Lepas dapat kunci rumah, bukan terus cuci dan masuk, ada perkara lebih penting kena buat. Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum masuk rumah baru ialah memeriksa terlebih dahulu kecacatan dan kerosakan pada rumah tersebut.
Sungguhpun rumah baru tetapi anda perlu memeriksa dengan terperinci kerana ada kemungkinan berlakunya kecacatan dan kerosakan pada bahagian dinding rumah seperti retak, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.
Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah.
Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.
PERALATAN:
Masking tape – Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
Marker Pen – Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
Kertas A4 – Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
Kamera/Handphone berkamera – Ambil gambar kecacatan rumah
BERIKUT ANTARA PERKARA PENTING YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS DAPAT KUNCI RUMAH BARU:
AZAN
– Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
– Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.
PERIKSA PINTU
– Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.
PERIKSA (JUBIN) TILES LOMPONG
– Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
– Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
– Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
– Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.
ELEKTRIK
– Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
– Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.
METER AIR
– Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
– Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
– Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
– Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
– Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.
TINGKAP DAN SLIDING DOOR
– Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
– Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.
TANGGA
– Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.
BILIK AIR TINGKAT ATAS BOCOR
– Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
– Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
– Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
– Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.
DINDING RETAK
-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.
KUNCI UTAMA
-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.
Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Sekian.
Baju terlalu banyak. Mesti pening kepala macam mana nak susun kemas baju yang melambak tu kan. Penyediaan almari atau ruang simpanan yang banyak, bukan lah penyelesaian yang terbaik. Sebenarnya anda perlu bijak menyusun dan mengolah. Berikut trik menyimpan untuk orang yang mempunyai baju yang terlalu banyak
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
DIY Storage Bench Meja Makan, Boleh Simpan Macam-Macam! Sesekali nak ubah ‘wajah’ untuk penstoran tambahan dan dekorasi ruang dapur boleh cuba buat sendiri ‘Storage Bench’ ini. Dah ada ukuran yang betul, mudah je nak buat macam pasang kotak. Paling penting boleh simpan macam-macam barang nanti.
Boleh cedok idea yang dikongsikan oleh Puan Siti Nor Mohamed ini sebagai panduan;
DIY STORAGE BENCH UNTUK MEJA MAKAN, FEFELING MAKAN KAT RESTORAN FAST FOOD
Dah lama mengidam nak ada tempat makan macam ni kat rumah. Tapi belum sampai seru nak buat.
So, memandangkan nanti nak raya, Mokcik usahakan jugak la buat sebelum Ramadhan ritu. Posa-posa tak larat la nak bertukang, kang nak masak lagi mana sempat. Kang orang kat rumah ni berbuka makan habuk kayu plak.
Kali ni Mokcik order 2 keping plywood 18mm dan suruh kilang potong siap-siap ikut lebar. So, Mokcik hanya tinggal potong ikut panjang je la. Kurang la sikit kerja memotong kayu kat depan rumah nanti.
Cara pasang bench ni mudah sangat. Macam buat kotak jek. Dalam tu boleh la simpan macam-macam. Satu bench tu Mokcik simpan kerusi makan yang boleh lipat tu.
Satu lagi tu masih kosong, taktau lagi nak letak apa.Nak menyorok dalam tu pon boleh gak.
Ini hasil potongan rangka bench tu. Ada 5 keping untuk setiap satu bench.Penutup dia belum potong masa ni.
Inilah plywood yang dah siap dipotong dan dihantar oleh kilang. Sangat tepat potongan dia. Rubberwood belakang tu lebihan buat ALMEJA dulu. Anggaran bajet: Plywood 18mm 2 keping + cutting caj + delivery = RM248
Saya wasap orang kilang plywood tu suruh dia potong ikut macam dalam gambar ni. Saya suruh kilang potong siap-siap ni sebab saya nak kurangkan aktiviti potong plywood kat depan rumah. So, saya hanya tinggal potong ikut panjang sahaja nanti.
Sudut makan-makan ala restoran fast food.
Memang tak nak buat yang berkusyen sebab rumah ni ada majikan yang suka creett sana sini.Kalau buat yang berkusyen mamang lawo.
Ini lah rupa dia bila dibuka.Kayu penutup guna Rubberwood 20mm tu agak berat, lebih kurang 10kg.
So, tak boleh ikut instruction cara pasang yang diberikan.Kena pasang gas spring tu lebih menegak. Baru la dia lebih ringan dan lebih lembut bila diturunkan.
Kaki meja tu mungkin nak buat lain tengok la kalau rajin.
Yang putih tu saya pakai 2 lapisan jotun majestic primer + 2 lapisan jotun majestic white silky matt. Yang top tu saya pakai nippon hydro wood warna teak.
IMPIANA:Menarik juga idea storage bench dekat meja makan ni. Nampak kemas dan cantik macam makan dekat restoran. Paling penting boleh jadi ruang penstoran berguna.
Membersihkan karpet di rumah adalah satu tugas penting untuk memastikan kebersihan dan keselesaan ruang tamu kita.
Karpet yang bersih bukan sahaja memberikan penampilan yang lebih menarik tetapi juga membantu menjaga kesihatan penghuni rumah dengan mengurangkan debu, alergi dan kotoran yang terkumpul.
Proses pembersihan karpet memerlukan beberapa langkah yang sistematik dan berhati-hati untuk memastikan semua kotoran dan bau yang tidak menyenangkan dapat dihilangkan dengan berkesan.
Dalam panduan ini, kami akan menerangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membersihkan karpet di rumah dengan cara yang berkesan dan efisien.
Persediaan:
Keluarkan semua perabot dari kawasan yang hendak dibersihkan.
Vakum karpet dengan teliti untuk menghilangkan habuk dan serpihan kotoran. Fokus pada kawasan yang paling kotor dan sering digunakan.
Rawatan Awal:
Untuk kotoran yang baru, tutup dengan kain bersih untuk menyerap cecair. Jangan gosok kerana ini boleh menyebabkan kotoran menyerap lebih dalam ke dalam serat karpet.
Penyediaan Campuran Pembersih:
Anda boleh menggunakan pembersih karpet komersial atau membuat campuran sendiri dengan bahan-bahan seperti air suam dan sedikit cuka atau sabun pencuci pinggan.
Membersihkan Karpet:
Gunakan span atau berus lembut untuk menggosok campuran pembersih ke dalam karpet. Gosok dengan lembut dalam gerakan bulatan.
Fokus pada kawasan yang mempunyai kesan kotoran atau bau yang kuat.
Bilas:
Lap kawasan yang telah dibersihkan dengan kain basah yang bersih untuk menghilangkan baki sabun. Pastikan anda mengeluarkan semua sisa sabun untuk mengelakkan karpet menjadi melekit.
Pengeringan:
Keringkan karpet dengan membuka tingkap atau menggunakan kipas untuk mengalirkan udara. Anda juga boleh menggunakan penyedut air dari vakum yang mempunyai fungsi ini.
Pastikan karpet benar-benar kering sebelum meletakkan semula perabot untuk mengelakkan pertumbuhan kulat atau bau yang tidak menyenangkan.
Vakum Semula:
Setelah karpet kering sepenuhnya, vakum sekali lagi untuk memastikan ia bersih dan seratnya terangkat dengan baik.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh memastikan karpet di rumah anda bersih dan segar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.