Pastikan kedudukan tanaman ini digantung pada ketinggian melebihi paras penglihatan tetapi jangan terlalu tinggi bagi memudahkan penyelenggaraan seperti menyiram dan memangkas dahannya. Jika terlalu tinggi, akan menjejaskan keindahan pokok itu.
Letakkan pokok gantung di kawasan yang mendapat cahaya yang cukup seperti serambi, anjung, tingkap dan pergola.
Pastikan titisan air daripada pasu gantung itu tidak merosakkan sebarang objek di bawahnya. Gunakan pasu yang mempunyai piring pelapik bagi mengelakkan air melimpah.
Pokok gantung yang berukuran besar mudah mengotori kawasan persekitaran akibat daripada daun dan bunga yang berguguran. Sentiasa buang daun yang layu.
Untuk tumbuhan gantung, gunakan campuran tanah yang bersesuaian.
Pokok gantung memerlukan air yang banyak ketika cuaca panas. Seeloknya siram dua kali sehari.
Pembajaan teratur dapat memastikan pokok menerima nutrien yang sesuai untuk pertumbuhan cepat.
Selalu memeriksa pokok bagi memastikan simptom serangan serangga atau penyakit.