Jiran letak kereta depan rumah hingga menghalang laluan keluar masuk kereta memang masalah biasa di Kawasan perumahan. Dan ia memang selalu menyebabkan konflik.

Tapi kes yang tular baru-baru ini lebih dari itu, jiran parkir dalam kawasan pagar rumah.

Dalam satu hantaran dibuat seorang wanita, beliau berkongsi situasi apabila kediamannya diceroboh jiran yang sesuka hati meletakkan kenderaan di halamannya.

Wanita tersebut mengetahui perkara itu apabila satu hari pulang ke rumah untuk membuat pemeriksaan.

Letak kereta dalam pagar rumah jiran

“Aku balik nak check rumah, jiran buka pintu pagar rumah aku dan parkir kereta dia kat dalam sesuka hati,” katanya.

Tidak puas hati dengan tindakan jirannya itu wanita itu bertindak mengunci pintu pagar rumahnya.

Letak Kereta Dalam Pagar Rumah Jiran, Ini Padahnya. Pemilik Rumah Boleh Saman

Ads

“Sorry, nak ambil kereta, tunggu aku free. Kalau dipotong kunci tu, aku akan lapor polis,” katanya lagi dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu pemilik kereta yang juga jirannya turut mempersoalkan tindakan wanita terbabit yang tidak memberitahu beliau agar mengalihkan kenderaannya.

Letak Kereta Dalam Pagar Rumah Jiran, Ini Padahnya. Pemilik Rumah Boleh Saman

Situasi ini turut mendapat perhatian daripada seorang peguam, Nas Rahman yang memberi pandangan beliau dalam hal ini.

Ads

“Kalau nak tahu, parking depan rumah jiran tanpa kebenaran ni dikira private nuisance.

“Tahun 2017, ada pasangan suami isteri pernah saman jiran diorang di Mahkamah Tinggi sebab asyik parking kereta depan pintu pagar.

“Tegur banyak kali tak jadi jugak. Keputusannya,

Ads

“Mahkamah Tinggi memutuskan yang tindakan jiran diorang terjumlah kepada satu bentuk kacau ganggu atau private nuisance dan menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka,” demikian tulis beliau dalam satu hantaran di platform X.

INFO

Private nuisance atau gangguan persendirian merujuk kepada satu bentuk tort (kesalahan sivil) dalam undang-undang di mana seseorang individu mengalami gangguan terhadap penggunaan dan kenikmatan hartanahnya akibat tindakan pihak lain.

Untuk sesuatu gangguan itu dianggap sebagai private nuisance, mahkamah akan menilai beberapa elemen penting, iaitu:

  • Gangguan yang menjejaskan penggunaan harta secara munasabah
  • Sifat gangguan itu berterusan atau serius
  • Kewujudan kerosakan sebenar atau kesan buruk yang boleh dibuktikan
  • Pengetahuan atau kecuaian pihak yang menyebabkan gangguan

Sumber: Nas Rahman

Mesti Baca: Renovasi Rumah, Jangan Lebihkan Sempadan Tanah Bukan Kita Punya!
Baca Lagi Di Sini: Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?
Artikel Menarik: Ambil Tahu Perkara Ini Elak Rugi Bila Renovasi Rumah

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI