Lagi perkongsian rakan-rakan yang mengambil tempoh PKP yang lalu untuk dekor kediaman. Kali ni dari Leila Janne. Walaupun kediaman yang disewa rumah kayu setinggan, tapi hasil dekor dalam rumah macam apartmen. Leila juga merupakan penjual perabot dan produk dekor moden. Jom belanja gambar dekor rumah kayu setinggan ni
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Idea Cantik Dan Comel Olahan ” Animal Figurines”
Kanak-kanak, antara permainan wajib tidak kire lelaki mahu pun perempuan adalah Animal Figurines. Masa nak membeli si anak-anak ni memang teruja. Lama kelamaan, terbiar dan bersepah. Tambahan anak yang meningkat usia, banyak permaianan yang sudah tidak sesuai dengan usia mereka. Kebanyakkan ibu bapa akan buang sahaja dari bersepah dan menyemak di dalam stor. Tapi, IMPIANA nak bagi cadangan yang lebih bijak dan cantik untuk mak-mak olah semula figura haiwan tersebut menajdi sesuatu yang lebih menarik buat dekorasi kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bawang Telah Dikupas Memerangkap Virus Dan Bakteria, Auta!
Kecoh hari tu, Bila ada pihak yang salah menginterpretasi info bahawa bawang yang telah berkupas disimpan dahulu sebelum digunakan mengundang ancaman kepada kesihatan. Kononya, bawang tersebut akan tercemar dengan bakteria. Ia menjadikan ramai yang cemas nak-nak mak yang suka simpan stok bawang siap kupas dalam peti sejuk. Ye lah, bagi mak-mak yang bekerja, stok bawang siap dikupas sangat membantu dan mempercepatkan kerja memasak. Untuk informasi lebih tepat, Komuniti Sains Bersekutu Membawa Mutu telah menghurai dan menerangkan perkara yang sahih bagi meredakan perasaan cemas awam di dalam Facebooknya Ini Sains Beb. Kita lihat penjelasannya:
Pautan artikel https://www.facebook.com/100000524431513/posts/2367115279982597
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dapur Basah VS Dapur Kering. Yang Manakah Pujaan Hati?
Dekat rumah pun ada dapur basah dan dapur kering ke? Ya betul tu. Di dapur rumah kita, ada bahagian dapur yang basah dan juga kering ya. Tapi apa bezanya dapur basah dan dapur kering? Mari sini saya jelaskan.
DAPUR BASAH
Kebiasaannya, kawasan atau waktu sebegini, di dapur ia dipanggil dapur basah kerana, kita sedang dalam pre-cooking atau erti kata lain, sesi sebelum ingin memasak. Ia di mana, persiapan-persiapan yang perlu dilakukan, seperti, menyiang ikan, membasuh ayam, mencuci segala sayur-sayuran dan lain-lain. Menggoreng makanan yang mengeluarkan bau yang kuat juga dikategorikan dalam dapur basah. Aktiviti-aktiviti di dapur basah semua ini pasti akan berkecah dan berlecak punya sebab banyak menggunakan air. Tambahan lain, sinki, mesin basuh, pinggan/mangkuk, ketuhar dan dapur gas, juga boleh dikategorikan dalam dapur basah kerana kerjanya lebih banyak tenaga kerja iaitu membersih dan mengemas.
Baik, itu adalah apa dimaksudkan dengan dapur basah. Sekarang, kita pergi kepada apa itu dapur kering.
DAPUR KERING
Jika kita bandingkan dapur basah dan kering, ia sangat jauh perbezaanya kerana dapur kering lebih kepada penyediaan makanan yang senang untuk disediakan. Sebagai contoh, aktiviti dapur kering ini macam membuat roti bakar, memotong sayur/buah-buahan, dan juga memanaskan makanan dalam ketuhar. Peralatan yang ada dalam kategori dapur kering pun seperti peti sejuk, pembancuh kopi, dan ketuhar gelombang mikro.
Jadi, sekarang ini, anda sudah tahu kedua-dua beza dapur kering dan dapur basah. Persoalannya, yang mana anda lebih suka bekerja? Di dapur basah ataupun kering?
Sumber: PropertyGuru (https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/apakah-perbezaan-antara-dapur-basah-dan-dapur-kering-35749)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI