Dekorasi

Lengkapkan Kediaman Bersaiz Kompak Dengan Dekorasi MUJI, Minimalis & Cozy!

Share

Konsep rekaan dalaman rumah yang minimalis sudah menjadi perkara lazim. Ramai beralih arah dalam merias rumah secara bersederhana dan mengikut keperluan harian. Hasilnya ia menjadikan rumah ialah hak milik untuk berehat, menghabiskan masa dengan keluarga dan melapangkan minda tanpa perlu berbelanja lebih.

Konsep MUJI ini sering menjadi pilihan untuk pemilik kediaman yang memilik saiz rumah yang kompak dan mempunyai ruang bukaan yang minimal. Konsep kediaman MUJI telah wujud pada 2004 di Jepun yang banyak memfokuskan rumah bersaiz kompak.

Rekaan MUJI House mengambil kira segala aspek termasuk kelengkapan rumah, perabot dan perkakas. Mengetengahkan rona-rona semula jadi iaitu putih dan coklat kayu, konsep MUJI kelihatan seakan sebuah kediaman berkonsepkan nordic atau scandinavian. Konsep MUJI ini cukup sesuai untuk pemilik yang ingin mengetengahkan clean cut

dalam susun atur rumah.

Jika diperhatikan konsep MUJI ini lengkap dan praktikal bagi setiap sudut yang mengenakan gaya ini. Pemilihan saiz perabot dan juga rekaan perabot itu sendiri cukup menyempurnakan ruang yang kurang keluasannya. Tidak serabut dan langsung tidak kelihatan sempit.

 

Namun, MUJI mempunyai rekaannya yang tersendiri dengan menggabungkan pengaruh budaya dalam setiap rekaannya.

Gambar kredit: Sissay Group

Perkongsian daripada: A.L Decodesign

IKLAN