Anda seorang yang dah ada kerjaya? Gaji pun stabil? Tapi masih duduk di rumah mak ayah?! Jangan begini saudara/saudari sekalian. Sampai satu masa, kita kena hidup sendiri dengan rumah sendiri. Aihhhh. Ha? Apa? Tak tahu nak beli rumah apa? Hahahaha Jangan risau. Kini, saya ada untuk memberi rekomendasi jenis rumah yang ada di Malaysia ini.
KONDOMINIUM. Apa yang biasa disebut sebagai kondo sebenarnya adalah unit kediaman individu bertingkat (berbilang unit). Setiap unit kondo mempunyai sekurang-kurangnya dua bilik tidur dan satu bilik mandi. Disebabkan ini adalah hartanah strata, hanya apartmen anda yang dimiliki sepenuhnya, manakala kemudahan lain seperti kolam renang dan gimnasium dikongsi dengan pemilik unit lain dan dimiliki oleh pemaju kondominium. Lebih besar ruang (bilik) rumah yang anda perolehi, lebih mahal dan mewah kondo yang anda beli, malah ciri yang padat seperti spa, sauna dan kolam infiniti. Kondominium ini biasanya lebih kecil daripada hartanah bertanah, namun sesetengah kondominium mewah mungkin bersaing dengan saiz kediaman bertanah.
APARTMENT atau FLAT. Kedua-dua ini tiada bezanya dari kondo tapi, cumanya, apartment lebih murah dari kondo dan flat pula lagi murah dari flat. Selalunya, flat ini pelajar atau pekerja buruh, suka duduk dan menyewa di flat berbanding apartment sebab flat sangatlah murah dan ruangannya pun kecil. Jadi, jika mahukan murah, ambil lah flat.
Ads
KEDIAMAN SERVIS/SOHO. Kediaman yang diservis, seperti SoHo, yang merupakan pejabat kecil di rumah, direka untuk pemilik syarikat yang mahukan ruang kerja kecil yang juga boleh digunakan sebagai kediaman. SoHo unik kerana ia boleh digunakan sebagai rumah dan pejabat kerana konfigurasi seperti loteng, yang membolehkan pemilik menggunakannya sebagai rumah dan pejabat.
RUMAH TERES. Kerana ia menghubungkan satu unit ke unit yang lain dan berkongsi dinding dengan rumah sebelah, bentuk harta ini juga dikenali sebagai rumah penghubung. Oleh kerana tanggapan rumah teres bersempadan dengan rumah jiran, saiz rumah berbeza-beza, dengan rumah teres lot sudut (rumah paling jauh) lebih besar. Rumah teres di Malaysia biasanya mengandungi 10 hingga 12 pangsapuri setiap baris. Setiap kediaman hanya setinggi satu atau dua tingkat. Rumah teres satu tingkat mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi, manakala rumah teres dua tingkat mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik mandi.
Ads
BANGLO. Rumah banglo ini, selalunya hanya untuk orang yang kaya sahaja kerana satu harga biji banglo ini, boleh mencecah jutaan ringgit Malaysia. Ini kerana kenapa banglo ini sangat mahal, adalah, sebuah banglo luasnya hampir mencecah 5000 kaki per segi. Luas betul kan banglo ini. Tambahan lagi, ia ada kawasan terbuka, laman tersendiri dan tak bercantum mana-mana unit rumah.
Ads
RUMAH SEMI-D. Kalau di ikutkan, rumah semi-D ni sepasang rumah yang mempunyai bentuk dan ruang sama. Cuma, ia berkongsi dinding di tengah-tengan dan sebab itu ia membentuk seperti rumah berkembar.
Dan yang terakhir adalah TOWN HOUSE. Rumah jenis town house ini, serupa dengan rumah teres, kecuali ia dibina secara menegak dan disusun di atas satu sama lain di atas sebidang tanah yang sama. Bergantung pada jumlah ketinggian harta tanah, setiap unit town house biasanya mempunyai satu atau dua tingkat. Town house bertingkat rendah boleh dikunjungi terus dari aras bawah, tetapi town house bertingkat tinggi hanya boleh diakses melalui tangga tepi.
Jadi, anda sudah baca bukan? Ini lah jenis-jenis rumah yang ada di Malaysia. Yang mana satu kah pilihan anda? Semuanya ditangan anda.
Pokok tomato memang mudah untuk di tanam. Akan tetapi, untuk menghasilkan buah yang banyak, cantik dan berkualiti memang agak sukar. Sebab itu, kebanyakkan peladang tomato menggunakan rumah hijau untuk mengusahakan tanaman tersebut. Ia lebih dikawal dan diselanggara. Antara punca utama buah tomato tak menjadi dan tak cantik seperti berikut:
1. Hujung buah hitam dan rata Keadaan yang kelihatan seaakan masalah penyakit ini sebenarnya berpunca daripada masalah kekurangan kalsium. Hampir separuh buah menjadi rata dan hitam. Selain itu juga, ia petanda bahawa pokok tomato anda tidak menerima siraman secukupnya atau akar yang rosak. Namun, masalah ini kebiasaanya hanya berlaku kepada beberapa biji buah dalam sepohon pokok.
Penyelesaian terbaik adalah bekalkan keperluan kalsium yang mencukupi. Kulit telur adalah sumber terbaik untuk membekalkan kalsium pada pokok tomato. Selain itu, pastikan medium tanaman selalu dalam keadaan lembap
2. Bunga sedikit atau banyak yang gugur
Sekiranya pokok tomato anda hanya menghasilkan bunga yang sangat sedikit atau kebanyakkan bunga gugur sebelum sempat menjadi putik buah, ia disebabkan oleh:
-Kebiasaanya berlaku dimusim kemarau
-Menerima cahaya matahari yang sedikit
-Nitrogen berlebihan
Kebiasaanya masalah bunga yang tdak menjadi disebabkan oleh iklim tempatan. Penyelesaiannya adalah elak 3 perkara di atas. Seperti lakukan kitaran tanaman dan elak tanam pokok tomato ketika musim panas
3. Buah merekah
Buah belum masak ranum atau hampir, terbelah secara tiba-tiba. Hal ini mengundang ancaman keapda serangga perosak dan burung.
Keadaan ini berpunca daripada iklim panas dan kadar kelembapan yang diterima secara mendadak atau mengejut. Sebab itu, kadar kelembapan yang berpanjangan sangat dititik beratkan bagi penghasilan tomata yang berkualiti
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap kali sebelum nak pergi bercuti, perkara pertama yang kita akan lakukan adalah menempah tempat tinggal untuk didiami sepanjang percutian. Terdapat beberapa jenis pilihan tempat menginap seperti hotel, butik hotel, hostel ataupun homestay.
Bagi anda yang travel dalam kumpulan yang besar dan mahu jimat, homestay lah pilihan yang paling tepat. Tapi hati-hati jangan sampai tersalah pilih kerana ada yang indah khabar dari rupa. Jadi pastikan anda melakukan research terlebih dahulu sebelum menempah destinasi percutian bersama keluarga.
Dalam posting kali ini IMPIANA ingin kongsikan ciri-ciri homestay yang baik :
HARGA YANG KOMPETITIF
Homestay yang menawarkan perkhidmatan pelancongan alternatif dengan kadar harga yang kompetitif dan berpatutan sering menjadi pilihan pengunjung.
LOKASI YANG STRATEGIK
Lokasi yang terletak jauh dari pencemaran tetapi dalam masa yang sama juga mempunyai akses kepada pengangkutan dan kemudahan awam.
KEMUDAHAN ASAS Mempunyai kemudahan asas yang lengkap iaitu bilik tidur yang mencukupi dan selesa, bilik air yang bersih, ruang makan dan dapur yang lengkap selain item-item kecil lain yang juga penting seperti tuala, ubat nyamuk, alatan memasak dan makan.
KEBERSIHAN
Kawasan persekitaran rumah perlulah bersih dan bebas dari sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan nyamuk, lalat atau serangga lain.
Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik juga merupakan bonus.
KESELAMATAN
Keselamatan fizikal rumah dan persekitaran dalam keadaan baik dan selamat.
Langkah-langkah keselamatan seperti pencegahan kebakaran perlulah juga diambil kira oleh pemilik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
DIY pasu bunga polos dengan sarung pasu yang lebih mempersona. Mencari idea hebat bagi menghias pokok-pokok kecil di sudut kediaman anda?Mungkin kelihatan begitu biasa apabila meletakkan pokok ke dalam pasu dan hiasnya begitu sahaja. Jom lakukan sedikit kelainan , idea plant cover ini amat sesuai disarungkan pada pasu pokok-pokok kecil di dalam kediaman. Selain kelihatan menarik dan cantik, ia juga mudah untuk dihasilkan.
Anda perlukan:-
Kain belacu
Pita pengukur
Gunting
Gam Lilin
Cat Fabrik
Berus
Pita pelekat
Ukur lilit saiz lebar dan ketinggian pasu. Ukur biar berlebihan bagi ketinggian untuk proses lipatan kain nanti.
Tandakan saiz ukuran yang telah diambil pada kain belacu.
Gunting dan lekatkan pita pelekat pada hujung kain yang hendak disatukan. Kemudiam gamkan kain belacu menggunakan gam fabrik.
Lekatkan pita pelekat pada kain belacu bagi menghasilkan corak.
5. Hasilkan corak tiga segi menggunakan pita pelekat.
6. Lekatkan gam lilin pada bahagian lipatan kain bagi kelihatan seperti kain sarung.
7. Sapukan cat pada bahagian kain belacu yang terdedah daripada pita pelekat. Biarkan kering seketika.
8. Tanggalkan pita pelekat. Masukkan pokok bersama pasu ke dalam sarung.
IDEA IMPIANA
Jika sarung pokok anda terkena kotoran, IMPIANA sarankan anda bersihkannya secara manual dan tidak menggunakan mesin basuh.
Anda juga boleh menghasilkan pelbagai orak menggunakan pita pelekat seperti corak geometrik ini.
Sesekali membuat kelainan dalam tata rias rumah seperti pasu bunga yang diberi sarung DIY ini akan memberi satu impak yang lebih menarik dalam sentuhan. Walaupun banyak sarung pasu dijual di kedai-kedai dekor di luar sana.
Buat sendiri atau DIY lebih menyeronokkan dan lebih memberi kepuasan kepada anda dengan citarasa sendiri.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.