Pengalaman mengembara dan melihat pemandangan indah hasil kunjungan ke pelbagai tempat menjadi inspirasi pemilik untuk mereka bentuk laman ini. Paling unik kebanyakan kerja-kerja kayu dan menukang dilakukan sendiri. Pemilik yang berkebolehan bertukang mengaplikasikan kemahirannya dengan menghasilkan pelbagai binaan utama yang digunakan di dalam laman ini termasuklah pembinaan anjung rumah berkonsepkan desa. Jom kita intai kediaman pemilik di Kajang iaitu Dato’ Syah dan Datin Emma.
Konsep tradisional dapat dilihat di persekitaran luar rumah ini lagi. Bahagian anjung kereta bertutup dan pintu pagar menggunakan kayu cengal dengan ukiran awan larat menonjolkan reka bentuk tradisional jika dilihat dari luar lot rumah ini.
Namun berlainan pula ceritanya apabila kaki melangkah masuk ke dalam unit rumah ini. Reka bentuk kontemporari diketengahkan dan diolah dengan ringkas. Water feature sebagai sense of welcome, menyajikan kedamaian pada sesiapa sahaja yang melangkah kaki memasuki unit kediaman ini. Ditambah dengan kehadiran water curtain yang menyerlahkan lagi impak visual, di samping ikan hiasan diletakkan di dalam akuarium di bahagian bawahnya menghidupkan lagi suasana.
Dari pengamatan penulis, di anjung kereta jelas kelihatan sebuah taman menghijau pada sisi kanan unit kediaman ini. Latar sempadan unit kediaman dikelilingi dengan pagar kayu setinggi 1.5 meter dan dihiasi dengan tumbuhan tropika di bahagian dalamnya. Kekuatan landskap lembut kediaman dikuatkan lagi dengan kehadiran Foxtail palm, yang berperanan besar di ruangan ini kerana tekstur daunnya bagaikan menari-nari mengelilingi pelepah mewujudkan kepelbagaian tekstur pada penggunaan softscape. Secara tidak langsung keharmonian dan keseimbangan pada softscape di sini memberi nilai tambah pada penampilan keseluruhan kediaman.
Ads
Di bahagian bawah Foxtail palm, ditanam pula tumbuhan pagaran iaitu Heliconia spp. menyerlahkan lagi suasana tropika. Untuk mewujudkan cetusan warna, pokok mawar dan beberapa tumbuhan parennial lain ditanam pada ruangan ini. Bangku taman yang dicat putih turut membantu menceriakan laman ini.
Tradisinya, sesebuah taman yang menampilkan konsep tropika mahupun tradisional akan menggunakan pergola sebagai elemen terpenting. Justeru pergola yang dibina sendiri oleh pemilik menutupi sebahagian taman ini menjadi signature ruang luar kediamannya. Ciccuss menjalar ke keseluruhan permukaan pergola dan melindungi kawasan ini dari terik matahari. Kesempatan itu digunakan oleh pemilik untuk menyediakan bangku dan meja taman untuk memudahkan mereka beraktiviti. Ruang ini kerap dijadikan sebagai ruang santai terutama apabila dikunjungi oleh saudara mara dan sahabat handai.
Bagi mewujudkan line movement dalam reka bentuk taman ini, pemilik telah menggunakan railway slipper yang dijadikan sebagai stepping stone menghubungkan anjung kereta dengan patio. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mewujudkan prinsip reka bentuk dengan mencetuskan impak secara horizontal untuk menyeimbangkan struktur vertical yang terbentuk oleh softscape dan hardscape yang digunakan.
Di sudut bertentangan dengan ruang makan, pemilik telah membina sebuah water feature sebagai instrumen untuk mengurangkan gangguan bunyi dari jalan bersebelahan. Permukaan dinding water curtain yang tidak rata membantu menghasilkan irama apabila air menghempas permukaan batu yang berlekuk merancakkan lagi bunyi desiran air. Elemen ini tidak dibiarkan bersendirian, ia hadir bersama kolam ikan sedalam 1.5 meter yang dihuni oleh ikan koi, ikan kap dan ikan kelah. Kelah memerlukan habitat semula jadi untuk hidup. Oleh itu, pemilik telah menggunakan pam yang berupaya untuk mewujudkan alunan arus deras untuk merangsang tumbesaran ikan kelah tersebut.
Ads
Kreativiti pemilik tidak terhenti di situ. Untuk mempelbagaikan level, pemilik telah membina sebuah lagi patio berbumbung sarat dengan ukiran. Kepelbagaian level dalam sesuatu binaan dapat membantu untuk memisahkan kegunaan bagi setiap ruang. Patio tersebut dibina tinggi dari lantai laman dan dikelilingi dengan kolam ikan. Bagi mewujudkan kesan terapung, cantilever berukuran 500mm pada lantai patio dibina.
Pemilik tidak cerewet dalam pemilihan softscape. “Walau ke manapun saya pergi jika ternampak pokok yang menambat hati, saya akan singgah untuk membelinya. Ada juga pokok yang saya miliki dibeli dari laman rumah orang,” terang pemilik, yang kini gemarkan pokok orkid dan cuba untuk membiakkan tumbuhan tersebut dengan pelbagai cara dan kaedah dalam usaha menambahkan lagi koleksi orkidnya.
Ads
“Aktiviti penyelenggaraan kebiasaannya dilakukan seawal pagi sebelum ke tempat kerja dan selepas menghantar anak bongsu saya ke sekolah. Semua penyelenggaraan minor akan dilakukan di waktu pagi. Jika memerlukan penyelenggaraan major, kelapangan di waktu petang akan digunakan. Bekerja sendiri memberi kelonggaran kepada saya untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.” Ulas pemilik mengenai rutin jagaan taman yang dilakukan.
Untuk membina sebuah outdoor living, kegunaan dan keperluan perlu dikenal pasti dari awal perancangan binaannya. Jika reka bentuk dilakukan dengan teliti dan penuh minat, seisi rumah dapat merasai dan memanfaatkan hasilnya. Kualiti dan jaminan hidup bergantung pada persekitaran yang terbina di samping hubungan antara isi rumahnya terjaga. Oleh itu, curahkan sepenuh jiwa apabila mendedikasikan sesebuah reka bentuk laman itu supaya ia berjaya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
DIY Pembahagi Ruang Dari “U” PVC, Modal Tak Sampai RM 1K. Layout rumah sekarang jenis open konsep. Dari ruang tamu, terus nampak dapur. Ia bertujuan memberi impak visual ruang yang luas dan besar. Ruang jenis terbuka ni banyak kelebihan sebeanrnya. Antaranya ruang tamu dan dapur kelihatan lebih luas, menggalakkan kawasan dapur sentia bersih, memudahkan interaksi, memudahkan pemantauan anak ketika si ibu di dapaur dan sebagainya.
Namun, bagi masyarakat melayu ia sesuatu yang kurang praktikal. Ini kerang ruang dapur menjadi kurang privasi dan aroma masakan lebih mudah terbebas dan menyerap keseluruh ruang kediaman.
Langkah terbaik adalah dengan menyediakan dinding penghadang. Namun jika anda mendirikan sebuah tembok padu sebagai pembahagi, kelebihan open kensep tadi akan turut hilang. Apa kata anda buat pembahagi ruang macam yang dilakukan oleh Safuan Zulkfli.
Ia bukan sahaja mudah untuk DIY, kos pembinaan juga murah. Hasilnya, terbina ruang pembahagi yang versatil dan moden. Walaupun masih terdapat ruang polos, ia memberi semi privasi dan secara tidak langsung membezakan jenis penggunaan sesuatu ruang.
Guna 2×4 UPVC pipe. Kegunaan asal paip ni adalah untuk hydroponic (beli yang belum ditebuk lubang). Nak bagi cantik lagi divider ni, kita wrap dengan wall sticker.
Kos barang untuk siapkan 20 batang column divider ni dalam RM966.
RM 640
– 60 meter UPVC Pipe, jointer dan end cap (saya beli cash n carry dari MYC Hydroponic Farm di Bandar Rimbayu. Dalam shopee ada juga dijual. Search ‘hydroponic tube’ dan beli tube yang belum dilubangkan).
RM 208
– 30 meter wallpaper/wall sticker (saya beli dari shopee). Wall sticker ada lebih dalam 10 meter lagi sebab plan asal nak wrap column tu end to end. Tapi cantik plak bila atas warna lain dan bawah warna lain😁.
Selebihnya kos untuk tools; drill bit, glue, xbond, etc.
Bahan-bahan:
2×4 UPVC 2 meter
2×4 UPVC 1 meter
Extension jointer/socket
End cap
Secara ringkasnya, cara pemasangan bagi projek diy ini dalah seperti berikut:
1. 1/3 end cap tu perlu dipotong.
2. Tebuk lubang pada floor tile guna tile/glass bit dan juga lubang pada bahagian atas guna masonry bit.
3. Masukkan wallplug.
4. Lekatkan end cap pada permukaan lantai dan beam/siling guna xtraseal xbond.
5. Skrukan end cap tersebut.
6. Letak pvc glue pada both end cap.
7. Then slot in column divider tu dalam end cap.
8. Pasangkan semula 1/3 endcap yang telah dipotong tadi pada tempatnya menggunakan pvc glue.
9. Tambahan paku rivet boleh digunakan bagi mengukuhkan lagi sambungan atas dan bawah column divider.
10. Kemasan akhir, letak silicone pada gap yang ada antara end cap dan lantai/beam.
Jadilah dapat siapkan column divider macam ni daripada tukang amatur yang tak bertauliah..hehe
Sila ambil maklum bahawa material jenis ini tidaklah sekukuh solid wood tapi ianya tetap serve its purpose as space divider. Berpada dengan kos barang dan statusnya sebagai ‘divider bajet’.
Paip dah siap sambung dan wrap column dengan wall sticker
Sebelum pasang
End cap yang telah dilekatkan pada permukaan lantai
End cap pada beam
Dah siap pasang end cap atas dan bawah, then boleh slot in the upvc pipe
Letak semula 1/3 end cap yang telah dipotong tadi pada tempatnya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Permukaan kaunter atau lebih dikenali sebagai countertop merupakan permukaan mendatar untuk membuat kerja di dapur atau kawasan penyediaan makanan. Kaunter selalunya akan berada di atas dan di sokong oleh kabinet. Permukaan ini mesti diletakkan pada paras yang ergonomik bagi memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja penyediaan. Pelbagai jenis bahan atau material yang boleh digunakan untuk membina countertop mengikut kesesuaian dan penggunaan pada dapur masing-masing. Jadi apakah perkara yang paling penting untuk diambil kira sebelum memilih countertop?
Ya, bahan yang dipilih perlu tahan lama dan sudah tentunya perlu kelihatan cantik di dapur anda. Tetapi yang paling penting, ia mesti dapat menahan cabaran masakan Malaysia. Itulah sebabnya pilihan permukaan kaunter dapur adalah sangat penting. Bagi memilih material yang betul, anda perlu tahu dan peka tentang penggunaan dapur. Adakah anda meletakkan kuali panas terus ke atas kaunter? Atau menggunakan batu lesung di atas kaunter untuk menumbuk sambal? Ini material sesuai IMPIANA cadangkan untuk pertimbangan anda semua.
LAMINATE
Laminate diperbuat daripada plastik sintetik dengan permukaan licin yang mudah untuk dibersihkan. Kepingan laminate dipotong mengikut saiz tertentu selain mempunyai banyak pilihan warna dan tekstur. Bahan ini mudah untuk dijaga dan juga tahan lama tetapi jika terdapat sebarang calar ataupun kesan tercabut, itu adalah mustahil untuk dibaiki melainkan anda menukar semuanya kepada yang baru.
SOLID SURFACE
Solid surface datang dalam pelbagai rupa dan warna. Namun, bahan ini memerlukan penyelenggaraan dari masa ke masa, bagi membantu untuk mengekalkan ketahanannya. Walaupun kalis haba dan mudah untuk dibersihkan, solid surface boleh tercalar dan terbakar.
JUBIN SERAMIK
Jubin seramik adalah bahan yang tahan lama dan mudah dibersihkan. Tambahan pula harganya yang murah dan anda mempunyai pelbagai pilihan yang sesuai untuk countertop kediaman. Kerana ia mudah dipasang, anda boleh lakukannya sendiri bagi menjimatkan kos dan masa.
KONKRIT
Permukaan kaunter konkrit menawarkan kedua-dua fungsi dan kecantikan, memberikan anda keupayaan untuk mewujudkan permukaan dengan pelbagai warna, bentuk atau saiz. Tekstur dan kemasan disediakan untuk disesuaikan dengan gaya reka bentuk sama ada moden, kontemporari mahupun industri. Kemasan ini juga sememangnya tahan lasak dan mudah untuk dibersihkan dan dijaga.
KAYU
Santai, rustic dan tidak lapuk dek zaman; ini adalah tiga perkataan untuk menggambarkan countertop yang diperbuat daripada kayu. Bukan sahaja dari segi estetik, bahan ini juga kuat dan tahan sehingga bertahun-tahun lamanya. Selain itu, kayu juga merupakan bahan kalis haba, bermakna anda tidak perlu bimbang tentang periuk panas yang anda letakkan diatasnya.
MARMAR
Merupakan pilihan paling mudah jika anda seorang yang mementingkan kemewahan kerana marble akan membuatkan dapur anda tampak lebih elegan dan sesuai dipadankan dengan konsep kontemporari. Tetapi penjaan yang rapi perlu diberikan kerana material marmar ini berliang dan jika tertumpah bahan pewarna perlulah dibersihkan dengan segera agar tidak merosakkan keaslian kaunter marmar tersebut.
GRANITE
Jika anda mempunyai bajet yang banyak dan tidak kisah untuk berbelanja demi mendapatkan permukaan kaunter idaman, Granite adalah pilihan yang tepat. Ia serta merta akan menjadikan dapur anda lebih elegan dan ekslusif. Bahan yang tahan lama, kuat dan menarik ini juga kalis haba, susah untuk di calar dan kemek.
Kredit gambar : Google/ Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Saluran outlet singki tersumbat, kebiasaanya orang akan cakap guna bahan kimia, garam, air panas dan pelbagai lagi. Tahu kah anda kaedah ini akan menyebabkan keadaan tersebut lebih teruk. Kerana, bahan yang menghalang aliran masih terperangkap di dalam saliran.
Kalau nak panggil plumber atau tukang paip, siap-siapkan sahajalah duitnya. Kalau plumber berlesan, harga boleh cecah RM 200-350. Sebenarnya, tak perlu peralatan rumit dan modal pun nak selesaikan masalah ini. Abang plumber dari youtube chenal Surihati Mr Plumber berkongsi trik mudah atasi masalah saliran singki yang tersumbat paling mudah dengan “0” kos. Jom tonton video yang disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.