List Material Kabinet Dapur, Pilih Yang Tahan Lasak, Bukan Sekadar Cantik Dipandang

Share

List material kabinet dapur, pilih yang tahan lasak, bukan sekadar cantik dipandang. Jika ruangan seperti bilik tidur dan ruang tamu dilihat sebagai kawasan untuk berehat serta bersantai, ruang dapur pula lebih mementingkan produktiviti.

Ruang dapur memerlukan kawasan yang luas untuk melakukan kerja-kerja penyediaan memasak. Di dapur juga perlu ada ruang penstoran yang optimum bagi memastikan dapur sentiasa kelihatan kemas dan rapi.

Ramai pemilik rumah mahukan dapur yang sempurna dan tidak kisah berbelanja lebih untuk dapatkan yang terbaik. Tidak dinafikan, setiap orang mempunyai keinginan dan pilihan masing-masing yang berbeza dari segi stail dan kegunaan tetapi segalanya akan berbalik kepada beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan seperti kos, ketahanan, jangka hayat dan kekemasan.

Sebarang pengubahsuaian rumah perlulah dirancang secara terperinci dahulu. Dapur juga tidak terkecuali malah, kos renovasi dapur adalah antara yang paling tinggi jika ingin dibandingkan dengan ruang kediaman yang lain.

Bagaimanapun apabila melibatkan dapur, sebahagian besar daripada perhatian anda sentiasa akan pergi ke kabinet dapur. Ini kerana kabinet dapur adalah tunjang utama ruang dan kabinet boleh mengambil sehingga 30 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet pengubahsuaian.

Sebagai pengguna yang bijak, sudah tentu anda inginkan sesusatu yang cantik di mata, berkualiti baik dan pada masa yang sama, mesra-poket. Berikut beberapa jenis material yang biasa digunakan dalam pembinaan kabinet dapur serta kebaikan dan keburukan setiap satunya.

PAPAN CHIP (CHIPBOARD)

Merupakan bahan paling berpatutan dan murah kerana diperbuat daripada serpihan kayu yang terikat oleh resin sintetik yang kemudiannya dimampatkan untuk membentuk papan. Permukaan pepejal yang kuat menjadikan chipboard bahan yang susah untuk tercalar, tahan hentakan, dan juga anti-kulat tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan kayu cip membengkak.

PAPAN BLOCK (BLOCK BOARD)

Bahan ini terdiri daripada jalur kayu halus yang disusun sebelah menyebelah, lapisan demi lapisan. Kemudian lapisan nipis melamine digamkan pada bahagian atas dan bawahnya. Berbeza dengan kayu cip yang mempunyai rintangan yang rendah kepada air, papan blok lebih tahan dan boleh digunakan pada kawasan simpanan yang terdedah kepada kelembapan.

KAYU LAPIS (PLYWOOD)

Papan lapis diperbuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dipaku bersama-sama untuk membentuk papan. Material ini biasanya dilapisi lagi dengan laminate untuk memberikan kemasan yang lebih rapi dan bersih. Sifatnya yang lebih kukuh dan tahan kelembapan menjadikannya salah satu bahan yang paling mudah untuk diselenggara. Bahan ini juga datang dalam pelbagai warna dan tekstur.

Bahan Alternatif Untuk Kabinet Dapur:

Selain menggunakan pelbagai jenis kayu, terdapat bahan lain yang juga boleh dipertimbangkan menjadi kabinet dapur:

KONKRIT

Kabinet dapur konkrit kebiasaannya dijumpai di rumah-rumah lama. Ia akan dilapisi jubin bagi mewujudkan satu platform yang amat teguh, kuat dan tahan lama sesuai untuk aktiviti memasak yang berat. Bagi pemilik yang inginkan konsep industrial atau brutalis untuk dapur, konkrit mungkin akan menjadi pilihan yang utama.

ALUMINIUM

Aluminium adalah antara pilihan material popular untuk kabinet dapur. Kabinet dapur aluminium diperbuat daripada aluminium semata-mata tanpa menggunakan sebarang material berasaskan kayu.Banyak kelebihan material aluminium. Kabinet dapur aluminium akan lebih menonjol keindahannya berbanding dengan kabinet dapur kayu biasa atau papan gentian melalui pelbagai rekaan. Kabinet dapur yang diperbuat daripada aluminium bersifat tahan lasak, bebas anai-anai, kalis air dan anti karat.

BESI TAHAN KARAT

Alternatif lain yang jarang kita dengar di negara ini adalah material besi tahan karat sebagai kabinet dapur melainkan ianya didapur komersial seperti di restoran ataupun hotel. Material ini sangat tahan lama dan mudah untuk dibersihkan tetapi lebih mahal daripada kayu, menjadikannya sesuatu yang jarang dipasang untuk kediaman domestik.

Kabinet merupakan salah satu bahagian yang paling mahal berbanding dengan bahagian yang lain tetapi ia juga merupakan penentu gaya keseluruhan dapur. Maka amat penting untuk memilih material kabinet dengan teliti supaya ia sentiasa kelihatan baik, teratur dan tahan lama.

Dengan pemilihan yang tepat dan bersesuaian dengan bajet, anda boleh melabur lebih untuk bahan yang mempunyai sifat rintangan air dan haba yang baik selain menyediakan pilihan reka bentuk yang sepadan dengan gaya anda.

Kredit foto (top image): Pexels

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Bagaimana Pilih Kabinet Dapur Agar Tahan Lama

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

Anda ingin tak memiliki set sofa yang cantik keluaran jenama Ella Furniture?

Jom sertai peraduan rakam video dan menang Ella Furniture. Anda berpeluang untuk memenangi set sofa bernilai RM12,000!

Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Follow akaun tiktok rasmi Impiana dan Ella Furniture sekarang.

Rakamkan video berdurasi 1 minit mengapa anda mahukan set sofa baharu dari Ella Furniture.

Muatnaik rakaman video tersebut di akaun TikTok, Instagram atau Facebook peribadi anda.

Jangan lupa untuk tag Impiana dan Ella Furniture berserta hashtag #EllaXImpiana #EllaXSelebriti

Makesure akaun media sosial peribadi anda disetkan mod public! Sertai sekarang!

 

 

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi