Keselesaan dan keindahan sesebuah kediaman bukan lah diukur berdasarkan saiz mahupun jenisnya. Apa yang penting ialah perancangan yang rapi dan susun atur yang tepat. Ditambah pula dekorasi yang menarik, tidak kira apa jua jenis kediaman anda, pasti akan terlihat seperti mahligai indah buat penghuninya.
Pemilihan konsep bertepatan dengan bajet dan keperibadian pemilik merupakan salah satu aspek penting yang perlu diambil kira sebelum anda mula menghias. Rancang susun atur mengikut kegunaan dan pastikan ia sesuai dengan konsepyang telah dipilih. Elakkan konsep yang keterlaluan, keep it simple!
Seperti rumah teres kos rendah ini yang dihias dengan tema hitam putih, tampak ringkas tetapi kemas. Melalui perkongsian tuan punya kediaman kali ini, En Aslam Ahmad
di Facebook, ilham dekorasi kediaman ini adalah daripada isterinya sendiri.Keadaan rumah yang kecil serta merta nampak lebih luas dan lapang apabila dicat putih. Pemilihan perabot dan perhiasan yang minimal juga membuatkan kediaman ini lebih moden disamping bertepatan dengan tema yang telah tuan rumah pilih.
Ini gamabr sebelum dan selepas ubahsuai. Kagum!
SELEPAS