Kepelbagaian tone warna dalam sebuah ruang menjadikan suasana tampil mewah.
Rona biru yang cukup menawan dengan padanan perabot serta aksesori dempak menjadikan tata hias ini cukup lantang. Biar pun tampil harmoni tetapi ia tidak menenggelamkan visual.
Pun begitu, suai padan antara aksesori dan teknik foto yang menyerlahkan perbezaan jarak dan ruang juga menjadikan cover ini puas dipandang. Bentuk dan perincian yang mewah juga antara lain mengapa ia tampil hebat dan eksklusif. Ilham segar bagi tuan rumah yang mahukan gaya mewah tetapi masih mengekalkan idea ringkas.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bawang Merah Kundasang Berjaya Tuai Hasil Hampir 10 Tan Untuk Pasaran Tempatan
Isi Kandungan
ToggleLazimnya, Malaysia bergantung kepada sumber bawang import untuk pasaran tempatan. Namun demikian, usaha petani dari Ranau, Sabah mengusahakan penanaman bawang merah di tanah tinggi untuk pengeluaran tempatan wajar dipuji.
Ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada bawang import, sekaligus dapat menjimatkan dan menjana pendapatan buat petani tempatan.
Biarpun percubaan menanam bawang merah pada awalnya tidak menjadi namun itu tidak mematahkan semangat seorang petani separa moden membuat cubaan kali ketiga sebelum berjaya menuai hasilnya dalam tempoh selepas tiga bulan.
Kini, tanaman bawang merah yang dihasilkan Sharizal Denci, 42, di tanah tinggi Kundasang seluas empat hektar itu mampu mengeluarkan hasil sehingga hampir 10 tan bawang merah untuk pasaran tempatan di Sabah.
Idea Tanam Bawang Merah
Menurut petani muda ini, idea menanam bawang merah itu datang daripada salah seorang pekerjanya yang mengatakan kenapa tidak mereka menceburi tanaman yang sangat diperlukan di negara ini.
“Pekerja saya kata, bawang mungkin sesuai di kawasan pedalaman seperti di Kundasang dan mungkin ia lebih tahan. Selepas itu, saya mula mencari maklumat mengenai tanaman bawang merah dan membuat kajian di mana industri bawang ini nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM1.5 bilion, kebanyakan bawang yang diperlukan kita import.
“Lepas itu kita nampak peluang kepada usahawan tempatan untuk memasuki pasaran ini dan kalau kita boleh menguasai satu peratus pasaran di mana anggaran hasil yang boleh dicapai adalah sebanyak RM15 juta,” katanya di ladang tanaman bawang merah di Kampung Tanah Merah, Mesilau, di sini, pada Sabtu.
Kaedah Penanaman Bawang Merah
Bekas jurutera perisian itu berkata lagi, selepas melihat peluang dalam industri bawang dia cuba mendapatkan penerangan daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berkaitan kaedah penanaman bawang merah tersebut.
“Kita pergi jumpa Mardi dan kebetulan saya nampak mereka ada buat tanaman bawang di Serdang jadi saya terinspirasi dengan tanaman mereka yang menjadi.
“Saya dapatkan garis panduan daripada pengusaha bawang di sana untuk dibuat di ladang saya. Saya bawa benih bawang mereka ke sini dan kita tanam. Pada awalnya memang tidak berapa menjadi lepas itu saya cuba lagi kali ketiga barulah menjadi.
“Selepas melihat apa masalah dan kesilapan barulah kita tahu tanaman ini memerlukan struktur tanah yang tidak boleh air bertakung, jadi itu antara cabarannya,” katanya.
Tanam Skala Besar 4 Hektar
Sharizal berkata, melihat kepada keberhasilannya dia mulai berani membuat penanaman bawang merah secara berskala besar dengan melibatkan empat hektar tanah di kawasan tanah tinggi tersebut.
“Sebab bila kita nampak peluang yang ada, kita tambah perluaskan tanaman dan kita pun ada pasaran pergi ke pasar raya di sekitar Sabah untuk dibekalkan bawang merah tempatan ini.
“Sekitar Jun lalu saya sudah nampak hasilnya, cuma memerlukan masa sehingga 90 hari untuk dituai kerana di Kundasang ini mengambil masa yang lama sikit untuk penuaian disebabkan kawasannya yang sejuk.
“Kawasan sejuk menyebabkan percambahan bawang agak lambat sedikit tetapi kualitinya lebih bagus di mana kulitnya lebih tebal, dan berjus malah bawang yang ditanam di Kundasang ini lebih wangi.
“Untuk di kawasan panas, kitarannya dalam 60 ke 70 hari sudah boleh habis tetapi ia cepat bercambah, namun ia tidak sebesar seperti yang ada di sini,” katanya.
Fokus Pengeluaran Bawang Tempatan
Ditanya jika ada cadangan untuk menjenamakan bawang yang ditanam di Kundasang, beliau berkata, setakat ini belum ada perancangan ke arah itu kerana mereka lebih fokus kepada pengeluaran bawang tempatan tersebut.
“Kita sekarang fokus kepada pengeluaran, sebab bila kita bagi jenama akan ada permintaan dan dibimbangi kita tidak dapat menyediakan akhirnya pengeluaran pun berhadapan masalah.
“Jadi kita akan fokus kepada perkukuhkan pengeluaran dan sudahpun berbincang dengan pasar raya tempatan untuk membekalkan bawang ini, kebetulan untuk sayur-sayuran lain pun kita memang sudah masuk pasaran,” katanya.
Sehubungan itu, Syarizal yang sudah lebih 10 tahun berada dalam industri pertanian menganggap industri bawang merah sebagai peluang baharu untuk usahawan pertanian di tanah tinggi dan kawasan lain di negeri ini.
“Kami juga berniat untuk memperluaskan lagi tanaman ini ke kawasan lain dan fokus ke arah tanaman yang bersesuaian di tanah tinggi untuk tanaman lain seperti kobis dan sebagainya.
“Macam bawang ini dia boleh juga di kawasan panas jadi mungkin boleh diperluas ke kawasan lain,” katanya.
Mesti Baca: Tanam BAWANG PUTIH Pilih Jenis ‘Softneck’, Letak Menegak Sebelum Kambus!
Baca Lagi Di Sini: Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!
Artikel Menarik: Pokok Diserang Bena Musim Hujan, Rawat Dengan Air Rebusan Cengkih
IMPIANA: Terbaik usaha tanam bawang merah ini untuk pengeluaran bawang tempatan. Dapat mengurangkan kebergantungan kepada bawang import, sekaligus dapat menjimatkan dan menjana pendapatan buat petani tempatan.
Sumber: Sinar Harian
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kolaborasi Bersama Royal Selangor Dan Wei Chun bawakan Home Styling Tips 2018
Terkenal dengan reka bentuk dan ketukangan inovatif, Royal Selangor sekali lagi menawarkan pelbagai aksesori meja dan rumah. Lebih istimewa untuk tahun baru 2018, Royal Selangor telah bekerjasama dengan Cheah Wei Chun, pengasas perundingan CLANHOUSE, untuk projek memperkenalkan idea dan tip gaya rumah untuk tahun 2018 menggunakan pelbagai produk Royal Royal.
Setelah berada dalam industri reka bentuk selama lebih dari 25 tahun, perunding kreatif Cheah Wei Chun kerap menghasilkan imej dan kandungan untuk pelbagai jenama, selebriti dan penerbitan. Portfolionya termasuk seperti Chanel, Louis Vuitton, Moet Chandon dan Burberry. Seorang rakyat Malaysia yang kini berpusat di Singapura, Wei Chun juga menerima pelbagai anugerah daripada Anugerah Reka Bentuk Antarabangsa IDA, Anugerah Reka Bentuk Amerika dan Anugerah Rekaan Singapura.
“Saya telah bekerja dengan Royal Selangor selama bertahun-tahun, dari mereka bentuk kempen iklan mereka kepada risalah produk, jadi saya agak akrab dengan bukan hanya produk tetapi juga kedudukan dan arah jenama. Apabila Royal Selangor mendekati saya untuk projek ini, saya teruja melihat bagaimana saya dapat mengkaji beberapa produk mereka untuk mewujudkan beberapa idea rumah yang menarik dengan twist moden, kontemporari, “kata Wei Chun.
Menggunakan campuran koleksi klasik Royal Royal seperti The Imperial dan Erik Magnussen bersama beberapa koleksi terbaru mereka termasuk Streamline dan Blestings Celestial, Wei Chun telah mengumpulkan senarai idea yang sesuai untuk pelbagai tetapan dan gaya rumah.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tidak Langsung Menggunakan Khidmat Pereka Hiasan Dalaman, Lan Solo & Isteri Dekorasi Rumah Mengikut Citarasa Sendiri
Menerusi episod kedua Ilham Impiana Inspirasi Selebriti kali ini secara eksklusif kami persembahkan ‘House Tour’ di kediaman milik penyanyi popular Lan Solo.
Ketika sesi temu ramah bersama Lan atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof dan isteri, pasangan ini telah memaklumkan mahligai indah ini dibina hasil titik peluh daripada wang simpanan yang sudah lebih 13 tahun menabung.
Dalam pada itu, pasangan ini juga memberitahu proses pembinaan kediaman baharu mereka ini telah memakan tempoh masa selama lima tahun untuk siap sepenuhnya sehingga boleh didiami.
Apabila diajukan soalan mengenai pemilihan konsep serta tema rekaan hiasan dalaman rumah oleh hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Lan dan juga isteri memaklumkan bahawa mereka tidak memiliki sebarang konsep mahupun tema rekaan hiasan dalaman rumah.
Katanya lagi, kesemua idea konsep dan pemilihan perabot hiasan dalaman rumah adalah seratus peratus mengikut selera dan citarasa yang tersendiri. Malah, pasangan ini juga tidak menggunakan atau mendapatkan khidmat nasihat pakar rekaan hiasan dalaman rumah bagi kediaman terbaharu mereka ini.
Lihatlah hasilnya seperti yang tertera pada gambar di bawah sememangnya amat menakjubkan dan ternyata kediaman yang direka dengan dekorasi hiasan dalaman mengikut citarasa sendiri ini juga boleh membuatkan ruang dalaman rumah tampak cantik serta indah kan?
Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Lan Solo? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Bertemakan Konsep Moden Tropikal Bali, Langsir Rumah Ain Edruce Mencecah Nilai RM20,000!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI