Se

Sebagi ketua isi rumah, sudah pasti salah satu target untuk anda lakukan adah dengan mengurangkan penggunaan elektrik atau menggunakan elektrik secara cekap di rumah. Ia salah satu cara untuk anda mengurangkan kos bulanan yang perlu di bayar setiap bulan. Betul tak?

Tapi, peralatan atau apakah yang menyumbang penggunaan elektrik paling tinggi dalam rumah?

Untuk rakyat Malaysia, kebiasaanya ia berpunca daripada penggunaan air-cond. Hal ini bertambah kritikal ketika iklim atau musim panas melanda. Meamng dari siang ke malam je lah air-cond dipasang

Jadi, macam mana nak jimatkan penggunaan elektrik ketika menggunaakn air-cond?

Ads

Apa kata, anda cuba 6 tip penggunaan air-cond yang dicadangkan oleh TNB ni

TNB ada 6 tip untuk jimatkan bil jika menggunakan aircond

Enam (6) tips jimat penggunaan elektrik aircond :
1. Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.
2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.
3. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.
4. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.
5. Beli unit penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi. (Tinjauan kami mendapati ramai mengesyorkan jenis inverter)
6. Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

Ads

Selain itu juga, anda perlu memastikan horsepower (HP) air-cond yang digunakan bersesuaian dengan saiz sesuatu ruang

Perlu faham, asasnya adalah lebih besar luar, lebih tinggi kapasiti untuk menyejukan sesuatu ruang diperlukan.

Ads

Selain itu juga, faktor pengamatan sinaran matahri dan sushu panas yang diterima oleh sesebuah bilik atau ruang sepanjang ahri juga perlu diambil kira.

Pemilik akauan Tweeter Ijad berkongsi cara betul menentukan jumlah atau size tepat horsepower air-cond yang diperlukan oleh sesuatu bilik atau ruang supaya lebih efisyenMacam Ni cara Kira Size Horsepower Air-Cond Yang Sesuai Dengan Ruang

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI