terbuka kerana ia bersatu dengan ruang tamu. Berbeza dengan kediaman lain, pemilik lebih gemar berada di dapur sehingga ruang tamu hanya di hias seringkas mungkin. Oleh itu, pereka menjelmakan kabinet yang dijalinkan bersama kabinet dasar dan gantung, singki dan kaunter semenanjung yang berfungsi sebagai meja makan atau ruang bekerja. Di bahagian tepi dinding pula dijelmakan dengan kabinet tinggi dengan permukaan cermin dan bersambungan dengan rak buku tinggi.
Menariknya, kabinet tinggi menyediakan banyak ruang storan untuk menyimpan pelbagai barangan makanan dan sebagainya. Satu ruang storan berupa almari tinggi dibuat untuk penyimpanan perkakasan dapur dan sebagainya. Menampakkan lebih elegan, bahagian storan dilengkapi dengan sistem aksesori yang terkini dan bermutu tinggi, seperti soft close, pull out tray, blum, pull out bottle rack, laci bersegmen dan sebagainya. #
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Topik ini mestinya menjadi rumit bagi yang tidak tahu dari mana ingin dimulakan. Dari ruang tamu? Ruang dapur? Cat dinding dan lain-lain ruang. Okay jangan kalut bagi yang baru pindah mahupun yang dah lama pindah tapi rumah macam hehehehhe……
Mai sini nak cerita, mudah sahaja. Duduk, ambil pen dan kertas, opss lupa semua canggihkan sekarang semuanya berteknologi tinggi. Guna la gajet yang ada dekat tangan tu.
Langkah pertama basuh rumah dengan sebersih-bersihnya. Ini kalau yang baru pindah rumah. Kalau yang dah lama pindah mop lantai lap cermin sama sahaja cuci rumah juga.
Langkah kedua cat dinding jika perlu, gantung langsir, susun perabot ikut saiz ruang dalam rumah ye! Jangan lah rumah tu bersaiz kompak anda teruja nak mengenakan sofa bersaiz L, sempit la nanti ruang tersebut. Bila susun sofa tu jangan la semua nak sumbat dalam satu ruang, mix & match set perabot dalam ruang tersebut.
Langkah ketiga pastikan ruang makan dan ruang tamu anda dapat diasing akan dalam suasana yang tersendiri. Sama juga JANGAN ye pilih set meja makan yang besar kalau ruang tersebut agak terhad. Biarkan ruang tersebut bernafas.
Langkah keempat ruang dapur pastinya semua orang tahu ruang ini adalah nadi dalam sesebuah kediaman. Kalau ruang ini tidak ada, maka penghuninya makan luar lah selalu ye. Ruang ini WAJIB dibina kabinet siap pasang untuk kemasan dan struktur dapur yang lebih sempurna dan teratur.
Langkah kelima kenal rumah anda sendiri, keluasan kediaman anda cukup untuk membuat ruang dapur basah atau tidak. Jika cukup ini bermakna ruang rumah anda luas dan terbaik. Jika tidak, ruang dapur utama tadi perlulah direka dengan sebaiknya ventilation atau sistem penyedut udara sewaktu masak perlulah yang terbaik.
Jika anda ingin tahu apa lagi yang perlu ada buat, nantikan artikel seterusnya mengenai ruang dalam kediaman anda. #Tanya kami, Kami Jawab!
Gambar: Sumber Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pelan atau perancangan sesebuah kediaman yang seiring dengan gaya hidup mampu memberikan impak positif kepada penghuninya. Jalani kehidupan seharian dengan lebih selesa apabila tata rias kediaman yang menarik disuntik bersama praktikaliti pada setiap ruang di sanggar idaman anda.
Terletak di pinggir negeri Selangor, Kundang Estates merupakan salah satu perbandaran yang dibangunkan oleh Gamuda Land merangkumi kawasan berkeluasan 89 ekar. Dengan 573 unit kediaman, ia menawarkan sebuah pembangunan harmoni diilhamkan oleh gaya hidup keluarga moden.
“Anise” adalah rangkaian kediaman teres dua tingkat yang dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Datang dengan rekabentuk yang moden, kediaman berkeluasan 1733 kaki persegi ini tampil dengan jalan ceritanya sendiri. Pereka dalaman yang bertanggungjawab menata rias kediaman ini telah mengambil kira gaya hidup keluarga moden yang aktif tetapi pada masa yang sama, suka meluangkan masa bersama-sama.
Melalui pintu masuk utama kediaman, terlihat sebuah ruang dengan pelan terbuka, dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu ruang tamu, ruang makan dan juga dapur. Walaupun berada dalam satu lantai yang sama, setiap ruang tersebut telah di hias dengan menggambarkan persekitaran yang praktikal dan multi-fungsi dalam kediaman keluarga ini.
Di sini, susun atur perabot memainkan peranan penting dalam membahagikan setiap ruang. Contohnya, susunan sofa di ruang tamu membelakangi ruang makan menunjukkan dengan jelas bahawa ia merupakan dua ruang yang berbeza dengan penggunaan yang berbeza. Terdapat juga sebuah meja konsol diletakkan dibelakang sofa tersebut sekaligus menjadikannya sebuah sudut pelbagai guna yang memenuhi keperluan setiap ahli keluarga.
SATU PELAN, MULTI-FUNGSI
Ruang makan kediaman ini pula tampak sempurna dilengkapi sebuah set meja makan 6 kerusi berwarna hitam dengan deretan lampu gantung yang menyinari segenap ruang. Menariknya, di sini juga terletaknya rak buku yang dibina khas dengan pintu berupa papan hitam. Sesuai untuk digunakan anak-anak ketika sesi belajar mahupun untuk menyiapkan kerja sekolah. Ini bererti ruang makan ini bukan sahaja digunakan ketika waktu makan tetapi juga digunakan untuk sebagai ruang ulang kaji bagi si cilik.
Ruang makan dwi-fungsi ini terletak betul-betul di sebelah dapur bagi memudahkan pergerakan penghuninya selain dilengkapi dengan kaunter sarapan (breakfast counter) dua tempat duduk. Dari sudut ini, si ibu dapat memantau anak-anak dari jauh sambil menyediakan juadah buat keluarga tercinta.
PENGGUNAAN RUANG NEGATIF
Kebiasaanya, pemilik kediaman mungkin buntu dan tidak pasti bagaimana mahu menggunakan sepenuhnya ruang bawah tangga tanpa terlihat kosong dan hambar. Di kediaman ini, ruang tersebut telah mengalami transformasi penuh, menjadikannya sebagai sebuah sudut dengan fungsi yang tersendiri.
Sebuah bench atau kerusi panjang di bina bagi menambah kapasiti tempat duduk agar bisa digunakan ketika tuan rumah mengadakan majlis keramaian mahupun perjumpaan. Idea bijak ini juga telah digunapakai untuk sudut belakang pintu masuk utama kediaman ini.
Terdapat sebuah rak kasut bersama tempat duduk yang ditempah khas (custom made) bagi memudahkan para tetamu dan juga tuan rumah. Elemen seperti ini bukan sahaja membuatkan kediaman tampil menarik taetapi juga dapat memastikan setiap ruang sentiasa dalam keadaan yang kemas dan bersih. Sekaligus memudahkan tugas-tugas pembersihan untuk pemilik.
IDENTITI KAMAR TIDUR
Dari kebanyakan ruang yang terdapat di sesebuah rumah, bilik tidur merupakan ruang yang paling peribadi. Walaupun ia mungkin tidak akan terlihat langsung oleh tetamu anda, bilik tidur juga berhak untuk diberikan perhatian. Inilah yang digambarkan dalam kediaman ini apabila setiap kamar tidur dihias dengan memberi sepenuh perhatian pada setiap kemasan dan perincian.
Penggunaan rona neutral bertona gelap masih lagi dikekalkan di bilik tidur utama, sama seperti ruangan di tingkat bawah. “Mood” atau persekitaran berkonsepkan moden kontemporari ini dapat membangkitkan perasaan tenang dan nyaman ketika sedang berehat.
Lain pula halnya untuk bilik tidur anak perempuan dan lelaki kerana masing-masing mempunyai kegemaran dan kecenderungan yang tersendiri. Bersesuaian dengan usia yang sedang meningkat remaja, penggunaan warna pastel yang lembut dan tidak terlalu terang telah menjadi pilihan untuk bilik anak gadis. Manakala untuk adik lelaki pula, suasa lebih ceria dan bertenaga telah diterapkan dengan penggunaan kertas dinding bercorak serta beberapa percikan warna-warna terang seperti merah dan kuning.
+ INFO KEDIAMAN
Jenis Kediaman: Rumah teres dua tingkat
Konsep: Moden
Keluasan: 1733 kaki persegi
Spesifikasi: 4 bilik tidur, 3 bilik air
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dunia kecoh dengan virus Covid sejak 3 tahun lalu membuatkan ramai pakar perubatan di luar sana mencari jalan untuk mencipta satu vaksin yang mampu melawan virus bahaya ini. IMPIANA teruja melihat kediaman Doktor Eric Huang adalah salah seorang yang menerajui vaksin COVID-19 jenama Moderna. Kediaman beliau yang terletak di West Chelsea, New York ini memang awesome!
Beliau baru sahaja mengeluarkan $8.1 juta untuk dupleks West Chelsea yang dilengkapi dengan kolam peribadinya sendiri, menurut rekod hartanah. (Pembelian dibuat melalui Shamash 522 LLC.) Ini adalah satu jumlah yang besar, memandangkan penjual membayar $8.81 juta untuk hartanah itu pada 2018. Manakala unit untuk lima bilik tidur oleh High Line kali terakhir dengan kos $8.5 juta. Wow! boleh tahan juga tawaran untuk kediaman milik peribadi Dr.Eric ini.
Jika anda ingin tahu, vaksin moderna menjaringkan pendapatan terbaik syarikat berbilion dolar tahun lepas, menurut laporan. Tetapi seperti mana yang kita sering dengar orang yang berjaya ini tidak akan pernah berhenti untuk melakukan kejayaan yang lain untuk mengecapi impian mereka. Begitu juga dengan Dr. Eric Huang tidak akan berhenti dengan kejayaan yang diraihnya.
Beliau kini mengemudi langkah syarikat ke dalam penyuntingan yang lebih jauh dalam arena kini , sebagai Ketua Pegawai Saintifik Moderna Genomics, unit baharu yang diumumkan tahun lepas. Beliau bekerja keras untuk memastikan segala hasil kerjanya akan bertambah baik untuk seluruh dunia.
Kediaman jenis kondominium mewah milik beliau yang terletak di aras tujuh di Soori High Line, di 522 W. 29th St. — sebuah bangunan butik 11 tingkat yang dibangunkan pada 2017 dan terkenal dengan kolam peribadi di setiap unit. Unit baru Dr. Eric Huang seluas 3,586 kaki persegi dibuka dari lif peribadi ke ruang tamu dan berketinggian tingkap dari lantai ke siling adalah 18 kaki. Boleh bayangkan tak betapa indahnya seni rekaan kediaman milik Dr. Eric Huang.
Butiran termasuk dinding berpanel kayu oak, lantai batu kapur yang dipanaskan berseri, pendiang api gas — serta kolam air masin tertutup yang boleh dipanaskan, yang dikelilingi dengan dek kayu.
Bahagian dalamannya juga mempunyai dapur dan bilik tidur utama dengan teres peribadinya sendiri. Selainnya bilik tidur terletak di tingkat atas, yang juga mempunyai teres lain dan bilik rehat yang lain.
Kemudahan bangunan ini termasuk pusat kecergasan, ruang istirahat dan tempat letak kenderaan persendirian. Di dalam kenyataan New York Post berkata, Broker penyenaraian Jessica Levine dari Douglas Elliman enggan mengulas lebih mengenai kediaman agam Dr. Eric Huang ini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.