Di perairan lautan biru Bahamas, Belize dan lain-lain tempat lagi di seluruh dunia, manusia sudah sedia maklum akan keindahan lautan membiru di simbahi cahaya matahari yang menghasilkan refleksi indah panorama ciptaan Tuhan. Tetapi tahukah anda pelbagai keajaiban boleh ditemui di lautan sebagaimana juga pelbagai ciptaan aneh yang ditemui di daratan. Pernahkah anda dengar tentang Blue Hole iaitu fenomena terjadinya terowong atau lubang yang dalam di lautan? Berbeza dengan dasar lautan, Blue Hole ini kelihatan gelap dan misteri jika ditinjau dari udara. Seolah-olah menggambarkan betapa dalam dan tiada hidupan di bawahnya.
Pintu masuknya berukuran di antara 25 meter kepada 300 meter keseluruhan bukaannya, manakala kegelapan yang terhasil adalah kerana kedalaman terowong tersebut menyerap cahaya. Ini adalah sesuatu yang ganjil kerana ia umpama gua terowong di tengah lautan yang mencecah kedalaman 202 meter ke bawah, iaitu membentuk gua menegak yang panjang. Kedalaman dan kesempitan gua menegak ini juga mengehadkan aliran ekosistem dan pembentukan di dalamnya. Ini adalah kerana pada permukaan lubang biru ini telah terputus oksigen, menjadikannya tidak kondusif untuk apa-apa hidupan yang lebih kompleks daripada bakteria.
Ads
‘Lubang Biru’ ini terbentuk daripada campuran sea stand di zaman ais sebelumnya dan proses hakisan mudah sebagaimana platform pantai. Ia adalah tindak balas kimia yang membolehkan Blue Hole membentuk jauh ke dalam dasar laut, seperti Castalia Blue Hole di Ohio. Satu lagi sebahagian daripada pembentukan Blue Hole adalah halocline, di mana air tawar dan air masin bertemu dalam ‘Blue Hole’ – pada ketika ini reaksi hakisan berlaku dan membentuk lubang yang panjang sejauh 600 meter dalam.
Ads
Ads
Gua yang menegak dan tenggelam ini terdapat di banyak tempat di seluruh dunia dan mampu menjadi daya tarikan beribu-ribu pelancong. Ini adalah kerana manusia begitu sukakan sesuatu yang kelihatan aneh dan misteri tetapi hanya sedikit yang menghargai ciptaan Tuhan ini dan mahu berfikir akan kebesarannya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Zaman sekarang, rumah yang menerapkan ciri-ciri tradisional memang jarang sekali kita dapat lihat. Barang kali, ada juga yang telah lupa akan seni bina tradisional. Bagi anda yang ingin merasai sendiri dan menghayati nilai seni bina tradisional yang semakin ditelan zaman, ini antara lokasi yang patut anda kunjungi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bayangkan percutian anda kali ini hanya di dalam negara yang sudah pastinya anda telah banyak berjimat dalam percutian mewah kali ini. Terletak dalam jarak yang berdekatan dari Singapura dan Kuala Lumpur, keunikan pantai Anantara Desaru Coast Residences yang mewah dan percutian mesra keluarga menonjol di antara villa-villa kediaman di Malaysia.
20 villa yang dilengkapi kolam renang, beberapa unit bilik yang menghadap Laut China Selatan. Pemilik dan penghuni menikmati akses ke Pantai Desaru dan kemudahan lima bintang di Anantara Desaru Coast Resort & Villas.
Terletak di hujung selatan Semenanjung Tanah Melayu dengan akses mudah dari Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain, Anantara Desaru Coast Residences menawarkan gaya hidup pantai yang unik dengan koleksi 20 villa kolam renang peribadi dan empat bilik tidur mewah untuk dijual. Kediaman yang dikendalikan oleh Anantara Desaru Coast Resort & Villas ini dilengkapi dengan kemudahan resort lima bintang, akses ke pantai peribadi dan pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan untuk semua.
Terletak di 17 kilometer di tepi pantai, Desaru Coast adalah destinasi akan datang yang terdiri daripada hotel dan resort terkenal di peringkat antarabangsa, dua padang golf oleh The Els Club Desaru Coast, Adventure Waterpark – salah satu yang terbesar di dunia, serta tempat membeli-belah dan tempat makan.
Pemaju memenangi anugerah kediaman berjenama mewah di Semenanjung Tanah Melayu Minor International dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran pembangunan villa kediaman berjenama Anantara pertama di Malaysia – Anantara Desaru Coast Residences.
“Kami gembira dapat memperkenalkan kemewahan asli Anantara ke semenanjung Malaysia,” kata Micah Tamthai, Naib Presiden Real Estate, Minor International. “Terletak di salah satu daerah yang paling didambakan di negara ini, dan dengan hanya 20 kediaman yang ada, pembangunan ini merupakan penanda aras prestij dan eksklusif.”
“Anantara Desaru Coast Residences menawarkan perpaduan unik dari kemewahan, gaya hidup di tepi pantai dan kemudahan keluarga. Dengan lokasi yang ideal di tengah-tengah Pantai Desaru, kediaman baru adalah tempat percutian tepi pantai yang sempurna untuk keluarga dari Malaysia dan sebagainya, ”tambah Micah.
Dibangunkan oleh Minor International – salah satu syarikat perhotelan, restoran dan gaya hidup terbesar di Asia Pasifik, dan Resort & Hotel Bertema (TAR & H) – anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, Anantara Desaru Coast Residences mempunyai 20 kolam renang peribadi, tiga dan empat bilik tidur villa masing-masing dengan pemandangan Laut China Selatan dan akses terus ke pantai. Villa yang berukuran dari 3,100 hingga 6,426 kaki persegi dan menawarkan ruang tamu dalaman dan luaran dengan cahaya semula jadi dan angin laut melalui tingkap-tingkap besar, ruang makan dan ruang santai terbuka serta kolam renang yang luas. Dikelilingi oleh pepohon yang rimbun untuk menambah nikmat privacy, kamar tidur suite yang luas menawarkan pemandangan kolam renang tanpa batas, pantai dan laut cukup mengujakan.
Kediaman diuruskan dan diservis sepanjang tahun oleh Anantara Desaru Coast Resort & Villas. Pemilik dan penghuni menikmati akses eksklusif, kemudahan lima bintang di resort ini. Ini termasuk pantai peribadi, kolam renang laguna dan kolam infiniti menghadap laut, Anantara Spa, pusat kecergasan, kelab kanak-kanak dan remaja serta pelbagai pilihan tempat makan Malaysia, Thailand dan antarabangsa terdapat di sini.
Potensi pembangunan Desaru Coast yang luas sebagai destinasi mewah, ditambah dengan pengalaman Minor International selama beberapa dekad dalam pengurusan kediaman berjenama, menjadikan Anantara Desaru Coast Residences sebagai peluang pelaburan yang sangat baik. Kediaman ini boleh dibeli dengan harga bermula MYR 7.5 juta.
Untuk maklumat mengenai Anantara Desaru Coast Residences, sila layari: www.anantaradesaru-residences.com. Pertemuan peribadi boleh diatur dengan menghubungi +60 19 241 2296 atau
propertiysales@minor.com.
Sebuah pembangunan yang sedang meningkat nama di selatan, pastinya memberi impak yang cukup memukau bagi yang inginkan sebuah percutian mewah dalam gaya tersendiri. Lihat sahaja tawaran villa yang ada di sini, anda hanya perlu tanya selera apa yang anda inginkan sewaktu percutian kali ini. Jadikan percutian dalam negara ini satu kenangan terindah untuk anda sekeluarga.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kedudukan hotel mewah adalah daripada 6000 kaki dari aras laut ini agak tersorok sedikit kerana untuk tiba ke sini pengunjung perlu melalui jalan khas yang bermula dengan mengambil selekoh ke kiri melalui Jalan ION Delement 1, Genting Highland. Di sepanjang perjalanan sejauh 2KM daripada jalan utama menuju ke lobi pengunjung akan dijamu dengan pemandangan hijau serta fasad hadapan yang megah tersergam indah bagaikan ‘aura mewah aras tinggi’ menyambut kehadiran tetamu hotel yang hadir.
Untuk pengetahuan anda, tidak kira tingkat berapa anda menginap, setiap masa anda akan melihat pemandangan bukit-bukau yang indah, jika ketika itu ianya dalam keadaan cuaca yang baik, tetapi kalau hujan anda hanya dapat melihat pergerakan kabus yang ditiup bayu gunung.
Berada di ketinggian pada atas 6000 kaki dari aras laut, isu utama adalah sejuk. Hotel mewah ini menyediakan kemudahan kolam renang untuk tetamunya terutama kanak-kanak dan tidak ketinggalan orang dewasa. Isu ini diatasi dengan kolam renang air panas. Pengunjung juga boleh manjakan diri di dalam kolam renang air panas dan rasai perbezaannya.
Tambahan lagi, kolam renang air panasnya bukan sahaja kolam renang biasa, ianya kolam renang tertutup tetapi menghadap pemandangan hijau secara terus kepada flora dan fauna yang hidup di aras tinggi mergastua Malaysia. Mandi air panas tambah pemandangan hijau, anda bayangkan sendiri.
Selepas penat berendam dan manjakan diri, pasti perut anda dambakan hidangan yang enak. Jangan gusar, hotel Grand ION D’Element menawarkan 4 jenis ruang makan eksklusif iaitu sebuah restoran yang menampilkan kepelbagaian hidangan tempatan serta antarabangsa yang mana mereka akan pastikan juadah sarapan, makan tengahari dan malam menjadi satu memori indah di Kembali Kitchen.
Penulis ingin menyentuh tetang konsep hiasan dalaman yang disediakan oleh pihak hotel kerana sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam bilik penginapan, penulis tidak menoleh kepada susun atur perabot berikutan terleka dengan balkoninya yang luas serta pemandangan gunung-ganang yang amat memukau pandangan mata.
Hiasan dalamannya nampak simple dan seakan studio hotel yang lain tetapi apa yang membezakannya adalah kemudahan inroom dining yang ditawarkan amat memuaskan penulis. Katilnya yang empuk membuatkan rehat anda lebih bermakna tanpa penggunaan pendingin hawa kerana angin dari luar sudah cukup sejuk dan nyaman.
Apa yang penulis dapat simpulkan adalah, anda tidak perlu turn On remote penghawa dingin dalam bilik hotel, ini kerana ia sudah sedia sejuk. Tidur anda pasti lena tanpa gangguan dan segala keresahan yang melanda bakal hilang buat seketika.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.