
Isi Kandungan
ToggleBunga kertas adalah antara tanaman berbunga yang paling mudah dipelihara. Namun bagi peminat bunga kertas, saat pokok menghasilkan bunga yang padat, padu, lebat dan merimbuan adalah yang paling menyeronokkan. Ada tu, bunga lebih banyak dari daun. Pokok bunga kertas sesuai di tanam terus di atas tanah atau di dalam pasu. Tapi, ramai yang merungut bunga kertas berpasu yang ditanam kedekut berbunga. Betul ke?
Betul lah tu. Ia disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya adalah baja yang tidak mencukupi. Tapi ada pula yang kata baja dah cukup, dah ikut jadual betul tapi tetap tak berbunga. Itu berakna, teknik pembajaanya pula lah yang tak tepat.
Pakar bunga kertas, En. Mahadir Hj Han berkongsi teknik betul pembajaan bunga kertas yang ditanam dalam pasu
Baca juga: Bunga Kertas Lebat Dengan 1 Senduk Bahan Dapur Ini
Cara Saya lakukan Pembajaan bunga kertas berpasu
- Basahkan keseluruhan Tanah.. Bagi melimpah Dan lebih bagus Kita dapat lihat air keluar dari lubang pasu.
- Biarkan 30 minit (Time ni Kita tengok ada air bertakung atau tidak.) Kalau ada ni benda yang tidak bagus.. (Gunakan kaedah yg Saya share sebelum ni. ‘2 perkara yg berbeza’.
- Selepas 30 minit, gemburkan tanah keseluruhan. Bermula dari tepi pasu sampai pangkal pokok. Mesti Ada yang Tanya..akar terputus Tak ada masalah ke..
Ini yg Saya lakukan.
*. Putuskan akar halus kerana Kita dapat had kan Pertumbuhan akar yang terlalu banyak. Gunakan gunting untuk tujuan gembur kerana ia lebih tajam.
* Penerimaan baja untuk akar lebih berkesan.
*. Kebiasaan pokok yang ditanam dalam pasu, perkembangan akar lebih cepat.
4. Tabukan baja.. (siram sekali lagi bagi tujuan basahkan baja yang baru Kita letak. JANGAN BANYAK AIR.
5. Hari berikutnya, siram jika perlu atau siram jika lihat permukaan tanah Kering ATAU siram setiap Hari tetapi basahkan sedikit sahaja bahagian atas.
HASIL BERJAYA SEKIRANYA KITA DAPATI POKOK NPK SEDIKIT LAYU..
P/S: jangan ada rumput dalam pasu Bunga Kertas..
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pokok Mudah Hidup Yang Sesuai Ditanam Sebagai Pokok Pagaran

Ini 10 Jenis Pokok Mudah Hidup Yang Sesuai Ditanam Sebagai Pagaran
SPESIES SESUAI MUDAH TANAM
Anda boleh memilih untuk menanam tanaman pagaran yang rendah atau yang tinggi bergantung kepada keperluan peribadi anda. Namun secara prinsipnya, tidak semua perkarangan kediaman kita perlu ditonton oleh jiran kerana ada kalanya kita dan mereka memerlukan sedikit privasi.
Terdapat pelbagai spesies pokok renek berbunga pelbagai ketinggian yang menarik sesuai untuk dijadikan pokok pagaran. Namun, pemilihan warna, saiz dan bentuk bunga pokok renek adalah subjektif dan peribadi. Terpulang kepada cita rasa dan keinginan masing-masing. Berikut disenaraikan 10 spesies pokok renek berbunga yang sesuai dijadikan pokok pagaran.
- Bougainvillea (Bunga Kertas)
Pokok bunga kertas atau bougainvillea mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. Bunganya nipis kelihatan seperti kertas cukup mempesonakan, melambai seakan sehelai kertas tiap kali dihembus bayu. Ia boleh tumbuh sehingga 3 meter tinggi.
Bunga kertas sering kali digunakan sebagai pokok pagaran. Struktur daunnya yang lebat dapat membentuk hadangan pandangan dari luar laman. Batang pokok bunga ini agak keras, berduri dan bercabang-cabang. Bukan sahaja kerana warna dan rupa bentuknya yang sungguh asyik mata memandang tetapi sifatnya cukup senang dijaga membuatkan bunga kertas begitu popular di segenap kawasan dari kota metropolis sehinggalah ke pedalaman desa.
Bunga kertas mudah untuk dibiakkan iaitu melalui keratan batang yang boleh disemai di dalam beg plastik ataupun pasu. Ia memerlukan cahaya matahari penuh. Elakkan persekitaran yang lembap. Pengudaraan persekitaran yang tidak baik akan menyebabkan penyakit yang disebabkan oleh kulat dan bakteria.
- Ixora (Siantan)
Ixora atau bunga Siantan, juga dikenali sebagai Jejarum. Nama Jejarum diberikan kerana rupa bunga berkenaan sebelum berkembang seakan jarum peniti.
Ixora adalah tumbuhan dalam keluarga Rubiaceae, mempunyai bunga kecil yang mekar segugus antara 2 hingga 9 sentimeter yang biasanya menjadi tanaman hiasan renek dan sederhana, amat sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran dan pemisah sempadan.
Tumbuhan ini biasanya boleh membesar sehingga tiga meter dan bunganya boleh didapati dalam pelbagai warna mengikut spesies pokok dari putih, merah, jingga hingga kekuningan.
- Hibiscus rosa sinensis (Bunga raya)
Bunga raya, Hibiscus rosa sinensis merupakan bunga kebangsaan kita. Justeru, menanam ratu tumbuhan tropika ini di halaman kediaman kita akan menyerlahkan sifat kebanggaan serta kecintaan kepada negara.
Bunga raya adalah sejenis spesies pokok renek berbunga sama ada merah, merah jambu, putih, kuning atau jingga, berbentuk rimbun menegak dan mempunyai tekstur sederhana kasar. Kebiasaannya, ketinggian pokok bunga raya ialah antara dua hingga tiga meter. Berikutan kecantikan dan keunikan bunganya, dikategorikan sebagai tumbuhan renek tahan lasak dan malar hijau, ia kerap dijadikan pokok pagaran yang popular.
- Jasminum sambac (Melur)
Bunga Melur juga dikenali Bunga Melati atau nama saintifiknya Jasminum sambac terdiri dari pelbagai variasi. Spesies yang paling biasa ditemui adalah tiga jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orleane dan star jasmine.
Melur termasuk tanaman perdu yang batangnya berkayu. Warna bunganya putih dan berbentuk bintang dan berbau wangi. Spesies dengan ketinggian 1.5 meter ini mempunyai daun-daun kecil yang banyak dengan rimbunan bunga mengikut susunan kelopak-kelopak kecil. Kerana keharuman bunganya dan mekar sepanjang tahun, spesies ini mendapat tempat istimewa dalam kebanyakan kaum di Malaysia. Ia menjadi elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan.
Tanah yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang yang matang atau kaedah tut. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya. Ia juga memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk tumbesaran dan berbunga.
- Gardenia augusta (Bunga Cina/Melur Cina)Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.
Spesies ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 hingga 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkan pertumbuhan akar.
- Michelia pumila (Cempaka telur)
Cempaka telur atau nama saintifiknya Michelia Pumila. Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya pada waktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 1 hingga 2 meter. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga.
- Melastoma malabathricum (Senduduk)
Pokok senduduk atau nama saintifiknya Melastoma malabathricum merupakan pokok renek yang biasa dijumpai di dalam belukar dan semak yang tidak terlalu tebal. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 meter. Namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 meter. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang, daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini. Bunganya cantik dan mempunyai lima kelopak dengan stamen berwarna kuning di tengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih.
Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa Greek. Buahnya menjadi makanan kegemaran burung. Selain ditanam untuk tujuan perubatan ia juga boleh menjadi tanaman pagaran yang baik.
- Gardenia jasminoides (Kembang cina)
Gardenia jasminoides atau pokok bunga kembang cina merupakan spesies renek berkayu yang mempunyai ketinggian 2 meter. Daunnya berwarna hijau, berbentuk bulat, ringkas dan terletak dalam susunan berhadapan. Bunganya pula berwarna putih dan berbau wangi. Manakala buahnya berwarna oren dan berbentuk oval dengan ukuran panjang 1.5 inci. Kerana keharuman, bunga ini mempunyai nilai komersil untuk dibuat minyak wangi.
- Tabernaemontana coronaria (Susun Kelapa)
Tabernaemonta coronaria atau pokok susun kelapa merupakan tumbuhan herba renek dengan ketinggian di antara 1 hingga 1.5 meter. Daunnya hijau berkilat dan mempunyai bunga berwarna putih dan berbau harum dengan kelopak bersusun dan agak besar. Daunnya akan mengeluarkan sedikit getah putih jika dipatahkan. Spesies ini boleh dibiakkan melalui kaedah keratan batang atau biji benih.
- Mussaenda erytrophylla (Pokok Janda kaya)
Pokok janda kaya atau nama botaninya Mussaenda erytrophylla merupakan sejenis pokok renek yang mempunyai kanopi daun yang merimbun dan lebat. Kebiasaannya pokok ini mempunyai dua jenis variasi bunga berbentuk seperti bintang iaitu bunga yang berwarna merah dan yang berwarna putih.
Spesies yang dikatakan berasal dari Filipina dan Ghana ini boleh tumbuh di antara 1.5 hingga 2 meter tinggi dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau tut. Ia sesuai ditanam di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh dan bersaliran baik.
Penghargaan/Penulis: Lar. Masri Ismail
BACA: Sebalik Pokok Selasih Dandi, Apa Khasiatnya
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jambatan Terapung Menjadi Peranan Penting Yang Ramai Tak Tahu

Jambatan Terapung memainkan peranan penting dalam pembentukan kolektif Aqua Alta, yang telah menjadi kajian oleh Arkitek Colectivo Aqua Alta.
Banjir kerap berlaku di Sungai Paraguay, tetapi pada bulan Julai 2014 dan Disember 2015, ketinggian sungai masing-masing mencapai 7,38 m dan 7,73 m (ketinggian sungai tertinggi dalam sejarah adalah 9,00 m dan paras banjir kritikal adalah 5,50 m), lebih dari 4 meter di atas tahap di mana banyak orang tinggal di sepanjang tebing Sungai Paraguay. Majoriti mangsa ini berada di bandar Asunción dan sekitarnya.
Kini, pemasangan di MUSA – Museu da Amazonia (Muzium Amazon) di Manaus mengembalikan kerja yang dilakukan pada tahun 2014 dan 2015 sebagai cogan kata. Walaupun bandar terapung di Manaus memainkan peranan penting dalam budaya dan ekonomi dalam kehidupan bandar sejak kebelakangan ini, kita secara beransur-ansur menjauhkan diri dari ciri khas kota Amazon ini kerana penduduknya semakin jauh ke hutan.
Pada tahun 2021, sungai Rio Negro mencapai ketinggian 30.02m, yang merupakan banjir tertinggi yang pernah dicatat dalam sejarah Manaus. Fenomena ini berlaku berulang kali dan lebih intensif di bandar-bandar lain di Amazon dan mendorong kita untuk mencari penyelesaian teknologi untuk mengurangkan kemungkinan kesan negatif. Sebagai arkitek, bagaimana kita dapat memberi sumbangan agar kota-kota Amazon tidak menjadi mangsa industri banjir dan dapat menampilkan seni bina yang bertindak balas terhadap sifat perairan bermusim? Jambatan itu, yang dibina dengan sisa dari Kawasan Industri Manaus, adalah karya seni dan manifesto.
Pada mulanya, karya seni fungsionalis ini berbeza dengan pemandangan semula jadi tasik yang indah, tetapi kemudian, pada peringkat kedua pemasangan, ia akan berinteraksi dengan aliran tercemar di tengah Hutan Simpan Adolpho Ducke.
Masih percaya pada jambatan, tetapi kami juga percaya bahawa masalah struktur masyarakat, dan negara, dapat diatasi dengan projek-projek yang menampilkan penyelesaian konkrit dan tahan lama. Kami percaya bahawa kerana kekurangan infrastruktur asas, arkitek dan profesional lain mesti terlibat dan terlibat dalam amalan yang lebih berkesan dengan bekerjasama, dan bekerjasama dengan seluruh komuniti, untuk membuktikan bahawa walaupun kekurangan sumber kewangan, adalah mungkin untuk melaksanakan projek itu nampak mustahil.
Kumpulan NAMA (Núcleo Arquitetura Moderna na Amazônia) mempersembahkan “Floating Bridges” di MUSA dan menawarkan pengunjung refleksi mengenai keperluan untuk terus meneliti seni bina terapung di Amazon dan juga untuk mengurangkan perbelanjaan awam dalam keadaan darurat – yang berlaku secara berkala kerana banjir bermusim di sungai ini.
Kredit: Colectivo Aqua Alta
Lokasi: Manaus, Brazil
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ulam Raja Miliki Khasiat Yang Luar Biasa

Perkongsian Dr. Hamid Arshat di laman sosial memaparkan rumahnya dipenuhi dengan ulam raja mendapat respon yang tinggi [klik sini untuk artikel penuh] Ulam raja yang mudah tumbuh liar mempunyai banyak khasiat. Pokok Ulam Raja atau nama botanikalnya Cosmos caudatus merupakan tumbuhan herba tropika yang berasal dari Amerika Latin. Tumbuhan ini dikatakan tumbuh meliar dan mudah di dapati di Florida, Amerika Syarikat dan di Malaysia serta lain-lain negara Asean.
Pokok ulam raja adalah sejenis spesies berbunga. Kebiasaan nya, ulam raja yang mempunyai bunga berwarna ungu atau pink dijadikan sebagai ulam. Namun terdapat pokok ulam raja yang berbunga kuning tetapi jarang dimakan sebagai ulam.
Berdasarkan kajian, ulam raja mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Herba ini adalah herba semusim yang boleh mencapai ketinggian hampir 2 meter. Dan mudah dibiakkan dari biji benih. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.
Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh di halaman rumah atau di dalam pasu bunga. Kaedah penjagaan yang mudah dan tidak memerlukan air yang banyak menyebabkan tanaman ini mudah untuk dibiakkan mahupun membiak sendiri dengan cepat. Ianya sesuai dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian terutamanya bagi mereka yang tinggal di apartment kerana ia amat sesuai ditanam di dalam pasu.
Daun ulam raja telah digunakan secara tradisi sejak ratusan tahun lampau untuk memperbaiki peredaran dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mengandungi lebih dua puluh jenis bahan antioksida yang telah dikenal pasti. Keupayaan antioksidanya sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.
Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, Penangkapan (+)- serta asid kripto-klorogenik. Ulam raja berkeupayaan untuk mengurangkan tekanan oksidatif yang berkemungkinan kerana sebahagia nya terdiri daripada kandungan antioksida yang tingg
Artikel berikut: 5 Jenis Tanaman Luar Yang Sesuai Dijadikan Sebagai Pokok Hiasan Dalam Rumah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI