Laman

Madu Efektif Sebagai Larutan Penggalak Akar

Share

Tahu kah anda madu mengandungi enzim yang boleh menggalakkan pertumbuhan akar tumbuhan. Madu mengandungi bahan antiseptik dan antikulat yang mampu menjaga tanaman daripada serangan bakteria dan kulat. Untuk menghasilkan larutan penggalak akar, berikut adalah apa yang anda perlu lakukan.

  1. Sediakan nisbah 1:3 madu dan air. Sebagai contoh ½ cawan madu dan 1½ cawan air.
  2. Campurkan madu ke dalam air yang telah dididihkan, biarkan sejuk.
  3. Masukkan larutan ke dalam bekas kedap udara. Simpan di tempat tertutup
  4. Kemudian sediakan keratan batang dan medium penanam mengikut tanaman yang dipilih. Panjang keratan batang hauslah di antara 6-12 inci dan sudut potongan adalah 45 darjah.
  5. Celup keratan batang ke dalam campuran madu dan masukkan ke dalam bekas penanaman yang telah disediakan. Akar akan mulai tumbuh dalam masa seminggu.
Published by
Asmar Zakri