Keselesaan dan keindahan sesebuah kediaman bukan lah diukur berdasarkan saiz mahupun jenisnya. Apa yang penting ialah perancangan yang rapi dan susun atur yang tepat. Ditambah pula dekorasi yang menarik, tidak kira apa jua jenis kediaman anda, pasti akan terlihat seperti mahligai indah buat penghuninya.
Pemilihan konsep bertepatan dengan bajet dan keperibadian pemilik merupakan salah satu aspek penting yang perlu diambil kira sebelum anda mula menghias. Rancang susun atur mengikut kegunaan dan pastikan ia sesuai dengan konsepyang telah dipilih. Elakkan konsep yang keterlaluan, keep it simple!
Seperti rumah teres kos rendah ini yang dihias dengan tema hitam putih, tampak ringkas tetapi kemas. Melalui perkongsian tuan punya kediaman kali ini, En Aslam Ahmad di Facebook, ilham dekorasi kediaman ini adalah daripada isterinya sendiri.
Ads
Keadaan rumah yang kecil serta merta nampak lebih luas dan lapang apabila dicat putih. Pemilihan perabot dan perhiasan yang minimal juga membuatkan kediaman ini lebih moden disamping bertepatan dengan tema yang telah tuan rumah pilih.
Ini gamabr sebelum dan selepas ubahsuai. Kagum!
Ads
Ads
SELEPAS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah tak jumpa serangga yang mempunyai kelongsong seperti kuaci tapi permukaannya bertektur pasir? serangga perosak ini bila tiba tempoh dewasanya akan bertukar menjadi kupu-kupu. Kelihatan menarik, namun serangga ini bahaya kepada anda.
Nama saintifiknya adalah Phereoeca Uterella atau lebih dikenali dengan nama kemitep. serangga ini dianggap bahaya disebabkan ia pemakan fabrik untuk meneruskan kehidupan. Sebab itu, kebiasanya serangga ini dijumpi di dalam almari atau timbunan pakaian lama. Untuk membentuk kepompom, serangga ini memerlukan debu, tanah atau pasir. adakalanya, kepomponya terbentuk dari kulit kayu yang lembut. Sebab itu, ia juga dikenali sebagai plaster bageorm.
Serangga ini memerlukan habitat yang lembab. Jenis fabrik yang menjadi ancaman utama untuk dimakan oleh serangga kecil ini adalah seperti sutera, fabrik berbulu dan adakalanya rambut manusia.
UNTUK MENGATASINYA, INI YANG WAJIB ANDA LAKUKAN
1. pastikan almari atau ruang simpanan baju anda tidak lembap
2. Jaga kebersihan rumah terutamanya dari longgokkan habuk dan barang-barnag yang tidak digunakan.
3. Pastikan pakaian betul-betul kering sebelum disimpan di dalam almari
Jika anda mengesan kehadiran kemitep, segera lakukan penyelenggaraan pada keseluruhan ruang dan musnahkan serangga yang dijumpai
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ada ahli kelaurga yang jenis suka lupa nak tutup paip di sinki? atau anda mempunyai anak yang masih kecil dan sukar untuk mereka capai ketinggian sinki untuk cuci tangan sendiri? Apa kata, guna kepala paip yang lengkap dengan sensori. Tak perlu modal yang besar atau panggil kontraktor untuk ubah kepala paip jenis Auto ni. Beli je kat shopee dan pasang sendiri. Impiana senaraikan beberapa jenama atau produk auto water tap yang menajdi pilihan di shopee
Kamar atau bilik tidur merupakan ruang peribadi yang memerlukan tahap privasi maksima, juga bertindak sebagai sebuah santuari buat pemilik berehat dan menghabiskan masa lapangnya.
Jadi apabila seorang artis berkongsi keadaan kamar peribadi beliau, pastinya ramai yang teruja. Siapa tidak kenal pada Noor Neelofa atau lebih mesra digelar Neelofa atau Lofa ini. Nama yang tidak asing lagi dalam bidang lakonan, pengacaraan dan juga business ini cukup terkenal dan berjaya bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia! Ramai yang menjadikan beliau idola dan memasang cita-cita untuk berjaya sepertinya suatu hari nanti.
Baru-baru ini, kakaknya, Noor Nabila telah berkongsi sebuah video dilaman YouTube yang menampilkan segmen room tour bilik Neelofa yang telah ditatarias oleh pereka tersohor negara, Dato’ Rizalman. Selain itu, menurut Noor Nabila, ruang tersebut juga mendapat sentuhan istimewa dari ibu mereka iaitu Datin Noor Kartini serta Neelofa sendiri.
Rata-rata penonton meluahkan rasa kagum ketika melihat sendiri keindahan bilik Neelofa.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.