List material kabinet dapur, pilih yang tahan lasak, bukan sekadar cantik dipandang. Jika ruangan seperti bilik tidur dan ruang tamu dilihat sebagai kawasan untuk berehat serta bersantai, ruang dapur pula lebih mementingkan produktiviti.
Ruang dapur memerlukan kawasan yang luas untuk melakukan kerja-kerja penyediaan memasak. Di dapur juga perlu ada ruang penstoran yang optimum bagi memastikan dapur sentiasa kelihatan kemas dan rapi.
Ramai pemilik rumah mahukan dapur yang sempurna dan tidak kisah berbelanja lebih untuk dapatkan yang terbaik. Tidak dinafikan, setiap orang mempunyai keinginan dan pilihan masing-masing yang berbeza dari segi stail dan kegunaan tetapi segalanya akan berbalik kepada beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan seperti kos, ketahanan, jangka hayat dan kekemasan.
Sebarang pengubahsuaian rumah perlulah dirancang secara terperinci dahulu. Dapur juga tidak terkecuali malah, kos renovasi dapur adalah antara yang paling tinggi jika ingin dibandingkan dengan ruang kediaman yang lain.
Bagaimanapun apabila melibatkan dapur, sebahagian besar daripada perhatian anda sentiasa akan pergi ke kabinet dapur. Ini kerana kabinet dapur adalah tunjang utama ruang dan kabinet boleh mengambil sehingga 30 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet pengubahsuaian.
Sebagai pengguna yang bijak, sudah tentu anda inginkan sesusatu yang cantik di mata, berkualiti baik dan pada masa yang sama, mesra-poket. Berikut beberapa jenis material yang biasa digunakan dalam pembinaan kabinet dapur serta kebaikan dan keburukan setiap satunya.
PAPAN CHIP (CHIPBOARD)
Merupakan bahan paling berpatutan dan murah kerana diperbuat daripada serpihan kayu yang terikat oleh resin sintetik yang kemudiannya dimampatkan untuk membentuk papan. Permukaan pepejal yang kuat menjadikan chipboard bahan yang susah untuk tercalar, tahan hentakan, dan juga anti-kulat tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan kayu cip membengkak.
PAPAN BLOCK (BLOCK BOARD)
Bahan ini terdiri daripada jalur kayu halus yang disusun sebelah menyebelah, lapisan demi lapisan. Kemudian lapisan nipis melamine digamkan pada bahagian atas dan bawahnya. Berbeza dengan kayu cip yang mempunyai rintangan yang rendah kepada air, papan blok lebih tahan dan boleh digunakan pada kawasan simpanan yang terdedah kepada kelembapan.
KAYU LAPIS (PLYWOOD)
Papan lapis diperbuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dipaku bersama-sama untuk membentuk papan. Material ini biasanya dilapisi lagi dengan laminate untuk memberikan kemasan yang lebih rapi dan bersih. Sifatnya yang lebih kukuh dan tahan kelembapan menjadikannya salah satu bahan yang paling mudah untuk diselenggara. Bahan ini juga datang dalam pelbagai warna dan tekstur.
Ads
Bahan Alternatif Untuk Kabinet Dapur:
Selain menggunakan pelbagai jenis kayu, terdapat bahan lain yang juga boleh dipertimbangkan menjadi kabinet dapur:
KONKRIT
Kabinet dapur konkrit kebiasaannya dijumpai di rumah-rumah lama. Ia akan dilapisi jubin bagi mewujudkan satu platform yang amat teguh, kuat dan tahan lama sesuai untuk aktiviti memasak yang berat. Bagi pemilik yang inginkan konsep industrial atau brutalis untuk dapur, konkrit mungkin akan menjadi pilihan yang utama.
ALUMINIUM
Aluminium adalah antara pilihan material popular untuk kabinet dapur. Kabinet dapur aluminium diperbuat daripada aluminium semata-mata tanpa menggunakan sebarang material berasaskan kayu.Banyak kelebihan material aluminium. Kabinet dapur aluminium akan lebih menonjol keindahannya berbanding dengan kabinet dapur kayu biasa atau papan gentian melalui pelbagai rekaan. Kabinet dapur yang diperbuat daripada aluminium bersifat tahan lasak, bebas anai-anai, kalis air dan anti karat.
BESI TAHAN KARAT
Ads
Alternatif lain yang jarang kita dengar di negara ini adalah material besi tahan karat sebagai kabinet dapur melainkan ianya didapur komersial seperti di restoran ataupun hotel. Material ini sangat tahan lama dan mudah untuk dibersihkan tetapi lebih mahal daripada kayu, menjadikannya sesuatu yang jarang dipasang untuk kediaman domestik.
Kabinet merupakan salah satu bahagian yang paling mahal berbanding dengan bahagian yang lain tetapi ia juga merupakan penentu gaya keseluruhan dapur. Maka amat penting untuk memilih material kabinet dengan teliti supaya ia sentiasa kelihatan baik, teratur dan tahan lama.
Dengan pemilihan yang tepat dan bersesuaian dengan bajet, anda boleh melabur lebih untuk bahan yang mempunyai sifat rintangan air dan haba yang baik selain menyediakan pilihan reka bentuk yang sepadan dengan gaya anda.
Cuaca sekarang amat panas dan tidak menentu. Kadangkala waktu malam pun boleh berpeluh. Menurut sumber ramalan cuaca fenomena taufan Lan yang menyebabkan cuaca di Semenanjung Malaysia menjadi panas terik sehingga suhu 34 darjah celsius.
Jadi, untuk menghadapi cuaca panas terik ini, anda boleh cuba ‘trick’ utnuk sejukkan ruang kediaman ini walaupun tanpa penghawa dingin.
1. Letak bantal kecil dalam peti ais
Anda boleh dapatkan jenis pad bantal kecil in di pasaran. Kegunaannya anda hanya perlu isikan air dan letak di dalam peti ais, kemudian keluarkan ia apabila hendak menggunanya. Jika terlalu sejuk, anda boleh balutkan bersama tuala.
2. Letak kipas sebelah tingkap.
Tujuan letakkan kipas berdekatan dengan tingkap adalah untuk mengeluarkan udara panas yang terkumpul di dalam bilik dan menyerap udara segar dari luar masuk ke ruang bilik.
3. Letakkan kain basah pada kaki
Kaedah paling mudah untuk sejukkan diri anda apabila terasa panas di rumah, adalah dengan melekakan kain basah pada kaki anda. Atau anda hanya perlu merendam kaki ke dalam air sejuk dan duduk berehat.
4. Gunakan Pelembab Udara atau ‘Humidifier’
Pelembap udara boleh didapati di mana-mana pusat membeli belah, ia boleh menambahkan kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya. Jadi boleh letak di bilik tidur ataupun di ruang tamu.
5. DIY penghawa dingin
Bekukan air botol semalaman. Apabila panas, ambil dan letak di lantai betul-betul di bawah kipas siling ataupun letak ais tadi dihadapan kipas meja. Buka kan kipas dan anda akan rasa angin kipas sejuk seperti ‘air-cond’. Untuk air botol kekal beku, tabur sedikit garam ke atasnya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sentul Works terletak di kawasan taman Sentul yang diperluas di Sentul West, Kuala Lumpur, Malaysia di mana kompleks rel Federated Malay States Railway (“FMSR”) didirikan pada tahun 1904. Bangunan kolonial yang berusia seabad ini dulu merupakan markas untuk FMSR di bawah pemerintahan Inggeris.
Selama bertahun-tahun, bangunan kolonial ini dengan fasad kolonial batu bata dan konkritnya yang tersendiri menonjol berdiri sebagai fasad berongga di tengah-tengah kanopi pokok-pokok tua taman yang besar sehingga YTL Land Design Group menerajui pemulihannya untuk mewujudkan suasana yang unik untuk sebuah yang serasi penggunaan baru sebagai bangunan pejabat moden.
Maklumat ringkas kepada arkitek adalah untuk memastikan bahawa penyesuaian bangunan tidak menyimpang secara material dari seni bina asal bangunan. Yang “baru” tidak boleh mengatasi yang “lama” seperti idealnya, kedua-dua elemen harus wujud bersama untuk mengekspresikan estetika segar pada usia dan warisan bangunan.
Susun atur asal Sentul Works terdiri daripada 2 ruang utama yang dipisahkan oleh lorong dua tingkat pusat. Sesuai dengan simetri dalaman bangunan, ruang pejabat pelan bebas baru yang diapit di lorong asal kini berfungsi sebagai atrium ditengah dua ruang ini.
Jambatan di tingkat pertama menghubungkan plat lantai pejabat di kedua-dua belah pihak. Sambungan visual terjalin antara penyewa di tingkat bawah dan tingkat pertama dalam persekitaran kerja tanpa kompromi terhadap privasi. Bahagian dalam pejabat dirancang sebagai pelan percuma yang fleksibel, memberikan penyesuaian maksimum kepada penyewa mengikut keperluan kerja mereka.
Lantai kedua dan ketiga yang baru membentuk masa baru yang meningkat dari bentuk kolonial yang megah di pangkalan. Tiang keluli dan struktur balok yang menyokong papak lantai baru yang ditinggikan dengan ringan dari tanah disatukan dengan baik namun berstruktur bebas dari struktur kolonial. Ini, pada masa yang sama, membawa cabaran seni bina untuk mewujudkan hubungan antara lama dan baru. Jisim baru dibuat masuk dari blok kolonial utama di bawah ini sebagai kaedah untuk mengekalkan skala dan kehadiran yang lama.
Ini adalah sedikit sebanyak tentang perincian yang boleh dinyatakan sebalik binaa Sentul Works ini kemasan tingkap dan susunan batu bata merah ini cukup menyempurnakan perwatakan rekaan ini.
Sebilangan balkoni dan tingkap teluk ditambahkan secara strategik ke beberapa bukaan antara grid yang mengunjurkan ke arah bengkel kereta api bersejarah di utara, taman yang subur di sebelah barat, galeri penjualan Tanah YTL di barat daya dan ikon yang melambung tinggi menara The Fennel by YTL Land ke arah timur. Balkoni dan tingkap keluar menimbulkan kejutan dan menyumbang kepada pengabstrakan keseluruhan lapisan atas dengan bahasa formal seni bina kolonial di bawah.
Sejuk mata memandang bangunan yang dikelilingi tumbuhan hijau menutupi kawasan ini membuatkan ia tampak lebih redup dan nyaman sentiasa.
10 Trik Gosok Baju Dengan Mudah Dan Cepat, Anda Boleh Cuba. Menggosok baju bukan lah sesuatu aktiviti yang menarik untuk di lakukan. SIAPA SETUJU?
Namun, ia antara perkara wajib nak-nak jika si suami yang memang pakaiannya baju kemeja dan di tambah lagi dengan baju sekolah anak-anak. Kalau setakat iron sahaja tak apa, ini ada yang jenis cerewet nak line tegak lah, bucu tajam dan sebagainya. Sebab tu, kalau tugas menggosok mak-mak di hujung minggu boleh makana masa lebih satu jam.
Namun dengan trik yang disenaraikan ini, tugas menggosok mak-mak lebih mudah dan cepat. Tak perlulah sampai berjeruk ketiak menggosok baju. Antara yang boleh dipraktikkan adalah;
1. Pastikan setiap kali cucian akhir baju, masukkan pelembut pakaian. Nanti bila nak gosok, pakaian jadi lebih lembut dan mudah
2. Gantung atau hanger terus pakaian yang telah di cuci. Lebih baik, anda jemur dengan menggunakan hanger. Ia mambantu mengurangkan kedutan pada pakaian 3. Letak lapisan aluminium foil di bawah alas papan gosok. Aluminium foil tadi akan memantulkan semula haba yang diterima dari seterika. Ini secara tidak langsung menjadikan ke dua-dua bahagian pakaian anda digosok serentak
4. Jangan gosok secara membulat ia akan merosakkan tekstur fabrik anda. 5. Bila menggosok sesuatu yang bersaiz besar seperti langsir dan alas meja, letak dua biji kerusi di bahagian hadapan iron board anda. Tarik bahagian yang telah siap digosok untuk digantung terus pada kerusi
6. Alas permukaan fabrik anda dengan kain nipis seperti napkin atau kain cotton untuk menggosok fabrik jenis sensitif dan mengelakkan kesan kekuningan selepas di gosok. Hal ini biasa berlaku pada pakaian satin berwarna putih
7. Gosok fabrik jenis tebal seperti baju kemeja di bahagian dalam terlebih dahulu. Kemudian baru bahagian luar.
8. Mulakan menggosok dengan pakaian yang tidak memerlukan haba yang tinggi dan fabrik lembut seperti sutera dan satin. Ia mampu mengelak masalah anda salah suhu ketika menggosok. Jika tidak, pakaian anda mudah terbakar 9. Gosok bahagian kolar, cuffs tangan dan hems terlebih dulu untuk mengelak bahagian tersebut berkedut ketika menggosok bahagian lain
10. Lap atau cuci permukaan seterika anda setiap kalai selesai di gunakan. Ia mampu mengelak wujudnya permukaan hangus atau kekuningan pada seterika yang boleh memberi kesen kepada fabrik anda kelak
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.