Keindahan seni bina agung ini saling tidak tumpah seperti Taj Mahal di India dan Masjid Nabawi. Masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan itu telah dibuka kepada umum dengan rasminya pada 20 September yang lalu.
Dengan kos hampir 100 juta ringgit, Masjid Sri Sendayan yang mampu menempatkan lebih 5000 orang jemaah pada satu-satu masa ini telah menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan.
Melalui konsep wakaf, masjid ini yang telah mula dibina sejak tahun 2015 itu dibiayai sepenuhnya oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
Selain mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah), masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid serta mempunyai pusat untuk anak-anak yatim yang boleh menempatkan 52 penghuni dan turut dilengkapi bilik ulangkaji serta dewan makan. Semuanya terletak dalam kawasan yang berkeluasan 4.5 hektar!
Foto kredit : Farhan Che Hassan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bakal Dibuka Secara Rasmi Pada Januari Depan, Rasai Pengalaman ‘When Nature Meets Fun’ Di Taman Tema Air SplashMania!
Ada di kalangan anda yang sememangnya pencinta dengan taman tema air dan gemar melakukan aktiviti lasak serta menyeronokkan? Ini satu khabar gembira buat anda semua!
Sebuah taman tema air terbaru, SplashMania di bawah kendalian dan projek pembangunan oleh Gamuda Land bakal dibuka dan beroperasi secara rasmi pada Januari depan. Untuk maklumat anda, taman tema air SplashMania dengan keluasan tanah 18 ekar ini telah dibina di kawasan perbandaran baharu di Gamuda Cove, Selangor.
Dengan saiz keluasan tanah yang telah dibangunkan, anda boleh merasai pengalaman ‘When Nature Meets Fun’ di taman tema air SplashMania! Sangat menakjubkan!
Apa yang telah menarik perhatian IMPIANA, taman tema air SplashMania ini dibina dan dibangunkan dengan kawasan persekitaran lebih daripada 70% tumbuhan pokok semula jadi. Dengan ini, sudah pasti taman tema air ini akan mempunyai persekitaran yang segar serta menenangkan.
Bukan itu sahaja, taman tema air SplashMania bakal menyediakan sebanyak 24 gelongsor air mengagumkan dan mempunyai lebih 15 tarikan utama yang menarik kepada para pengunjung. Sudah pasti, para pengunjung yang bakal datang di taman tema air SplashMania akan merasai pengalaman yang menyeronokkan!
Dengan pembukaan secara rasmi bermula pada awal tahun hadapan, taman tema air SplashMania mensasarkan sebanyak 800,000 pengunjung yang bakal berkunjung ke taman tema air tersebut sehingga penghujung tahun.
Jadi, tunggu apa lagi? Mesti ramai yang sudah tidak sabar dan berasa amat teruja dengan pembukaan taman tema air SplashMania yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Untuk lebih info dan maklumat lanjut, sila layari di laman sesawang rasmi SplashMania.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Temple Tree Resort Langkawi Sangat Menakjubkan, Rasai Pengalaman Bersama IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Pulang Ke Kampung Bersama Kucing
Isi Kandungan
ToggleTip Pulang Ke Kampung Bersama Kucing Dengan Tenang . Mesti ramai yang merancang nak balik beraya ke kampung tahun ni untuk tempoh yang lama. Almaklumlah, tahun ni meruapakan raya pembalasan selepas 2 hatun kita dalam pendemik.
Tapi, bagi pemilik si bulus untuk meninggalkan kucing anda untuk tempoh lebih dari 3 hari agak suakr. Jadi, ramai yang memilih untuk hantar “bording”. Tapi, bording pun bolah tahan harganya. Makanya, tarpaksa di bawa pulang ke kampung sekali.
Oleh itu, bagi memastikan kucing anda tidak tertekan dan selesa sepanjang perjalanan pulang ke kampung, lakukan 9 perkara ni
1. Membiasakan kucing dengan kereta anda
Mulakan dengan membawa kucing anda masuk ke dalam kereta sebelum rancangan perjalanan anda. Duduk di kerusi belakang bersama-sama dan bawa bersama beberapa treats dan snek untuk kucing anda kemudian belai dan memberus mereka.
Beri peluang untuk kucing anda menghidu dan meneroka seluruh kereta. Kemudia bawa carrier mereka dan letakkan di mana yang ingin anda letak semasa dalam perjalanan.
Mainkan muzik yang menenangkan. Mungkin membawa kucing anda berjalan-jalan di sekitar, bawa kereta dengan perlahan dan cermat supaya kucing anda membiasakan diri dengan pergerakan jadi anda boleh melihat bagaimana respon kucing anda apabila berada di dalam kereta.
2. Berbincang dengan veterinar
Jika kucing anda tidak merespon dengan bagus dengan cubaan pemanduan anda, anda boleh berbincang dengan veterinar anda mengenai rawatan untuk kegelisahan atau motion sickness.
Veterinar anda mungkin ada beberapa pilihan yang dapat membantu menenangkan kucing anda sepanjang perjalanan.
3. Bagi makanan dan minuman sebelum perjalanan bermula.
Berikan makan dan air kepada kucing anda sebelum memulakan perjalanan. Beri masa kucing membuang najis dan kencing selepas makan dan minum.
Jika kucing anda mudah mengalami motion sickness, berikan hanya sedikit kuantiti makanan.
NOTA: Jika kucing anda mudah menjadi sakit di dalam kereta, lebih baik puasakan kucing anda 8 jam sebelum memulakan perjalanan. Anda juga mungkin mahu berbincang dengan veterinar anda.
Baca juga: Cara Mudah, Murah Dan Mujarab Nak Hilangkan Bau Tandas Kucing
4. Pastikan kucing sentiasa berada di dalam carrier
Tidak selamat sekiranya anda membiarkan kucing anda bebas bergerak di dalam kereta. Kucing anda mungkin duduk di bawah pedal dan menyukarkan pemanduan anda.
Carrier memberikan ruang yang selamat, sunyi untuk kucing anda yang dapat membantu kegelisahan yang mungkin kucing anda alami.
5. Bersedia untuk segala huru hara
Sentiasa bersedia dengan tuala serta lapik khas untuk membersihkan ‘kemalangan’ kencing dan najis yang akan berlaku. Pastikan juga anda membawa beberapa plastik sampah.
6. Rancang beberapa perhentian
Pin lokasi perhentian sepanjang perjalanan anda supaya anda dapat berhenti untuk memberi makan dan minum kucing anda dan berpeluang untuk menggunakan kotak pasir setiap dua ke tiga jam
7. Bawa mainan
Idea yang bagus untuk membawa beberapa mainan yang baru dan menarik perhatian kucing anda jadi kucing anda dapat bermain sepanjang perjalanan. Ini boleh membantu kucing anda leka dan gembira.
8. Buat seperti berada di rumah
Haiwan peliharaan kita juga selalunya merasakan apa yang kita rasa. Kucing kita juga akan merindui rumah semasa dalam perjalanan.
Bawa baju lama yang anda pernah pakai, selimut kegemaran mereka di dalam carrier mereka supaya mereka sentiasa mengigati rumah mereka.
Bau-bau seperti ini dapat menjadikan suasana di dalam kereta seperti di dalam runah, mengurangkan kegelisahan kucing anda.
9. Pandu dengan selamat
Ini tidak semestinya sewaktu membawa kucing juga, pada bila-bila masa kita disarankan memandu dengan selamat.
Muzik yang kuat dan berhenti secara tiba-tiba akan menjadikan perjalanan ini lebih tekanan kepada kucing. Jadi bawa kereta slow dan steady, serta pasang muzik yang menenangkan.
Sumber: https://themamamiaow.com/
Tip Pulang Ke Kampung Bersama Kucing Dengan Tenang
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kongsi Percutian Safari Di Tanzania, Khemah Inap Mewah MARION CAUNTER & Suami Curi Perhatian!
Siapa yang tak mengenali personaliti, bekas model dan usahawan jelita, Marion Caunter yang juga merupakan isteri kepada ahli perniagaan, SM Nasaruddin.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini bukan saja terkenal dek kecantikan serta kepetahan dirinya berkata-kata, malah ramai peminat turut tertumpu pada setiap hantaran yang dibuat Marion memandangkan Marion seorang wanita berkarier yang ‘kaki travel’.
Dan baru-baru ini, Marion sekali lagi mencuri tumpuan apabila dirinya berkongsi gambar-gambar percutian dan perkhemahan safari beliau dan suami ke Tanzania. Ujar Marion, dia dan suami dijadualkan bercuti ke Afrika tiga tahun lepas, tetapi berikutan pandemik, ia terpaksa ditangguhkan.
Marion sempat merakan gambar dan video mereka berdua ke Afrika termasuk Rwanda serta Tanzania sambil melawati tempat-tempat unik lagi bersejarah seperti Volcanoes National Park dan banyak lagi.
Yang menariknya, Marion turut berkongsi gambar-gambar khemah diinapi untuk dua malam dan ternyata khemah tersebut bukan ‘biasa-biasa’. Yang lebih mengujakan, tapak perkhemahan yang terletak di Singita Mara River Camp, Serengeti turut dilengkapi dengan lampu chandelier yang cantik, bilik tidur dengan katil bersaiz ‘king’ serta sofa yang empuk serta ruang tamu yang luas dengan perhiasan safari yang mengujakan.
Malah khemah tersebut turut menyediakan ruang makan yang mengasyikan serta dilengkapi porch termasuk tab mandi di luar sambil melayari pemandangan gurun, ternyata ramai yang makan hati!
Bertuah sungguh Marion ni kan! Bilalah pula kita akan merasai pengalaman bercuti di Afrika kan?
Kredit foto: Instagram @marioncaunter
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI