Luna Maya, seorang selebriti terkenal dan ikon fesyen Indonesia, sekali lagi mencuri perhatian dengan kediaman barunya yang elegan.
Rumah ini menjadi simbol gaya hidup mewah yang serba moden, dengan lokasi yang strategik menghadap pemandangan lapangan golf yang menenangkan.
Reka Bentuk Moden dan Estetika Minimalis
Kediaman Luna Maya mengangkat konsep moden dengan sentuhan minimalis, mencerminkan personaliti dan cita rasa pemiliknya. Rumah ini menampilkan reka bentuk terbuka yang membolehkan cahaya semula jadi masuk ke dalam setiap ruang. Garis-garis bersih dan bahan premium seperti kayu, kaca, dan konkrit memberikan suasana yang kontemporari tetapi tetap hangat.
Fokus kepada keharmonian antara ruang dalaman dan luaran juga jelas kelihatan. Dinding kaca besar yang menghadap ke lapangan golf bukan sahaja memberikan pandangan yang memukau, tetapi juga mencipta ilusi ruang yang lebih luas dan bebas.
Pemandangan Lapangan Golf yang Eksklusif
Salah satu tarikan utama rumah ini ialah pemandangan indah ke arah lapangan golf eksklusif. Setiap pagi, Luna Maya boleh menikmati suasana segar dan kehijauan landskap yang terhampar luas. Reka bentuk rumah ini memastikan setiap ruang tamu utama, termasuk bilik tidur utama dan ruang keluarga, memanfaatkan keindahan pemandangan ini.
Teras yang luas di bahagian luar menyediakan ruang santai untuk menikmati waktu petang sambil menghirup secawan teh atau kopi. Malah, terdapat juga kolam renang infinity yang menghadap ke lapangan golf, menambah elemen kemewahan kepada kediaman ini.
Ads
Kemudahan Dalaman yang Mewah
Rumah Luna Maya turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden seperti bilik hiburan, gimnasium peribadi, dan dapur konsep terbuka yang serba lengkap. Setiap sudut rumah dirancang dengan teliti untuk memastikan keselesaan dan gaya hidup yang praktikal.
Ads
Ruang tamu utama dihiasi dengan perabot reka bentuk eksklusif yang memancarkan keanggunan. Manakala, bilik tidur utama menampilkan palet warna neutral yang lembut, menjadikannya tempat rehat yang sempurna selepas hari yang sibuk.
Gaya Hidup Selebriti dengan Sentuhan Peribadi
Kediaman baru ini bukan sahaja mencerminkan kemewahan, tetapi juga personaliti Luna Maya yang menghargai keindahan seni bina dan alam semula jadi. Beliau juga memastikan bahawa rumahnya menjadi tempat di mana keluarga dan rakan-rakan dapat berkumpul dan menikmati masa berkualiti bersama.
Ads
Dengan lokasi yang strategik dan reka bentuk yang menawan, kediaman ini benar-benar menjadi lambang gaya hidup mewah yang aspiratif. Luna Maya sekali lagi membuktikan bahawa beliau bukan sahaja seorang selebriti yang berbakat, tetapi juga individu dengan visi yang jelas dalam mencipta ruang yang indah dan bermakna.
Kediaman baru ini tidak diragukan lagi akan menjadi inspirasi kepada ramai, terutama bagi mereka yang mencari gabungan sempurna antara kemodenan dan ketenangan alam.
Pasangan ini telah jatuh cinta pandang pertama kepapada apartmen ini kerana mereka sudah dapat bayangkan pelbagai idea menarik untuk mendekorasi kediaman yang bakal mereka sewa.
Keadaan asal apartmen yang kusam dan bosan tidak mengahalang pasangan dari Vietnam ini untuk terus bersetuju untuk menyewa dan mula mendekorasi rumah pertama bersama.
Dimulai dengan mengecat baru seluruh kediaman, ternyata ianya langkah yang bijak kerana dengan serta merta ruang kelihat lebih terang dan lapang. Dengan lantai kayu dan pencahayaan semula jadi dari luar, menjadikan apartmen 300 sqm ini lebih menarik.
Lihat perubahan drastik yang telah dilakukan pasangan ini terhadap rumah yang pada mulanya hambar, menjadi lebih cantik dnegan konsep yang lebih moden.
Berkat kecekalan dan minat yang mendalam seorang suri rumah sepenuh masa, pemilik rumah teres satu tingkat di Johor Bahru yang sudah didiami selama 8 tahun ini telah berubah wajah menjadi lebih moden dan nyaman. Minat yang timbul setelah berhenti kerja serta usaha yang berterusan bagi mendapatkan barangan yang diingini membuatkan segalanya lebih lancar dan seronok. Menurut Puan Nor Azila, hampir 90% kerja-kerja pengubahsuaian ini telah dilakukannya sendiri. Bermula dengan menjual kesemua perabot lama yang terdapat di rumah, beliau kemudiannya mula mengecat dan memasang sendiri perabot-perabot baru dalam masa satu hari sahaja. Ini barulah namanya girl power! Hanya untuk proses drilling dan wiring sahaja Puan Nor Azila meminta pertolongan daripada abang iparnya.
Dengan modal keseluruhan RM18k, ibu kepada dua anak comel ini telah mengubah suai dua ruang kegemaran beliau iaitu halaman rumah dan ruang tamu dengan perabot dan perhiasan ringkas dan moden. Keluasan 20 x 60 yang agak terhad tidak menghalang beliau untuk terus bermain dengan kreativiti bagi mendapatkan hasil yang memuaskan hati. Barangan dari IKEA dan SSF telah menjadi pilihan kerana mudah didapati di samping harga yang berpatutan. Bagi Puan Nor Azila, pemilihan warna cat, karpet serta langsir perlu dilakukan dengan teliti agar mudah untuk dipadankan dengan apa juga jenis aksesori dan perhiasan.
Mari IMPIANA bawakan anda menyusuri transformasi rumah kecil yang indah ini. Semoga semuanya mendapat manfaat dan ilham hasil drai perkongsian ini. Selamat menghias!
+ LAMAN : SEBELUM
+ LAMAN : SELEPAS
+ RUANG TAMU
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sudah banyak kita lihat idea pemasangan wainscoating di dalam dekorasi rumah. Ianya tidak terhad dalam apa jenis rumah, asalkan ianya menepati kesesuaian warna dan konsep kerana ada tema dekor yang tidak sesuai untuk dipadankan dengan wainscoating.
Oleh itu, IMPIANA ingin memberi pencerahan secara lebih mendalam bagaimana anda boleh tatarias dinding utama di rumah anda dengan wainscoating tetapi adalah lebih molek untuk kita ketahui serba sedikit apa itu wainscoating dari mana ianya datang dan mengapa teknik ini tidak lapuk ditelan zaman dan tidak lekang dek masa.
Sejarah ringkas
Secara amnya, wainscoating sudah lama digunakan dalam hiasan dalaman rumah sejak dari Kurun Ke 18 lagi. Ianya banyak diaplikasikan di negara Eropah seperti England, German, Perancis dan beberapa lagi negara di Eropah. Penataan seperti ini boleh didapati di istana pemerintah, rumah pentadbiran kerajaan dan sukar untuk ditemui di rumah golongan pertengahan pada masa itu. Pada hari ini, teknik panel dinding ini banyak digunakan di mana sahaja, tidak kira rumah mewah atau rumah golongan berpendapatan sederhana kerana konsepnya sentiasa hijau dan tidak nampak lapuk.
Lokasi strategik Wainscoat
Selalunya pemilik rumah dan pereka dalaman akan meletakkan panel dinding ini di dinding utama kediaman yang mana ianya berfungsi sebagai fokal point dan menaikkan seri ruang terutamanya di ruang tamu, laluan menuju ke bilik dan juga di bilik air (menggunakan jubin, bukan kayu).
Selain daripada mencantikkan dinding ianya juga turut berperanan sebagai pelindung kepada warna cat setelah anda menyusun sofa ataupun meja yang boleh merosakkan warna cat asal. Ini kerana selalunya wainscoat akan diletakkan separuh daripada ketinggian badan manusia iaitu dari bahagian pinggang ke bawah, tetapi ini tidak bermakna tiada pemasangan dibuat pada keseluruhan dinding cuma ianya jarang dilakukan.
Kesesuaian tema
Idea pemasangan wainscoating tidak berapa sesuai jika anda memilih tema kediaman scandinavia, ini kerana ianya menggunakan material serta perabot yang terhad dan menjimatkan penggunaan ruang. Tonanya pula lebih kepada warna yang menjemput kehadiran cahaya semulajadi secara maksima. Idea ini memerlukan anda untuk menambah beberapa hiasan di dinding seperti frame gambar untuk menaikkan serinya dan beberapa lagi aksesori tambahan dan Ya, konsep skandinavia kurang sesuai untuk wainscoating kerana skandinavia lebih bersifat minimalis.
Tetapi jika anda gemarkan konsep modern english, pemasangan wainscoating amat ideal, ini kerana dari sudut sejarahnya sudah menunjukkan walaupun tradisional, di zaman moden juga sesuai untuk dipadankan dengan dinding sama ada berona gelap atau terang. Cadangan kombinasi warna yang sesuai adalah hitam putih, biru putih, coklat gelap dan kuning terang.
Akhir sekali, walaupun teknik ini sudah lama digunakan, tetapi ianya tidak pernah lapuk atau obsolete kerana ia berupaya untuk membuatkan dinding yang rata dan biasa nampak lebih elegan berbanding yang asal dan polos, dan penulis yakin, 30 tahun akan datang pun ianya masih lagi sesuai untuk digunakan.
Berikut adalah beberapa cadangan idea pemasangan wainscoating yang anda boleh suaipadankan dengan hiasan di rumah anda, selamat mencuba!!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.