List material kabinet dapur, pilih yang tahan lasak, bukan sekadar cantik dipandang. Jika ruangan seperti bilik tidur dan ruang tamu dilihat sebagai kawasan untuk berehat serta bersantai, ruang dapur pula lebih mementingkan produktiviti.
Ruang dapur memerlukan kawasan yang luas untuk melakukan kerja-kerja penyediaan memasak. Di dapur juga perlu ada ruang penstoran yang optimum bagi memastikan dapur sentiasa kelihatan kemas dan rapi.
Ramai pemilik rumah mahukan dapur yang sempurna dan tidak kisah berbelanja lebih untuk dapatkan yang terbaik. Tidak dinafikan, setiap orang mempunyai keinginan dan pilihan masing-masing yang berbeza dari segi stail dan kegunaan tetapi segalanya akan berbalik kepada beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan seperti kos, ketahanan, jangka hayat dan kekemasan.
Sebarang pengubahsuaian rumah perlulah dirancang secara terperinci dahulu. Dapur juga tidak terkecuali malah, kos renovasi dapur adalah antara yang paling tinggi jika ingin dibandingkan dengan ruang kediaman yang lain.
Bagaimanapun apabila melibatkan dapur, sebahagian besar daripada perhatian anda sentiasa akan pergi ke kabinet dapur. Ini kerana kabinet dapur adalah tunjang utama ruang dan kabinet boleh mengambil sehingga 30 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet pengubahsuaian.
Sebagai pengguna yang bijak, sudah tentu anda inginkan sesusatu yang cantik di mata, berkualiti baik dan pada masa yang sama, mesra-poket. Berikut beberapa jenis material yang biasa digunakan dalam pembinaan kabinet dapur serta kebaikan dan keburukan setiap satunya.
PAPAN CHIP (CHIPBOARD)
Merupakan bahan paling berpatutan dan murah kerana diperbuat daripada serpihan kayu yang terikat oleh resin sintetik yang kemudiannya dimampatkan untuk membentuk papan. Permukaan pepejal yang kuat menjadikan chipboard bahan yang susah untuk tercalar, tahan hentakan, dan juga anti-kulat tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan kayu cip membengkak.
PAPAN BLOCK (BLOCK BOARD)
Bahan ini terdiri daripada jalur kayu halus yang disusun sebelah menyebelah, lapisan demi lapisan. Kemudian lapisan nipis melamine digamkan pada bahagian atas dan bawahnya. Berbeza dengan kayu cip yang mempunyai rintangan yang rendah kepada air, papan blok lebih tahan dan boleh digunakan pada kawasan simpanan yang terdedah kepada kelembapan.
KAYU LAPIS (PLYWOOD)
Papan lapis diperbuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dipaku bersama-sama untuk membentuk papan. Material ini biasanya dilapisi lagi dengan laminate untuk memberikan kemasan yang lebih rapi dan bersih. Sifatnya yang lebih kukuh dan tahan kelembapan menjadikannya salah satu bahan yang paling mudah untuk diselenggara. Bahan ini juga datang dalam pelbagai warna dan tekstur.
Ads
Bahan Alternatif Untuk Kabinet Dapur:
Selain menggunakan pelbagai jenis kayu, terdapat bahan lain yang juga boleh dipertimbangkan menjadi kabinet dapur:
KONKRIT
Kabinet dapur konkrit kebiasaannya dijumpai di rumah-rumah lama. Ia akan dilapisi jubin bagi mewujudkan satu platform yang amat teguh, kuat dan tahan lama sesuai untuk aktiviti memasak yang berat. Bagi pemilik yang inginkan konsep industrial atau brutalis untuk dapur, konkrit mungkin akan menjadi pilihan yang utama.
ALUMINIUM
Aluminium adalah antara pilihan material popular untuk kabinet dapur. Kabinet dapur aluminium diperbuat daripada aluminium semata-mata tanpa menggunakan sebarang material berasaskan kayu.Banyak kelebihan material aluminium. Kabinet dapur aluminium akan lebih menonjol keindahannya berbanding dengan kabinet dapur kayu biasa atau papan gentian melalui pelbagai rekaan. Kabinet dapur yang diperbuat daripada aluminium bersifat tahan lasak, bebas anai-anai, kalis air dan anti karat.
BESI TAHAN KARAT
Ads
Alternatif lain yang jarang kita dengar di negara ini adalah material besi tahan karat sebagai kabinet dapur melainkan ianya didapur komersial seperti di restoran ataupun hotel. Material ini sangat tahan lama dan mudah untuk dibersihkan tetapi lebih mahal daripada kayu, menjadikannya sesuatu yang jarang dipasang untuk kediaman domestik.
Kabinet merupakan salah satu bahagian yang paling mahal berbanding dengan bahagian yang lain tetapi ia juga merupakan penentu gaya keseluruhan dapur. Maka amat penting untuk memilih material kabinet dengan teliti supaya ia sentiasa kelihatan baik, teratur dan tahan lama.
Dengan pemilihan yang tepat dan bersesuaian dengan bajet, anda boleh melabur lebih untuk bahan yang mempunyai sifat rintangan air dan haba yang baik selain menyediakan pilihan reka bentuk yang sepadan dengan gaya anda.
Columbia Asia telah memenuhi keperluan penjagaan kesihatan warga Malaysia selama lebih dari 20 tahun. Setelah berjaya melancarkan salah sebuah hospital utama kami, Columbia Asia Hospital – Iskandar Puteri, pada tahun 2010, kami sukacita memperkenalkan hospital kedua kami di Johor iaitu Columbia Asia Hospital – Tebrau.
Columbia Asia Hospital – Tebrau mula beroperasi pada 27hb November, 2019. Ia merupakan hospital Columbia Asia yang ke-13 di Malaysia dan ke-19 di Asia Tenggara. Bangunan setinggi empat tingkat ini merupakan yang terbesar antara semua hospital Columbia Asia di Malaysia.
Terletak di hab kediaman dengan kadar lalu lintas yang tinggi di Kota Southkey, hospital ini terletak hanya 7 km dari pusat bandar Johor Bahru serta dikelilingi oleh kawasan perumahan seperti Taman Sentosa, Taman Sri Tebrau, Kampung Melayu Majidee, Taman Pelangi, Taman Abad, Taman Kebun Teh, Taman Century, Taman Melodies, Taman Suria dan Taman Kota Southkey. Hospital ini juga dilengkapi dengan lebih 200 tempat letak kereta bagi memenuhi keperluan masyarakat Tebrau yang semakin berkembang.
Selain daripada kemudahan moden dan kepakaran tinggi, Columbia Asia Hospital mempelopori trend penjagaan kesihatan swasta dengan rawatan perubatan yang terkini dan kurang invasif lantas memendekkan tempoh tinggal di hospital. Struktur penetapan harganya adalah telus dan lebih kompetitif berbanding model standard khidmat kesihatan swasta.
Program perubatan di Columbia Asia Hospital – Tebrau meliputi Kardiologi, Perubatan Dalaman, Telinga, Hidung & Tekak (ENT), Pembedahan Am, Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik, Ortopedik, Radiologi dan Anestesiologi.
Hospital ini juga menempatkan Makmal Pengkateteran Jantung (Cardiac Catheterization Lab), Bilik Litotripsi, Mamografi, Ultrabunyi, 128-slice CT Scan, 1.5 Tesla MRI, Farmasi, Makmal, Bilik Fisioterapi, Ruang Pengasingan, ICU, Bilik Bersalin dan lima Dewan Bedah berkemudahan lengkap.
“Keputusan untuk membina hospital Columbia Asia kedua di Johor berdasarkan kajian kami tentang kurangnya kemudahan khidmat kesihatan di kawasan sini. Tambahan lagi, penduduk Johor Bahru semakin ramai. Kerana itu, kami memberi pilihan kepada pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan,” kata Pengurus Besar Serantau Columbia Asia Hospital – Tebrau dan Iskandar Puteri, Puan Rahani Yaacob.
Memandangkan kapasiti hospital Columbia Asia di Iskandar Puteri hampir penuh, Rahani menjelaskan bahawa inilah masa yang sesuai untuk memperluaskan lagi kumpulan hospital ini di Johor. Dengan pembukaan Columbia Asia Hospital – Tebrau, keperluan khidmat kesihatan di Johor Bahru akan dapat memenuhi permintaan yang tinggi.
“Columbia Asia Hospital – Tebrau adalah satu-satunya hospital dalam kumpulan kami yang mempunyai kapasiti 205 buah katil. Ini berbeza daripada struktur hospital biasa kami. Kemudahan perubatan lain mempunyai kapasiti tidak lebih daripada 100 buah katil setiap hospital. Dengan permintaan tinggi bagi khidmat kesihatan swasta di Johor, kami membuat keputusan untuk membina sebuah hospital Columbia Asia yang lebih besar di Tebrau untuk memenuhi keperluan kesihatan masyarakat di sini,” tambah Rahani.
Memandangkan peningkatan bilangan pesakit warga asing yang meningkat di Malaysia, Columbia Asia Hospital – Tebrau bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, termasuk permintaan dari Singapura dan Indonesia.
“Selain menyediakan akses penjagaan kesihatan swasta yang berkualiti kepada penduduk Johor, hospital baharu ini turut mewujudkan peluang pekerjaan. Bukan itu sahaja. Kami mempunyai pelbagai kempen menarik yang telah dirancang, untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan penduduk tempatan,” kata Rahani.
Dalam bulan Disember tahun lalu, kempen ‘AyuhSihat!’ telah diadakan sempena pembukaan hospital di Tebrau. Kempen yang terbuka kepada orang awam ini merupakan hari yang menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur, pemeriksaan kesihatan dan tawaran istimewa untuk pakej yang ditawarkan oleh hospital kami. Acara itu bertujuan untuk mendorong para hadirin untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Hasil jualan tiket Ayuh Sihat diserahkan kepada Yayasan Kanser Laksamana Johor.
Ingin ketahui lebih lanjut tentang Columbia Asia Hospital – Tebrau, atau menerima berita tentang program dan pakej perubatannya? Log masuk ke laman web Columbia Asia Hospital di www.columbiaasia.com/malaysia atau ‘like’ laman Facebook ‘Columbia Asia Malaysia’ di www.facebook.com/columbiaasia atau hubungi 07-272 999 untuk pertanyaan lanjut.
Columbia Asia Hospital – Tebrau terletak di Persiaran Southkey 5, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tahukah anda kereta dari di seluruh dunia kebanyakkan adalah warna Hitam, Putih dan Kelabu? Ya, khabar berita itu sememangnya benar kerana jika kita lihat di atas jalan raya kereta berwarna selain daripada warna tersebut adalah sangat kurang.
Bukan sahaja warna kereta, malah ada satu kajian yang telah dijalankan mendapati dunia semakin kehilangan warna apabila pakaian, kedai serta rumah kini dilihat sudah tidak lagi berwarna seperti dahulu kala.
Mengapa perkara ini terjadi sehingga seluruh dunia berubah menjadi gelap dan suram dengan pemilihan warna hitam dan putih?
Menerusi perkongsian Nas Daily Bahasa Indonesia di laman media sosial Facebook ada menjelaskan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku di seluruh dunia.
Menurutnya, kajian yang telah dijalankan oleh seorang individu itu mendapati seluruh dunia kini sedang menghadapi revolusi perubahan warna yang dahulunya mempunyai sangat banyak pilihan warna sejak 300 tahun dahulu lagi.
Tetapi kini, variasi pemilihan warna telah menjadi semakin terhad jika kita mahu dibandingkan dengan zaman dahulu.
Terdapat beberapa faktor mengapa dan bagaimana hal ini berlaku di seluruh dunia. Ini kerana, kebanyakkan logo syarikat terkenal antarabangsa sudah mula melakukan perubahan warna logo daripada berwarna kepada monoton.
Tambahnya lagi, kebanyakkan syarikat mahu lebih memudahkan perusahaan serta para pelanggannya dari seluruh dunia. Maka oleh kerana itu mereka sebolehnya menggelak pengunaan warna dan bentuk yang terlalu ekstrem.
Jelasnya, perkara ini harus dipandang serius. Sekiranya seluruh dunia semakin kehilangan warna dan tampak suram dengan terusan pemilihan warna hitam, putih dan kelabu.
Bagaimana dengan nasib generasi kita pada masa akan datang yang berkemungkinan tidak berpeluang melihat keindahan dunia yang penuh warna-warni? Jangan kita lupa, kehidupan dunia terserlah indah dengan memperlihatkan kepelbagaian warna dalam kehidupan.
Sumber: Facebook Nas Daily Indonesia
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Kedai-kedai yang menjual produk pada harga RM 2.00, RM 2.10 dan sebagainya memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bukan sahaja banyak produk plastik, malah makanan dan item dekorasi turut menjadi pilihan. Kualiti, bukan isu utama, kerana ia berpatutan pada harga. Namun, yang menjadi kerisauan adalah pemilihan bekas plastik yang digunakan bagi menyimpan muhupun menyediakan makanan. Hal ini, pernah dikupas oleh Ahli kimia Dr. Fatimah Salim.
Saya suka kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga. Barangan yang murah kita maklumlah ada baik dan buruknya. Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya.
Secara ringkasnya menurut Dr. Fatimah, untuk membeli produk plastik kedai RM 2 ni tidak menjadi isu. Namun cara penggunaan perlu diperinci terutamanya ELAKKAN penggunaan plastik jenis sebegini pada suhu panas.
Untuk informasi lebih tepat, boleh baca perkongsian Dr. Fatimah di Facebook di bawah
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.