Sedapnya dapat minum Nescafe ais berbuka ni. Tapi, kenapa nescafe yang kita bancuh sendiri tak sedap macam dekat kedai ye? Adakah mereka menggunakan susu atau nescafe yang mahal?
yang merupakan bekas pekerja Starbuck berkongsi cara bancuh Nescafe sedap di group Facebook Masak Apa Hari NiSaya tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit2, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera saya.
Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!
Tapi nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Ini resepi bancuhan untuk seorang minum.
Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya.. Mintak maaf ya, kite paling tak suka 3 in 1 tu…kite menci 3in1 Kepada penagih sekalian alam….Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah…jangan gelas besar..280 – 325ml pun dah ok. Asal hilang ketagih…sebab tu perut kau buncit tak kempis2…yang disalahkan, nasi…kesian nasik
#1 Sesudu kecik nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok
#2 Susu cair dalam 2-4sudu kecil
#3 Susu manis 1setengah sudu hinggan 2sudu kecil
#4 Susu manis 1setengah sudu hinggan 2sudu kecil
#5 Warna bila dicampur dan dikacau…waktu ni bau macam dekat starbucks kononnya…hahah
Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku x suka minum manis2. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya
#6 Lepas dah kacau kuchalana tadi, baru tuangkan air yang betul2 panas mendidih!
#7 Dah siap…memang sedap…jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya…warna sungai pahang ini lah yang kita nak.
Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara