Macam Ni Nak Hilangkan Bau Asap Rokok Yang Melekat Dalam Rumah

Share

Suami atau anak merokok dalam rumah? Bau asap rokok ni memang mudah menempel pada fabrik terutamanya sofa dan langsir. Keadaan ini dikenali dengan istilah 3rdhand smoker, dimana bau rokok menempel pada pakaian, kulit, rambut, dan rumah. Ia boleh mengundang zat kimia aktif yang boleh menyebabkan masalah kesihatan

Untuk atasi masalah ni, Healthline berkongsi cara untuk hilangkan bau pada pakaian dan rumah

HILANGKAN BAU ROKOK PADA PAKAIAN

Cucian dengan baking soda

Cuci pakaian anda dengan pencuci seperti biasa cuma tambahkan sedikit baking soda, Jika lepas cucian masih tidak dapat hilangkan bau asap rokok tadi, ulang lagi cucian beberapa kali sehingga hilang sepenuhnya sebelum dikeringkan. Elak dikeringkan selepas cucian jika bau tadi masih tidak hilang. Ini kerana, proses pengeringan boleh menyebabkan bau asap rokok melekat lama

Gunakan kain atau tisu kering

Jika anda diluar dan baju yang dipakai menempel bau asap rokok, ambil kain bersih atau tisu kering dan gosokkan pada keseluruhan pakaian dan badan terutamanya permukaan muka. Ia akan membantu menghilangkan sedikit aroma romok yang melekat pada pakaian

Semburan khas fabrik

Boleh cuba guna semburan khas untuk menghilangkan aroma pada fabrik seperti Febreez. Namun, ada sesetengah kes aroma rokok yang menempel lebih kuat hingga terpaksa menggunakan semburan fabrik yang terlalu banyak dan silap-silap aromanya jadi lebih busuk

CARA HILANGKAN BAU ASAP ROKOK DALAM RUMAH

Cara hilang bau asap rokok yang dah lama menempel

1. Buka semua sumber pengudaraan seperti tingkap dan pintu dan hidupkan kipas
2. Jika anda nak cat semula dinding, bersihkan dulu permukaannya dengan penghilang bau seperti trisodium phosphate. Kemudian, gunakan primer yang mengandungi sealant bau
3. Untuk bersihkan lantai, sedikan larutan 9:1 air dan peluntur atau aur dan cuka kemudian lap seluruh lantai rumah

Baca juga: Mudah Je Buat “Citrus Cleaner” Untuk Cegah Bakteria Dan Bau Busuk

Mencegah bau asap rokok dari melekat

Jika anda merokok di dalam rumah, sebaiknya ambil langkah proaktif setiap hari untuk elak bau asap rokok melekat dalam rumah. Antaranya yang perlu anda lakukan:

1. Letak arang atau cuka putih di dalam bekas terbuka dan letakkan di semua ruang terutamanya ruang yang anda gunakan untuk merokok. Ia membantu menyerap bau asap rokok yang terbebas di udara

2. Guna kipas exhaust supaya udara yang berbau asap rokok dapat ditarik segera kelaur dari kediaman. Kalau tak ada, boleh guna kipas diri dan halakan ke arah tingkap yang terbuka

3. Buat pembersihan udara dengan menggunakan pembersih udara yang dilengkapi HEPA

4. Sentiasa bersihkan air cond terutamanya indoor unit

5. Cuci sofa dengan menggunakan pencuci wap. Bolehjuga cuba guna mop steamer ni. Boleh klik je link nikalau nak beli https://invol.co/cl9k53x6. Gunakan kain kering untuk menggosok permukaan perabot jenis fabrik seperti sofa dan tilam

7. Selalu lap lantai dan permukaan perabot lain dengan menggunakan larutan yang mempunyai baking soda atau cuka

Published by
Impiana