Nu Ideaktiv Sdn Bhd (Nu Ideaktiv) dan Enrichment Media Lab (EML) Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam satu majlis yang berlangsung di Pejabat Urusan Nu Ideaktiv, pada Khamis.
Syarikat diwakili Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Muhamad Ashraf DM Tej Nasir, Pengarah Urusan Enrichment Media Lab telah menyempurnakan acara menandatangani memorandum, sekali gus memeterai kerjasama dan perlantikan Enrichment Media Lab sebagai rakan pakar media bagi mensasarkan segmen Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS).
Menerusi kerjasama ini, Enrichment Media Lab akan bertindak sebagai rakan pakar media yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS dalam industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan dan bimbingan.
Nu Ideaktiv yang memiliki lebih 17 jenama dan peneraju dalam industri media berbahasa Melayu, menyediakan kandungan, platform dan pelaksanaan sejajar dengan kerjasama yang dibuat.
Syamil Fahim dalam ucapannya memberitahu, MoU ini adalah permulaan untuk kerjasama bagi membantu dan meningkatkan lagi industri PKS negara ini menerusi media sebagai pemacu utama.
Ads
“Melihat kepada kepakaran yang dipunyai oleh Enrichment Media Lab dalam segmen industri pengiklanan PKS dan pengetahuan mereka bagaimana PKS merangka strategi dalam pemasaran dan pengiklanan, adalah menjadi satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv untuk berkolaborasi dan berkerjasama dengan syarikat ini bagi menguasai segmen pengiklanan media PKS.”
“Kerjasama ini juga bertujuan membantu perniagaan dan pengasas jenama untuk berkembang menerusi hebahan media meluas, pelaksanaan acara dan promosi rentas platform yang dimiliki Nu Ideaktiv di digital, program tv dan banyak lagi,” katanya.
Enrichment Media Lab sebagai agensi pakar media melihat Nu Ideaktiv sebagai syarikat yang berpotensi untuk membantu membangun industri PKS.
“Nu Ideaktiv memiliki pelbagai jenama media No.1 di Malaysia yang boleh membantu PKS berkembang maju dan menembus audiens sasar bagi pertumbuhan perniagaan dan sasaran keuntungan syarikat.”
Ads
“Kerjasama ini tidak terhad kepada satu medium sahaja. Berdasarkan hala tuju sesebuah perniagaan, kita boleh melaksana pelbagai projek yang signifikan, mencapai sasaran dan mentransformasi perniagaan,” kata Ashraf.
Antara kerjasama awal Nu Ideaktiv dan Enrichment Media Lab adalah menerusi penerbitan rancangan TV iaitu perjalanan keibubapaan pemilik jenama Noir dalam PA&MA : Diari Madammu, dan IMPIANA Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi oleh Ella furniture.Rancangan ini bakal bersiaran di saluran Astro awal tahun hadapan.
“Kami juga sedang merangkakan satu acara besar untuk meraikan Ramadan dan Syawal, yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Syamil lagi.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Wainscoting merupakan susunan bingkai pada dinding yang tidak hanya kelihatan anggun, malah juga merupakan salah satu perincian atau kemasan hiasan dalaman tertua di dunia. Ia telah menjadi sebuah simbol status dan unsur prestij dalam kediaman. Tetapi zaman semakin maju, wainscoting kini tidak lagi hanya untuk golongan atasan. Sesiapa pun boleh menambah elemen ini untuk kediaman lebih elegan. Malah, anda boleh DIY sendiri hiasan ini dengan bajet yang rendah!
Melalui perkongsian Puan Hazilla Hasan di fb miliknya, pertama sekali anda perlu kenalpasti dinding yang mahu dipasang wainscoting kemudian ambil ukuran berdasarkan rekabentuk yang telah dipilih.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :
“Saya beli kayu wainscoting secara dalam talian sahaja. (Juga boleh didapati di hardware) Ada pembekal sudah potong siap-siap mengikut ukuran tertentu (2,4,5,6 kaki) untuk memudahkan pengguna tetapi saya beli yang panjang dan potong sendiri.
Banyak design kayu utk buat frame tu. Boleh pilih mengikut budget masing-masing. Saya beli yang berharga RM1.70 sekaki.”
“Potong hujung kayu tepat 45 darjah. Saya hanya gunakan sesiku L untuk mengukur.”
“Untuk proses menampla, hanya perlukan gam dan water level. Ukur dengan tepat dan tandakan pada kawasan yang ingin ditampal. Sapu rata gam pada kayu dan beri tekanan selama 2 ke 3 minit agar kayu melekat pada dinding. Boleh gunakan masking tape dan biarkan selama beberapa jam sehingga gam kering.
Periksa jika ada lubang atau gam yang tidak melekat. Gunakan sealent untuk mengemaskan lagi wainscoting.
Langkah terakhir, boleh cat dinding dan wainscoting mengikut kesesuaian konseo kediaman anda. Selamat Mencuba!
Kebiasaanya, sawi dibiakkan melalui semaian biji benih. Namun ia akan mengambil masa 30-60 hari untuk dituai. Tapi, Nora razak ada cara lebih cepat dan yang penting, tak membazir. Teknik tanaman sawi dari sisa keratan batang yang dibeli dari pasar ni boleh di tuai dalam tempoh 3 minggu sahaja.
Cara-caranya:
1. Potong lebih kurang 2-3 inici batang sawai dari pangkalnya. Elak terpotong pucuk yang baru nak hidup juga
2. Rendam dengan sedikit air sampai aras batang keras sahaja
3. Tukar air rendaman setiap hari untuk mengelak batang sawi membusuk
4. Hari ke-3, dah boleh pindahkan sawi ke bekas tanaman kekal. Puan nora menggunakan bahan cocopeat sebagai medium tanaman
Pokok yang disemai berusia 7 hari sudah mengeluarkan daun matang
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Buat para ibu bapa yang bakal dan baru sahaja menimang cahaya mata pertama, pasti berasa amat teruja untuk menyediakan sebuah bilik yang sangat cantik khas buat permata hati.
Bukan sahaja berasa teruja, malah pasti ada juga yang sudah tidak sabar untuk melakukan dekorasi bagi ruang kamar tersebut, betul tak?
Namun begitu, tidak dinafikan kadang-kadang bukan satu perkara yang mudah untuk mendapatkan sumber idea inspirasi yang menarik. Tidak mengapa, jangan anda bimbang. Mari IMPIANA kongsikan beberapa idea dekorasi bilik tidur anak yang menarik.
Bukan sahaja menarik, idea dekorasi bilik tidur ini amat sesuai bagi anda yang mengemarkan konsep dekorasi yang tampak estetik. Untuk mendapatkan hasil dekorasi seperti ini, anda disarankan untuk menggunakan pemilihan warna cat dinding dan perabot yang terang seperti putih, coklat dan kelabu.
Foto: Facebook Kakidekko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.